Skip to content

10 Cara Hilangkan Batuk yang Berkesan

Apakah cara untuk hilangkan batuk? Artikel ini akan membincangkan beberapa cara untuk hilangkan batuk yang mudah dan berkesan

“ Para Pakar menyatakan gejala batuk merupakan salah satu sebab utama masyarakat berjumpa dengan doktor – lebih dari 30 milion perjumpaan setahun ”

Webmd.com 

Simptom batuk adalah satu bentuk refleks tubuh badan anda dalam melindungi paru-paru dan saluran penafasan daripada bendasing seperti habuk dan makanan. Selalunya ia akan hilang secara sendirinya dalam masa 2-3 hari atau seminggu jika bukan disebabkan sesuatu yang serius.

Ia merupakan salah satu bentuk sistem pertahanan melalui refleks tubuh badan. Namun ia juga turut akan mengganggu kehidupan seharian seseorang apabila berlarutan untuk suatu tempoh yang lama.

Faktor yang Menyebabkan batuk

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan berlakunya simptom batuk dan ia terbahagi kepada 3 kategori :

1. Faktor Alahan :

  • Debunga
  • Kulat
  • Bulu haiwan
  • Habuk

2. Elemen yang menyebabkan Iritasi :

  • Asap rokok
  • Udara yang tercemar
  • Gas atau wap bahan kimia
  • Pewangi

3. Masalah Kesihatan :

10 Cara untuk Hilangkan Batuk

1. Banyakkan minum air masak

Dengan minum air masak yang secukupnya, ia akan menipiskan ketebalan kahak dan memudahkan pergerakan keluarnya.

Selain dari itu, anda juga boleh mencuba minuman panas seperti :

  • Teh herba
  • Sup panas

Amalan ini mampu menghilangkan simptom batuk dengan pantas jika ia bukan disebabkan punca yang serius.

2. Meninggikan posisi kepala ketika tidur atau baring

Kahak yang terkumpul di ruang tekak samada akan memasuki saluran pemakanan  melalui Esofagus ( saluran yang menghubungkan antara rongga tekak yang digelar Farinks ke perut ) atau memasuki saluran penafasan.

Selalunya ia akan memasuki perut kerana saluran penafasan dikawal dengan ketat oleh proses pertahanan dan refleks batuk bagi mengelakkan dari sebarang kemasukan bendasing ke dalam saluran pernafasan yang berdekatan dengan paru-paru. Jika tidak, ia akan membawa kepada komplikasi jangkitan paru-paru yang dikenali sebagai “ Penumonia ”

Bagi masyarakat yang mempunyai masalah gastrik, cecair gastrik yang tidak sepatutnya mengalir ke dalam ruang tekak sebaliknya terjadi disebabkan injap penutup pada bahagian atas esophagus tidak berfungsi dengan normal lalu tidak mampu untuk menutup dengan baik.

Apabila seseorang berdiri kemasukkannya tidak terjadi akibat tarikan gravity yang mengekalkan cecair tersebut di dalam ruang perut.

Namun apabila berada dalam posisi baring, rongga tekak dan perut berada pada aras yang sama lalu membolehkan kemasukkan cecair perut yang mengandungi asid ke dalam ruang tekak dengan mudah.  

Dengan tidur menggunakan beberapa bantal tambahan untuk meninggikan kepala ia membantu pengaliran kahak melalui tekak untuk memasuki saluran esofagus dengan lebih mudah lalu mengurangkan risiko batuk atau tersedak.

3. Elakkan dari kawasan orang merokok

Mengelakkan dari sumber pencetus batuk adalah satu kemestian. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik dari merawat.

4. Elakkan dari kawasan berdebu atau membersihkan rumah dari debu dan habuk secara kerap

Situasi yang lebih kurang sama dengan isu rokok.

5. Ubat batuk

Secara amnya terdapat beberapa jenis ubat batuk dengan masing-masing mempunyai fungsi yang berbeza, antaranya ( pembahagian berdasarkan kategori ) :

  • Expectorant contoh : Guaiphenesin
    • Berguna bagi mereka yang batuk dengan kadar kahak yang banyak.
    • Ia bertindak dalam merangsang rembesan-rembesan ruang saluran penafasan lalu mencairkan kahak di dalamnya seterusnya membuatkan proses pengeluaran kahak melalui refleksi batuk menjadi lebih berkesan.
  • Cough suppressants contoh : Dextromethorphan
    • Digunakan bagi jenis batuk kering.
    • Ia melegakan simptom dengan mengurangkan kekerapan batuk lalu memberikan keselesaan kepada para pesakit.
  • Mucolytics contoh : Bromhexine
    • Bertindak dengan memecahkan komponen-komponen molekul kahak menjadi lebih kecil dan kurang pekat selanjutnya memudahkan pengedaran dan pengeluarannya.

Ubat batuk perlu diambil dengan penuh hati-hati kerana terdapat ubat batuk yang mempunyai kesan sampingan. Oleh itu anda perlu mengambilnya dengan nasihat seorang doktor atau ahli farmasi untuk mengelakkan sebarang komplikasi.

6. Kumuhan air garam

Selain meredakan gejala batuk, kumuhan air garam juga membantu dalam penjagaan kebersihan kaviti mulut ( rongga mulut ) lalu mencegah daripada berlakunya jangkitan kuman dan virus.

7. Alat Pelembap Udara

Humidifier atau alat pelembap udara berfungsi mengekalkan kelembapan suatu ruang itu pada tahap yang optimum bagi melegakan simptom batuk kerana mampu mengelakkan pengudaraan kering.

Cuma anda perlu memastikan sentiasa membersihkannya dengan kerap kerana ia boleh menjadi sumber kepada penyebaran bakteria atau virus apabila penjagaannya terabai.

8.  Teh madu

Sesetengah kajian menunjukkan madu mampu untuk melegakan gejala batuk.

9. Daun Thyme

Daun Thyme dipercayai mampu meredakan batuk disebabkan kandungan antioksida yang dikandunginya.

10. Mengubah gaya pemakanan untuk kurangkan Gastrik

Mengelakkan atau mengurangkan pengambilan makanan dan minuman seperti :

  • Minuman berkafein
  • Makanan masam yang berasid seperti buah oren dan epal hijau
  • Makanan bergoreng dan berlemak
  • Makanan pedas

Begitu juga dengan lain – lain makanan atau minuman yang boleh menyebabkan kondisi gastrik bertambah teruk.

Jumpa Doktor jika anda mengalami simptom ini

Selain dari mengamalkan senarai tips yang diberikan, anda perlu juga perlu tahu tentang keadaan yang menyebabkan anda perlu ke hospital dengan segera untuk rawatan dan pemeriksaan selanjutnya seperti :

  • Demam panas ( Suhu lebih 38 darjah )
  • Rasa lemah tubuh badan
  • Demam melebihi 3 hari
  • Batuk berdarah
  • Sesak nafas
  • Dehidrasi ( kekurangan air dalam badan )

Anda sesekali tidak boleh mengabaikan segala tanda-tanda ini kerana ia boleh bertambah teruk malah berkemungkinan berlakunya komplikasi-komplikasi yang tidak diingini jika ia disebabkan oleh penyakit yang serius.

Rujukan:

  1. What can I do to make my cough go away? – Medical News Today
  2. How to stop coughing – Medicinenet
  3. Cold and flu – Webmd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

three × 5 =