Skip to content

KKM Pernah Tolak Penggunaan Vaksin

Betul ke Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini asyik ikut telunjuk WHO terima sahaja vaksin yang ada dan berikan kepada rakyat Malaysia?

Betul ke KKM tak lihat dulu kesan sampingan jangka masa pendek atau panjang sesuatu vaksin sebelum berikan kepada masyarakat?

Saya nak ceritakan satu jenis vaksin dimana pada ketika itu kebanyakan daripada negara didunia terutamanya negara yang mempunyai jangkitan denggi yang tinggi begitu mendambakan vaksin ini tetapi KKM tolak penggunnanya terlebih dahulu.

1. Apakah vaksin itu?

Pada tahun 2015, syarikat Sanofi Pasteur telah menghasilkan satu vaksin untuk penyakit denggi yang dinamakan sebagai Dengvaxia® (CYD-TDV).

Perlu diketahui bahawa virus dengue mempunyai 4 jenis serotype. Serotype ini adalah komponen (antigen) yang melekat pada dinding virus. Bermaksud ia mempunyai 4 jenis virus denggi yang berlainan. Mereka yang pernah kena jangkitan virus dari serotype 1 boleh mendapat demam denggi juga selepas itu apabila dijangkiti virus dari serotype 2. Bahkan jangkitan denggi kali kedua tersebut selalunya lebih teruk disebabkan antibodi dalam badan tidak dapat membezakan virus dari serotype 1 atau 2. Penting kena tahu perkara ini sebab ia berkait dengan vaksin yang akan saya terangkan nanti.

Dalam kajian Dengvaxia, Sanofi mendapati keberkesanan vaksin ini adalah tinggi jika melawan Serotype 3 dan 4 iaitu (71.6% dan 76.9%) tetapi rendah jika melawan serotype 1 dan 2(54.7% dan 43%).

2. Apa Maksud ini?

Ia bermaksud jika anda suntik vaksin ini anda mungkin akan dapat perlindungan sebanyak 70% lebih kepada serotype 3 dan 4. Dan mungkin tidak dapat perlindungan dari Serotype 1 dan 2. Jadi jika anda dijangkiti denggi dari serotype 1 atau 2, kemungkinan besar jangkitan denggi tersebut akan menjadi lagi teruk berbanding jika anda seorang yang tidak divaksin.

Disini mereka yang tidak divaksin mempunyai kelebihan. Kalau divaksin, keberangkalian kena denggi yang teruk akan meningkat.

Disebabkan itu, KKM pada ketika itu, belum lagi membenarkan penggunaan vaksin ini dan menunggu laporan-laporan kajian yang lebih terbaru. Boleh rujuk artikel Berita Harian ini Vaksin Denggi: Lebih Baik Tunggu Dahulu

3. Siapa yang mulakan terlebih dahulu penggunaan vaksin ini?

Pada tahun 2016, Kementerian Kesihatan Filipina telah mula menggunakan vaksin dengvaxia ini pada kanak-kanak sekolah. Tujuannya adalah untuk menyelamatkan ribuan nyawa kanak-kanak dan mengurangkan kemasukan hospital disebabkan denggi.

Ketika itu sebanyak 100 ribu kanak-kanak filipina telah divaksin dan badan kesihatan baru mengeluarkan kenyataan yang vaksin tersebut boleh menyebabkan jangkitan denggi yang lebih bahaya terutamanya bagi mereka yang belum pernah dijangkiti denggi lagi.

Bahkan pada April 2016, WHO telah merekomendasikan penggunaan vaksin ini pada mereka yang berumur di antara 9-45 tahun dan di kawasan yang mempunyai tahap jangkitan denggi yang tinggi (rujuk ini).

Tetapi pada ketika ini, Malaysia masih lagi tidak menggunakan vaksin ini kerana data yang ditunjukkan masih merujuk kepada kesan tidak baik vaksin tersebut. Nampak, KKM tak ikut pun telunjuk WHO

4. Kadar Kematian Meningkat pada 2017

Pada November 2017, Sanofi telah mengeluarkan kenyataan:

The analysis confirmed that Dengvaxia provides persistent protective benefit against dengue fever in those who had prior infection. For those not previously infected by dengue virus, however, the analysis found that in the longer term, more cases of severe disease could occur following vaccination upon a subsequent dengue infection

Maksudnya: Analisis ini mengesahkan bahawa vaksin Dengavaxia memberikan perlindungan pada mereka yang pernah dijangkiti denggi sebelum ini. Bagi mereka yang tidak pernah dijangkiti, pada jangka masa panjang kajian ini mendapati, lebih banyak kes denggi yang teruk selepas mereka mendapatkan vaksin tersebut.

Selepas itu, ibubapa di Filipina menjadi panik. Ada yang menyatakan terdapat 10 kanak-kanak yang meninggal dunia kerana denggi yang teruk disebabkan vaksin. Ada juga kenyataaan dari South China Morning Post yang menyatakan siasatan dibuat dan mendapati terdapat 600 kanak-kanak yang dikaitkan kematian mereka dengan vaksin Dengvaxia.

Pada Feb 2018, dewan senat di filipina mendengar kes kematian yang melibatkan vaksin ini. Ahli keluarga ketika ini membawa foto anak-anak mereka yang telah meninggal dunia disebabkan insiden ini

5. Kesan yang Berlaku

Apabila tragedi ini berlaku, kepercayaan ibubapa kepada vaksin ketika itu merudum daripada 82% turun kepada 21% pada tahun 2018. Disebabkan itu, perlindugan vaksin jatuh dan menyebabkan kes demam campak measles meningkat kepada 34,950 kes dan kematian sebanyak 477 pada tahun 2019

Anda boleh cuba bayangkan jika KKM membenarkan penggunaan vaksin itu di Malaysia, sudah tentu akan men

6. Kesimpulan

Saya nak bawa maksud di sini, KKM tidak halai balai ketika ingin membuatkan keputusan untuk menggunakan sesuatu vaksin. Mereka akan teliti betul-betul data yang mereka ada.

Jika ia mendatangkan lebih banyak mudarat, maka mereka tidak akan menggunakannya. Hatta WHO suruh sekalipun mereka tidak akan menggunakannya. Jika manfaatnya lebih besar, maka mereka sendiri akan menggunakan vaksin atau rawatan tersebut walaupun WHO tak suruh pun.

Jadi tak perlu nak cakap KKM ini berkiblatkan WHO. Mereka ini sebenarnya berkiblatkan Evidence Based Medicine. Dari kajian dan data-data yang lengkap, mereka keluarkan keputusan yang terbaik untuk rakyat Malaysia. Oleh itu, percayalah ramai orang yang hebat-hebat ini ada dalam KKM.

Mesti ada yang tanya, COVID-19 pula macam mana. Mereka pun ada banyak jenis lain. Ada alpha, beta, delta, gamma dan lain-lain lagi. Sepatutnya lagi teruklah lepas kena vaksin.

Cerita COVID-19 ini lain sedikit. Nanti saya akan bincangkan pada masa akan datang. Mudah cerita dia tak macam virus denggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

twelve − two =