Skip to content

Oganesson: Definisi, Sifat, Sejarah dan Kegunaan

Apakah itu unsur Oganesson? Artikel ini akan membincangkan sifat, sejarah penghasilan Oganesson dan kegunaannnya dalam kehidupan seharian kita

Pengenalan

Oganesson merupakan sejenis unsur kimia yang baru dan dikenali dengan simbol Og. Ia terletak dalam kumpulan 18 jadual berkala unsur. Ia merupakan sejenis unsur kimia sintetik dan tergolong sebagai unsur yang ‘berat’. Oganesson mempunyai nombor atom dan jisim yang paling berat dalam jadual berkala unsur. Oleh kerana ia merupakan sejenis unsur baru, kajian mengenainya masih dijalankan oleh para saintis di seluruh dunia.

Sifat Fizikal dan Sifat Kimia

Oleh kerana Oganesson merupakan unsur baru dan ditemui pada awal tahun 2005, kajian mengenainya masih giat dijalankan oleh para pengkaji di serata dunia. Kajian tertumpu pada sifat sifat fizikal dan juga kimianya.

Oganesson mempunyai sifat fizikal yang seakan akan Radon namun lebih reaktif dan lebih berat. Oganesson juga dikatakan lebih reaktif berbanding unsur Flerovium dan Copernicium. Oleh kerana saiznya yang besar dan petala luarnya sangat jauh dari nukleus, ini menyebabkan Oganesson sangat lebih reaktif berbanding unsur lain dalam kumpulan yang sama. Pada keadaan normal (1 atm, 25°C), Oganesson wujud dalam keadaan pepejal. Ia mempunyai takat lebur ≈52.0 °C dan takat didih ≈177.0 °C. Belum banyak data yang dapat ditemui berkenaan Oganesson. Saintis masih giat mengkaji dan bereksperimen dengan unsur baru ini.

  • Simbol: Og
  • Nombor atom: 118
  • Berat atom: 294 gram/mol
  • Kumpulan: 18
  • Takat lebur: ≈52.0 °C
  • Takat didih: ≈177.0 °C
  • Konfigurasi elektron: [Rn] 5f14 6d10 7s2 7p6 

Sejarah

Oganesson pertama kali ditemui dan berjaya dihasilkan pada tahun 2002 di Joint Institute for Nuclear Research (JINR) yang terletak di Dubna, Russia. Sekumpulan penyelidik yang terdiri dari gabungan saintis Russia dan Amerika Syarikat telah bekerjasama dalam penyelidikan ini sehingga menjumpai unsur baru ini.

Pada December 2015, Oganesson telah diiktiraf secara rasmi sebagai unsur baru dan pada November 2016, IUPAC telah memberi pengesahan rasmi untuk menamakan unsur ini sebagai Oganesson. Nama ini diambil bersempena nama seorang saintis iaitu Yuri Oganessian.

Beliau merupakan seorang pakar dan penyelidik dalam bidang kajian unsur-unsur berat yang baru dalam jadual berkala. Oganesson juga merupakan satu dari dua unsur yang dinamakan bersempana nama pengkajinya yang masih hidup pada waktu itu.

Sifat Kereaktifan

Belum banyak data yang ditemui berkenaan sifat kereaktifan Oganesson ini. Namun, saintis mengesahkan bahawa Oganesson lebih reaktif berbanding unsur lain dalam kumpulan 18. Setakat ini, belum ada sebatian Oganesson yang ditemui oleh kerana setengah hayatnya yang sangat singkat dan tidak dapat dikaji secara kimia. Namun, saintis telah mengkaji tentang kemungkinan kewujudan sebatian Oganesson ini sejak tahun 1964. Saintis berteori, sebatian Oganesson dengan Fluorin mungkin wujud iaitu Oganesson Tetrafluorida (OgF4) dan Oganesson difluoride (OgF2).

Kaedah Penghasilan

Oganesson dihasilkan dengan cara membedil atom californium dengan ion kalsium. Ion kalsium yang mempunyai berat nuklei yang lebih kecil akan dibedil kepada atom californium yang lebih berat nukleinya.  Proses ini mengambil masa yang sangat panjang iaitu lebih kurang 1080 jam. Sungguhpun masa yang diambil sangat panjang, proses ini hanya menghasilkan 3 atom Oganesson sahaja. Belum ada industri di dunia yang menghasilkan oganesson dalam skala industri.

Kegunaan dan Aplikasi dalam Kehidupan

1. Kegunaan Saintifik

Buat masa ini, Oganesson hanya digunakan untuk kegunaan saintifik dan penyelidikan. Oganesson belum digunakan untuk kegunaan domestic dan komersial. Oleh kerana sifat radioaktifnya, tidak banyak kajian yang dibuat berkenaan unsur baru ini.

Unsur yang lain

FosforusRadium
OganessonNitrogen
RadonBarium
LivermormiumPolonium
TeleriumOksigen
SeleniumStrontium
HafniumFlerovium
AluminiumZirconium
MoscoviumPlumbum
TinBismut
TitaniumAntimoni
GermaniumYttrium
ArsenikSilikon
Skandium

Rujukan

  1. Brittanica : Oganesson
  2. Royal Society of Chemistry : Oganesson
  3. Live Science: ununoctium

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

nineteen + 18 =