Skip to content

Moscovium: Definisi, Sifat, Sejarah dan Kegunaan

Apakah itu unsur moscovium dan sifat-nya? Artikel ini akan membincangkan sifat, sejarah penghasilan moscovium dan kegunaannnya dalam kehidupan seharian kita

Pengenalan

Moscovium ialah unsur sangat radioaktif dan tidak hadir secara semula jadi dan dibuat secara sintetik di makmal, berada dalam kumpulan 15 jadual berkala dalam blok p iaitu blok yang menghimpunkan unsur logam yang berat dan dikateorikan sebagai logam post-transition.

Tidak banyak informasi yang dicatat mengenainya memandangkan ia adalah unsur yang jarang ditemui. Moscovium bersifat pepejal pada suhu persekitaran. Isotopnya yang paling stabil adalah moscovium-290 yang mempunyai jangka hayat 0.65 saat. Unsur moscovium mempunyai ciri persamaan fizikal dan kimia serta berat yang hampir sama seperti unsur bismut.

Kira-kira 100 atom moscovium telah dihasilkan sehingga kini dengan kadar jisim 287 hingga 290. Penyelidik dari Joint Institute for Nuclear Research di Dubna, Russia dan Lawrence Livermore National Laboratory (LLNL), California buat pertama kali menghasilkan unsur moscovium pada tahun 2003. Hasil kerja itu adalah kerjasama antara pasukan penyelidik sains yang diketuai oleh Yuri Oganessian dan Ken Moody.

Sifat utama Moscovium

  • Nombor Atom: 115
  • Berat Atom: 288
  • Kumpulan: 15
  • Takat Lebur: Tidak diketahui
  • Takat Didih: Tidak diketahui
  • Ketumpatan (g cm−3): Tidak diketahui

Sejarah

Pada Januari 2016 penemuan moscovium diiktiraf oleh International Union of Pure and Applied Chemistry (IUPAC) dan International Union of Pure and Applied Physics (IUPAP) iaitu sebuah badan berkuasa di dunia yang bertanggungjawab dalam mengeluarkan kenyataan berkaitan terminologi kimia dan fizik, menentukan kaedah standard pengukuran termasuklah menamakan unsur yang baru ditemui.

Pada awalnya moscovium dikenali dengan nama ununpentuim yang diilham dari bahasa Latin namun tidak lama selepas itu ia diubah oleh para pengkaji yang bersepakat menamakannya moscovium bersempena nama wilayah Moscow di mana tempat unsur itu ditemui iaitu di Institut Gabungan Penyelidikan Nuklear.

Nama moscovium telah diluluskan oleh IUPAC pada bulan November tahun 2016. Seterusnya pada tahun 2009 dan 2010 terdapat dua jenis isotop moscovium yang ditemui dengan berat yang lebih besar iaitu moscovium-290. Unsur ini dikatakan mempunyai ciri-ciri persamaan dengan unsur tennessin apabila disintesis secara langsung.

Cara penghasilan

Unsur moscovium yang dihasilkan oleh penyelidik telah dicatatkan dalam jurnal Physical Review pada bulan Februari tahun 2004. Ujikaji ini telah dilakukan pada bulan Julai tahun 2003 di sebuah makmal. Para penyelidik melanggarkan ion americium-243 dengan ion kalsium-48 dalam alat siklotron yang dilapisi dengan lapisan titanium lalu menghasilkan satu atom moscovium-287 dan tiga atom moscovium-288. Keempat-empat atom semuanya cepat mereput menjadi unsur lain.

Isotop Moscovium yang paling stabil ialah moscovium-289 yang mempunyai separuh hayat kira-kira 220 milisaat kemudian berubah menjadi unsur nihonium-285 melalui proses pereputan alfa. Nihonium adalah unsur logam berat yang berada dalam lajur yang sama dengan moscovium tetapi berada dalam kumpulan 13 jadual berkala. Moscovium dan nihonium kedua-duanya mempunyai satu elektron di luar konfigurasi cengkerang.

Kedua-dua unsur ini mempunyai titik lebur dan titik didih yang sama. Ia mencair sekitar 400° C dan mendidih sekitar 1100° C kerana kekuatan ikatan logam mereka yang sama. Selain itu, elekron moscovium bergerak lebih laju daripada atom dengan kelajuan setara dengan kelajuan cahaya. Memandangkan unsur moscovium adalah radioaktif serta berbahaya justeru sehingga kini ia belum mempunyai kegunaan secara biologi atau digunakan di industri.

Sifat kereaktifan

Sifat kimia unsur moscovium dalam larutan berair muncul sebagai ion Mc+ dan Mc3+. Ia mudah dihidrolisiskan tetapi tidak mudah dengan kompleks seperti halida, sianida dan ammonia.

Sebatian moscovium (I) hidroksida (McOH), karbonat (Mc2CO3), oksalat (Mc2C2O4) dan florida (McF) pula mempunyai ciri-ciri larut dalam air manakala moscovium sulfida (Mc2S) tidak larut dalam air seterusnya moscovium klorida (McCl), moscovium bromida (McBr), moscovium iodida (McI) dan moscovium tiosianat (McSCN) hanya larut sedikit di dalam air.

Moscovium(III) fluorida (McF3) dan moscovium tiozonida (McS3) tidak larut dalam air serta mempunyai ciri yang sama dengan sebatian bismut  manakala moscovium (III) klorida (McCl3), bromida (McBr3), dan iodida (McI3) larut di dalam air serta boleh dihidrolisis dengan mudah untuk membentuk oksihalida seperti McOCl dan McOBr.

Unsur yang lain

FosforusRadium
OganessonNitrogen
RadonBarium
LivermormiumPolonium
TeleriumOksigen
SeleniumStrontium
HafniumFlerovium
AluminiumZirconium
MoscoviumPlumbum
TinBismut
TitaniumAntimoni
GermaniumYttrium
ArsenikSilikon
Skandium

Rujukan:

  1. Moscovium – Britannica
  2. Moscivium – Royal Society of Chemistry

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 + thirteen =