Skip to content

Asid Formik: Definisi, Sifat, Formula Kimia & Kegunaan

Apakah itu Asid Formik? Artikel ini akan membincangkan definisi, sifat, formula kimia, cara penghasilan dan kegunaan asid formik

Pengenalan

Asid formik atau juga dikenali sebagai asid metanoik, merupakan asid yang memiliki karbon tunggal. Ia wujud secara semula jadi di dalam pelbagai sumber termasuklah bisa sengatan lebah dan semut. Banyak spesies semut ditemui mengandungi bisa sengatan yang terdiri daripada asid formik sebagai satu alat untuk melindungi diri, menutralkan bisa serangga lain, serta membersihkan perosak dari kawasan kebun mereka.

Nama bagi asid formik juga diambil daripada perkataan Latin yang bererti semut, formica.

Sifat kimia asid formik

Asid formik menurunkan merkuri (II) klorida kepada merkuri (I) klorida membentuk mendakan berwarna putih. Tindak balas penurunan merkuri boleh dilihat seperti persamaan kimia di bawah;

HCOOH + 2HgCl2 → Hg2Cl2 + 2HCl + CO2

Asid formik bertindak balas dengan fosforik pentaklorida membentuk formil klorida, fosforil klorida, dan hidrogen klorida. Tindak balas tersebut boleh dilihat pada persamaan kimia di bawah;

HCOOH + PCl5 → HCOCl + POCl3 + HCl

Sifat fizikal asid formik

Berikut adalah sifat fizikal bagi asid formik;

BauAsid formik mempunyai bau yang seakan-akan sesuatu yang pedas, dan juga tajam.
PenampilanAsid formik wujud dalam keadaan cecair yang tidak berwarna, seperti air.
Unit Berikat Kovalen1
KeterlarutanBoleh bercampur dengan air

Adakah asid formik asid kuat?

Asid kuat ialah asid yang mengurai sepenuhnya di dalam larutan akues manakala asid lemah pula asid yang mengurai separa di dalam larutan akues. Asid formik ataupun asid metanoik adalah asid lemah, yang wujud secara semula jadi di dalam sengatan lebah dan semut. Asid formik pernah disediakan dengan cara penyulingan semut.

Penyediaan asid formik

Asid formik boleh disediakan dengan banyak cara, antaranya ialah;

  • Tindak balas gliserol dan asid oksalik – asid formik diperolehi dengan cara memanaskan campuran gliserol dan asid oksalik pada suhu 100° – 110°C.
  • Penyediaan asid formik kontang daripada larutan akues asid formik – Terdapat sebilangan air di dalam asid formik yang diperoleh melalui kaedah penyediaan di dalam makmal. Disebabkan asid formik mempunyai takat didih 100°C, ia tidak boleh dikeringkan dengan kaedah penyulingan biasa, maka, untuk menjadikan ia kontang, air yang mengandungi asid dipanaskan dengan cara meneutralkan plumbum karbonat dan larutan panas tersebut ditapis dengan bantuan daripada turas air panas. Semasa menyejukkan cecair yang ditapis itu, plumbum menjadi hablur Format Plumbum, yang diasingkan dan dikeringkan.
  • Kaedah penyediaan industri – asid formik disediakan melalui mono oksida. Natrium format diperoleh dengan cara memanaskan campuran mono oksida dan natrium dioksida pada suhu 150°C dan tekanan 8 atm. Selain itu, asid formik disediakan dengan menambah asid sulfurik dan sodium format. Asid formik juga boleh disediakan dengan cara pengoksidaan metil alkohol.
  • Formaldehad – asid formik boleh disediakan dengan pengoksidaan formaldehad.
  • Hidrogen sianad – asid formik diperolehi daripada penguraian air daripada hidrogen sianad.

Kegunaan asid formik

Asid formik mempunyai banyak kegunaan, antaranya ialah;

  • Digunakan sebagai campuran dengan asid sitrik atau asid hidroklorik disebabkan, jika digunakan secara individidu, asid formik tidak mampu untuk menyingkirkan besi oksida yang terhasil.
  • Digunakan di dalam industri utama kimia di dalam kumpulan asid monokarboksilik tepu.
  • Digunakan sebagai agen penurun untuk menurunkan natrium dan kalium dikromat.
  • Bahan yang berguna di dalam industri membuat bahan pewarna

Adakah asid formik berbahaya kepada manusia?

Asid formik ialah bahan kimia yang tidak menyenangkan yang ditemui di dalam bisa pelbagai spesies semut yang menyebabkan rasa pedih, dan kadangkala kegatalan. Walaubagaimanapun, ia tidak berbahaya jika disengat dengan kepekatan yang sedikit, atau bersentuhan dengan asid tersebut pada kepekatan yang rendah, tetapi menjadi berbahaya apabila berada pada kepekatan yang tinggi.

Memandangkan asid formik ialah sejenis bahan anti-bakteria, manusia menggunakan asid formik sebagai bahan pengawet makanan.

Yang mana lebih kuat di antara asid formik dan asid asetik?

Asid formik tidak mempunyai kumpulan elektron penyumbang, maka ia lebih kuat daripada asid asetik. Kumpulan metil ini ialah kumpulan penderma elektron yang boleh menjejaskan kestabilan cas negatif bes konjugat, kerana itulah sebab mengapa asid asetik kurang berasid daripada asid formik.

Jenis Asid yang lain

Asid FosforikAsid Benzoik
Asid AsetikAsid Nitrik
Asid SulfurikAsid Formik
Asid HidroklorikAsid Sitrik
Asid AskorbikAsid Lemah
Asid Kuat

Rujukan

  1. Negi. M (2020). Formic Acid: Preparation, Properties, Uses and Tests. Chemistry Page.
  2. National Center for Biotechnology Information (2021). PubChem Compound Summary for CID 284, Formic acid. Retrieved October 26, 2021
  3. Byju’s (2021). Formic Acid – HCOOH.
  4. Brown, W. H. (2019, March 13). formic acid. Encyclopedia Britannica.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

13 − 5 =