Skip to content

Asid Lemah: Definisi, Ciri-ciri, Contoh dan Aplikasi

Apakah itu asid lemah? Artikel ini akan membincangkan definisi asid lemah, ciri-cirinya, contoh dan aplikasi yang selalu digunakan dalam kehidupan seharian

Pengenalan

Asid adalah apa-apa sahaja bahan yang berada di dalam keadaan cecair, mempunyai rasa yang masam, dan merubah warna penunjuk, sebagai contoh merubah warna kertas litmus daripada biru kepada merah. Asid terbahagi kepada dua bahagian, iaitu

  • Asid kuat
  • Asid lemah.

Yang membezakan kedua-dua kategori ini bukannya kepekatan bahan kimia yang ada di dalam asid tetapi keupayaan sesuatu asid tersebut untuk melepaskan ion hidrogen atau terion apabila bertindak balas dengan air.

Kedua-dua jenis asid lemah dan kuat ini digunakan dengan sangat meluas di dalam pelabagai jenis industri, bukan sahaja industri kimia, malah makanan, pembuatan, penternakan dan banyak lagi.

Teori yang menerangkan asid

Untuk memahami tajuk ini dengan lebih lanjut, kita boleh melihat kepada beberapa teori yang menerangkan tentang asid, antaranya adalah

1. Teori Arrhenius

Teori ini mengatakan bahawa- asid adalah bahan yang menghasilkan ion hidrogen di dalam larutan.

2. Teori Bronsted-Lowry

Teori ini mengatakan bahawa- asid adalah penderma proton (ion hidrogen)

3. Teori Lewis

Teori ini mengatakan bahawa- asid adalah penerima pasangan elektron.

Ketiga-tiga teori ini menyatakan perkara yang hampir sama iaitu, asid adalah sejenis bahan yang melepaskan ion hidrogen ataupun proton apabila bertindak balas dengan air.

Asid lemah

Sesuatu asid dikategorikan sebagai asid lemah apabila ia tidak terlerai sepenuhnya di dalam air atau terion separa. Dengan kata lain, asid lemah tidak mendermakan kesemua ion hidrogennya (H+) di dalam air. Asid lemah mempunyai nilai Ka (pemalar peleraian asid) yang sangat kecil jika hendak dibandingkandengan asid kuat yang mempunyai nilai Ka yang sangat besar.

Pemalar peleraian asid (Ka) ini adalah nilai kuantitatif yang mengukur kekuatan sesuatu asid di dalam larutan. Lebih tinggi nilai Ka, maka lebih tinggi kadar penguraian hidrogen di dalam air. Hampir semua asid yang wujud adalah asid lemah.

Puratanya, hanya satu peratus (1%) larutan asid lemah terlerai dalam air dalam larutan berkepekatan 0.1 mol/L. Maka, kepekatan ion H+ di dalam larutan asid lemah sentiasa berkurang daripada kepekatan spesies yang tidak dipisahkan. Antara contoh bagi asid lemah adalah asid asetik (CH3COOH) yang digunakan sebagai bahan utama untuk membuat cuka, dan asid oksalik (H2C2O4) yang boleh ditemukan hadir di dalam sesetengah sayur-sayuran.

pH

Para saintis menggunakan pH, iaitu kadar pengukuran kepekatan ion hidrogen di dalam sesuatu larutan, sebagai penunjuk samada sesuatu larutan berada dalam keadaan berasid atau beralkali. Skala pH yang paling biasa digunakan berada di dalam julat antara 1 sehingga 14, di mana nombor yang lebih rendah mewakili asid dan nombor yang lebih tinggi mewakili alkali, manakala bahan atau larutan yang mempunya pH 7 pula adalah bahan yang bersifat neutral.

pH asid lemah

Asid lemah gagal untuk terion sepenuhnya di dalam air, ia hanya melepaskan ion hidrogen atau proton dengan kepekatan yang rendah apabila bertindak balas dengan larutan akues membuatkan julat pH yang terhasil berada di skala 5 hingga berdekatan dengan 7.

Antara contoh yang boleh dilihat mewakili penerangan di atas adalah asid asetik, bahan utama yang digunakan di dalam cuka yang memberikan rasa masam, asid formik (HCOOH) bertanggungjawab memberikan rasa sedikit pedih apabila digigit oleh semut. Walaubagaimanapun, terdapat pengecualian bagi julat pH umum ini. Asid lemah yang cukup pekat masih dapat menghasilkan bacaan pH yang rendah. Larutan asid asetik dengan kepekatan 1.0 molar, misalnya, mempunyai pH 2.37.

Contoh asid lemah

1. Asid asetik

Asid asetik ataupun juga dikenali sebagai asid etanoik (ethanoic acids) adalah sejenis asid lemah dengan formula kimia CH3COOH. Ianya dikategorikan sebagai asid lemah kerana ia hanya terion separa apabila bertindak balas dengan air. Asid asetik tidak mempunyai warna tetapi mempunyai bau yang kuat, masam, seakan-akan bauan cuka.

2. Asid Formik

Asid formik atau juga dikenali sebagai asid metanoik (methanoic acids) adalah asid karboksilik (carboxylic acids) dengan formula kimia HCOOH atau CH2O2.

Ia digunakan di dalam proses pemprosesan tekstil dan kulit. Ia juga diketahui berada di dalam badan sesetengah spesies semut secara semula jadi. Asid formik boleh disediakan di dalam bentuk esternya dengan cara rawatan karbon monoksida dengan alkohol seperti metil alkohol dengan kehadiran pemangkin.

3. Asid oksalik

Asid oksalik (oxalic acid) adalah asid dwikarboksilik (dicarboxylic acid) yang paling ringkas dengan formula kimia CH2O2. Walaupun begitu, keasidan bagi asid oksalik ini adalah lebih tinggi daripada keasidan asid asetik.

4. Asid hidroflorik

Asid hidroflorik adalah sejenis asid lemah dengan formula kimianya HF. Asid ini berbahaya kepada makhluk yang bernyawa. Ia boleh menyebabkan kecederaan seperti lecuran atau kesan bakaran yang teruk sekiranya mempunyai sentuhan dengan kulit.

5. Asid Nitrat

Asid nitrat (HNO2) adalah sebatian asid lemah yang tidak stabil yang disediakan hanya dalam keadaan sejuk dan larutan yang cair. Asid nitrat terurai menjadi oksida nitric (NO) dan asid nitric. Ia boleh bertindak balas samada sebagai agen pengoksidaan atau agen penurunan.

Asid nitrat sering digunakan untuk menyingkirkan sifat toksik bagi bahan yang berpotensi untuk meletup seperti natrium azida (sodium azide). Ia turut digunakan dalam penyediaan garam diazonium daripada amin dan dalam penyediaan pewarna azo di dalam tindak balas Sandmeyer.

6. Asid Sulfur

Asid sulfur atau juga dipanggil sebagai larutan sulfur dioksida atau asid dihydrogen triosulfurik. Ia bertindak sebagai spesies pertengahan dalam penghasilan hujan asid daripada sulfur dioksida. Ia digunakan sebagai agen penurunan dan turut digunakan sebagai pembasmi kuman.

7. Asid fosforik

Asid fosforik digunakan di dalam banyak industri, terutamanya dalam industri pembuatan baja. Garam yang ada di dalam asid tersebut dikenali sebagai fosfat, digunakan secara besar-besaran di dalam industri agrikultur.

8. Asid benzoik

Asid benzoik adalah asid karbosilik aromatik dengan formula kimia C6H5COOH. Ia wujud secara semulajadi di dalam banyak tumbuhan dan juga getah benzoine (gum benzoine).

7. Asid Sitrik

Asid sitrik; digunakan sebagai pengawet makanan serta agen perasa dalam industri pembuatan makanan.

8: Asid askorbik

Asid askorbik banyak digunakan dalam proses rawatan penyakit sum-sum tulang dan skurvi.

Jenis Asid yang lain

Asid FosforikAsid Benzoik
Asid AsetikAsid Nitrik
Asid SulfurikAsid Formik
Asid HidroklorikAsid Sitrik
Asid AskorbikAsid Lemah
Asid Kuat

Rujukan

  1. BRITANNICA (2021). ACIDS.
  2. LUMEN (2021). Weak Acid.
  3. VEDANTU (2021). Examples of Weak Acid.
  4. SCIENCING (2021). What pH Levels Are Considered Strong & Weak?.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

10 + one =