Skip to content

Antimoni: Definisi, Sifat, Sejarah dan Kegunaan

Apakah itu unsur Antimoni? Artikel ini akan membincangkan sifat, sejarah penghasilan Antimoni dan kegunaannnya dalam kehidupan seharian kita

Pengenalan

Antimoni adalah unsur separa logam yang beracun berada kumpulan 15 dalam jadual berkala yang wujud dalam dua bentuk iaitu bentuk logam berwarna terang keperakan, agak keras dan rapuh manakala bentuk bukan logam wujud dalam serbuk berwarna kelabu.

Antimoni adalah pengalir haba dan elektrik yang lemah. Antimoni adalah unsur yang jarang ditemui pada alam tetapi kadang kala boleh ditemui secara semulajadi dalam bentuk mineral sulfida mineral stibnite, Sb2S3. Logam ini telah popular sejak zaman purba lagi yang banyak digunakan dalam bidang perubatan dan pembuatan kosmetik.

Antimoni dikenali dengan nama ‘lonely element’ atau ‘unsur yang sunyi’ kerana ia tidak pernah ditemui secara sendirian dan sentiasa ditemui dalam bentuk sebatian bersama unsur lain.

Sifat utama Antimoni

  • Nombor atom: 51
  • Berat atom: 121.76
  • Kumpulan: 15
  • Takat lebur: 631°C
  • Takat didih: 1587°C
  • Ketumpatan (g cm−3):

Sejarah

Tiada cacatan yang jelas mengenai siapakah orang pertama yang menemukan unsur antimoni dan ia kekal misteri sehinggalah dikatakan Nicolas Lémery iaitu seorang ahli kimia berbangsa Perancis sebagai orang pertama yang mengkaji unsur antimoni secara saintifik.

Dia memperincikan mengenai penemuannya tentang sifat dan persediaan unsur tersebut kemudian menerbitkan penemuannya itu pada tahun 1707. Walaubagaimanapun sebatian antimoni telahpun terkenal semenjak zaman kuno lagi iaitu sejak tahun 3000 SM sebagai serbuk antimoni (III) sulfida, Sb2S3 yang terkenal dalam kalangan masyarakat timur tengah telah digunakan sebagai alat solek untuk menghitamkan alis dan anak mata.

Sejarah pula telah mencatatkan bahawa unsur antimoni pernah ditemui dalam pasu kuno sejak lebih 4000 SM yang lalu. Menurut pengkaji lain orang pertama yang menamakan unsur tersebut ialah Pliny iaitu seorang ahli arkib Rom pada abad pertama masihi yang dikenali dengan nama stibium. Seorang ahli kimia Islam bernama Abu Musa Jabir Ibnu Hayyan yang dikenali sebagai Bapa Kimia memanggil unsur tersebut dengan panggilan antimoni yang bermaksud ‘tidak pernah sendirian’ kerana ia tidak pernah dijumpai wujud secara terasing.

Cara penghasilan

Untuk menghasilkan antimoni, bijih stibnit bermutu tinggi digunakan dan bertindak balas secara langsung dengan besi yang dileburkan lalu membebaskan logam antimoni. Logam antimoni juga boleh dihasilkan apabila stibnit ditukarkan kepada oksida diikuti dengan pengurangan lalu menjadi karbon. Larutan sodium sulfida digunakan sebagai agen penghakis untuk mencairkan kepekatan stibnit dari bijihnya seterusnya melalui proses elektrolisis untuk menghasilkan antimoni mentah dan akhirnya melalui proses penyucian atau pembersihan untuk mendapatkan antimoni yang berkualiti dan asli sebelum ia boleh dipasarkan.

Sifat kereaktifan

Antimoni tidak stabil pada suhu persekitaran dan tidak reaktif tetapi ia lebih stabil apabila terdedah kepada udara yang kering. Ia tidak larut dalam air tetapi larut dalam asid nitrik dan asid sulfurik yang panas. Antimoni juga bertindak balas dengan asid hidroklorik dalam keadaan tanpa oksigen. Selain itu ia juga bertindak balas dengan beberapa jenis halogen. Antimoni bertindak balas dengan oksigen di udara seiring dengan peningkatan suhu lalu menghasilkan menyalakan api yang berwarna putih kebiruan dan membentuk trioksida antimoni oksida, Sb2O3.

Kegunaan dan aplikasi harian

Antimoni yang sangat asli digunakan untuk menghasilkan beberapa jenis alat semikonduktor seperti diod dan pengesan infamerah. Antimoni juga dicampurkan dengan plumbum untuk meningkatkan daya tahan plumbum. Aloi antimoni yang mengandungi plumbum digunakan dalam bateri selain dijadikan peluru dan kabel.

Antimoni juga digunakan dalam peralatan kimia seperti tangki, paip dan pam. Antimoni yang digabungkan dengan timah dapat menghasilkan perkakas dan peralatan dapur. Sebatian antimoni juga boleh dijadikan sebagai bahan kalis api, cat, enamel seramik, kaca dan tembikar. Sebatian antimoni terutamanya antimoni trioksida digunakan sebagai bahan penghalang api pada cat, plastik, getah dan tekstil.

Beberapa sebatian antimoni lain digunakan sebagai pigmen cat, tartar dan penting dalam bidang perubatan untuk menghasilkan ubatan seperti ubat batuk dan ubat tahan mual. Antara aplikasi lain adalah sebagai penstabil dan pemangkin untuk menghasilkan polyetilena serta bertindak sebagai agen penghalus untuk menghilangkan gelembung mikroskopik pada kaca yang terdapat pada kebanyakan skrin TV.

Unsur yang lain

FosforusRadium
OganessonNitrogen
RadonBarium
LivermormiumPolonium
TeleriumOksigen
SeleniumStrontium
HafniumFlerovium
AluminiumZirconium
MoscoviumPlumbum
TinBismut
TitaniumAntimoni
GermaniumYttrium
ArsenikSilikon
Skandium

Rujukan:

  1. Antimony – Livescience
  2. Antimony – Chemistry Talk
  3. Antimony – Britannica
  4. Antimony – Royal Society of Chemistry

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

twenty − twenty =