Skip to content

Asid Kuat: Definisi, Ciri-ciri, Contoh dan Aplikasi

Apakah itu asid kuat? Artikel ini akan membincangkan definisi asid kuat, ciri-cirinya, contoh dan aplikasi yang selalu digunakan dalam kehidupan seharian

Pengenalan

Anda mungkin pernah mendengar perkataan asid yang sering dilontarkan oleh orang sekeliling, atau membaca bahagian belakang produk lalu menemukan perkataan asid di dalam produk kosmetik, penjagaan muka, bahkan mungkin pernah memakannya?

Asid boleh ditemukan di dalam pelbagai jenis produk dan digunakan dengan sangat meluas di dalam industri pembuatan termasuklah produk pencuci, kosmetik, penjagaan muka, ubat-ubatan, makanan dan banyak lagi. Asid secara umumnya, adalah satu bahan yang melepaskan ion hidrogen atau juga dikenali sebagai proton apabila bertindak balas dengan air.

Teori yang menerangkan asid

Untuk memahami tajuk ini dengan lebih lanjut, kita boleh melihat kepada beberapa teori yang menerangkan tentang asid, antaranya adalah

1. Teori Arrhenius

Teori ini mengatakan bahawa- asid adalah bahan yang menghasilkan ion hidrogen di dalam larutan.

2. Teori Bronsted-Lowry

Teori ini mengatakan bahawa- asid adalah penderma proton (ion hidrogen)

3. Teori Lewis

Teori ini mengatakan bahawa- asid adalah penerima pasangan elektron.

Ketiga-tiga teori ini menyatakan perkara yang hampIr sama iaitu, asid adalah sejenis bahan yang melepaskan ion hidrogen ataupun proton apabila bertindak balas dengan air.

Asid kuat

Asid dikategorikan sebagai asid kuat apabila ia terion sepenuhnya atau melepaskan semua proton di dalam air. Ini bermaksud, asid yang kuat akan membebaskan bilangan ion hidrogen atau proton yang sangat tinggi apabila bertindak balas di dalam air. Ion adalah zarah yang bercas. Memandangkan asid kuat membebaskan sejumlah ion yang sangat besar ketika ia terurai, ia bermaksud asid kuat mampu untuk mengalirkan elektrik.

Teori Bronsted-Lowry digunakan untuk menerangkan tentang konsep asid kuat ini dengan lebih lanjut. Apabila asid dilarutkan di dalam air, proton ataupun ion hidrogen dipindahkan di dalam molekul air untuk menghasilkan ion hidroksonium (hydroxonium ion) dan ion yang bercas negatif-bergantung kepada asid apa yang digunakan. Ia boleh dilihat melalui persamaan seperti di bawah;

Tindak balas seperti di atas adalah sejenis tindak balas yang boleh diterbalikkan, tetapi di dalam sesetengah situasi, asid sangat bagus dalam membebaskan proton sehingga disangkakan sebagai tindak balas sehala. Asid tersebut terion hampir sepenuhnya.

Sebagai contoh, apabila hidrogen klorida (HCl) larut di dalam air untuk menjadi asid hidroklorik (HCl), cuma sedikit tindak balas terbalik yang boleh ditulis seperti di bawah;

Pada satu-satu masa, hampir semua hidrogen klorida akan bertindak balas untuk membentuk ion hidroksonium dan ion klorida dan disebabkan oleh hal yang demikian, makan hidrogen klorida dikelaskan sebagai asid kuat menurut Teori Bronsted-Lowry.

pH

Para saintis menggunakan pH, iaitu kadar pengukuran kepekatan ion hidrogen di dalam sesuatu larutan, sebagai penunjuk samada sesuatu larutan berada dalam keadaan berasid atau beralkali. Skala pH yang paling biasa digunakan berada di dalam julat antara 1 sehingga 14, di mana nombor yang lebih rendah mewakili asid dan nombor yang lebih tinggi mewakili alkali, manakala bahan atau larutan yang mempunya pH 7 pula adalah bahan yang bersifat neutral.

pH asid kuat

Secara umumnya, asid kuat mempunyai pH sekitar 0 sehingga 3. Berbanding asid lemah, mereka mempunyai pH sekitar 4-6

Jika sesuatu asid mempunyai kekuatan yang lebih tinggi, lebih baik kadar penguraian ionnya di dalam larutan berakues, yang mana ia akan membebaskan lebih banyak ion hidrogen yang bercas positif (H+).

Antara contoh bagi asid kuat termasuklah

  • Asid hidroklorik (HCl)
  • Asid hidrobromik (HBr)
  • Asid perklorik (HClO4),
  • Asid sulfurik (H2SO4).

Disebabkan pH mengukur jumlah bilangan ion hidrogen yang dibebaskan di dalam sesuatu larutan, asid yang sangat kuat boleh mempunyai bacaan pH yang tinggi walaupun mempunyai kepekatan yang rendah.

Sebagai contoh, larutan asid hidroklorik yang berkepekatan 0.0000001 molar mempunyai pH sebanyak 6.79 iaitu menghampiri neutral. Sebagai asid kuat, asid hidroklorik mempamerkan seratus peritus (100%) kadar penguraian tetapi disebabkan kepekatannya yang sangat rendah membuatkan pHnya mendekati nilai neutral.

Asid perut adalah asid kuat

Tahukah anda, di dalam badan kita juga mengandungi asid kuat yang terletak di bahagian perut yang berfungsi untuk menghancurkan makanan yang dimakan oleh kita supaya lebih mudah untuk dicerna menjadi zarah yang lebih kecil. Selain daripada itu, asid perut juga bertindak sebagai barisan hadapan dalam melawan patogen dan mikrob yang akan membuatkan kita sakit. Untuk melakukan tindak balas seperti di atas, asid perut perlulah mempunyai kekuatan yang tinggi dan sangat berasid, maka, pH bagi asid perut adalah berada di antara 1 dan 2, yang mana asid tersebut adalah agak kuat!

Faktor utama yang menjadi penyumbang kepada kerendahan pH asid perut adalah disebabkan oleh kehadiran asid hidroklorik. Walau bagaimanapun, terdapat hanya sedikit jumlah asid hidroklorik di dalam asid perut, selebihnya adalah bahan kimia yang lain seperti kalium klorida dan natrium klorida yang dirembeskan oleh lapisan sel-sel di dalam dinding perut. Sel-sel tersebut juga membebaskan beberapa enzim dan mukus yang mana sangat penting kepada proses penghadaman. Ia melindungi lapisan perut supaya asid dan jus gastrik yang lain tidak merosakkan organ yang lain.

Kegunaan Asid Kuat

Secara umumnya, terdapat enam jenis asid kuat yang digunakan dengan sangat meluas di dalam industri, antaranya ialah;

  • Asid hidroklorik– Asid ini hadir di dalam perut bagi membantu proses penghadaman dengan cara memecahkan makanan menjadi molekul yang lebih kecil. Di dalam industry kimia, asid hidroklorik digunakan dalam proses tindak balas penyahhidratan dan penyejatan.
  • Asid perklorik– Asid perklorik adalah salah satu bahan yang digunakan dalam pengukuhan paparan kristal cecair dan aplikasi elektronik kritikal dan juga pengekstrakan bijih. Selain itu ia juga turut digunakan untuk membuat bahan bakar roket.
  • Asid hidrobromik– Asid hidrobromik banyak digunakan untuk penghasilan bromida tidak organic terutamanya bromide untuk zink, kalsium, dan natrium.
  • Asid nitrik– Asid nitrik digunakan di dalam industry kimia untuk menghasilkan ammonium nitrat sebagai baja.
  • Asid sulfurik– Asid sulfurik mempunyai penggunaan yang sangat luas, antaranya ia digunakan sebagai elektrolit di dalam sel bateri.
  • Asid hidroiodik- Asid hidroiodik ini berguna sebagai agen penurun, di mana ianya adalah pilihan popular dalam penghasilan metafitamin.

Jenis Asid yang lain

Asid FosforikAsid Benzoik
Asid AsetikAsid Nitrik
Asid SulfurikAsid Formik
Asid HidroklorikAsid Sitrik
Asid AskorbikAsid Lemah
Asid Kuat

Rujukan:

  1. Sims. M (2015). The Uses of Strong Acids. Prezi.
  2. Johnson. S (2018). What pH Levels Are Considered Strong & Weak?.
  3. Chemguide. STRONG AND WEAK ACIDS.
  4. Chemguide. THEORIES OF ACIDS AND BASES.
  5. Healthline. How Strong Is Stomach Acid?.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

three × 2 =