Skip to content

Kesan Tidak Mengambil Suplemen Asid Folik yang Tidak Ramai Tahu

Tidak dinafikan kehadiran cahaya mata merupakan pengikat kasih antara setiap pasangan suami isteri. Setiap pasangan yang berkahwin pasti mempunyai naluri untuk memperoleh zuriat.

Samada ia merupakan kehamilan anda yang pertama atau kedua dan seterusnya, persediaan sebelum hamil merupakan suatu perkara yang tidak boleh dipandang remeh kerana ia mampu meningkatkan peluang anda untuk melahirkan bayi yang sihat dan cerdas.

“Sehari selembar benang lama-lama menjadi sehelai kain”

Segala persiapan tidak perlu dilakukan serentak dan boleh dilakukan satu demi satu. Agar anda tidak terasa tertekan dengan perubahan mendadak. Pada permulaanya anda pasti akan merasa terbeban dan kekok dengan pertukaran gaya hidup baru namun ia adalah suatu kebiasaan kerana manusia sifatnya sememangnya begitu apabila terpaksa melakukan suatu perubahan dalam kehidupan.

Ingatlah setiap kesusahan yang dihadapi adalah demi kesihatan diri dan bayi yang bakal dilahirkan. Nescaya ia pasti menjadi suatu pengorbanan yang berbaloi.

Asid Folik – Suplemen Utama Kehamilan

Pada awal perkembangan janin, asid folik membantu dalam pembentukan tiub neural (pembentukan awal sistem saraf). Asid folik sangat penting kerana ia mampu mengelakan kecacatan utama pada otak bayi (anencephaly) dan saraf tunjang (spina bifida)  “ Centers For Disease Control And Prevention “

Asid folik merupakan salah satu vitamin yang tergolong dalam kumpulan vitamin B. Biasanya anda akan dinasihati untuk memulakan pengambilan asid folik seeolok-eloknya 3 bulan sebelum hamil.

Walaupun terdapat situasi yang tidak terjangka seperti hamil tanpa dirancang sebagaimana yangdisebut dalam kalangan masyarakat melayu bunting pelamin.

Anda masih sempat untuk memulakan pengambilannya walaupun telah hamil dan meneruskan pengambilan tersebut sepanjang kehamilan.

Sumber Asid Folik

Asid folik wujud secara semulajadi dalam sayur-sayuran seperti bayam, kobis , asparagus , brokoli, dan lain-lain seperti kacang tanah, kacang buncis. Benar anda boleh mendapatkan bekalan asid folik melalui sumber-sumber makanan seperti yang dinyatakan.

Namun anda perlu ketahui bahawa folik asid yang terdapat di dalam sayur-sayuran perlu dimakan dengan kuantiti yang sangat banyak untuk mendapatkan kuantiti yang mencukupi.

Pada masa yang sama juga sayur-sayuran tersebut perlu dimasak dengan betul. Kerana asid folik ini boleh rosak apabila terdedah kepada tahap haba yang terlalu tinggi dan lama. Asid Folik penting kepada anda untuk mencegah berlakunya kecacatan sara tunjang bayi. Dalam ilmu perubatan ia dikenali sebagai – (neural tube defects – Spina bifida) atau istilah mudah dalam Bahasa Melayu adalah Sumbing Tulang Belakang.

Kesan Kekurangan Asid Folik Ketika hamil

Kecatatan utama yang boleh berlaku adalah “ anencephaly ” di mana sebahagian daripada otak dan tengkorak tidak terbentuk dengan sempurna. Anda memerlukan 5mg asid folik setiap hari untuk bekalan yang mencukupi. Ia juga tidak boleh diambil sekaligus, sebagai contoh10 biji sehari kerana anda takut anda terlupa untuk mengambilnya pada hari-hariyang seterusnya.

Ini disebabkan proses penyerapan folik asid di dalam usus sangat minima dan tidak boleh diserap dalam kuantiti yang banyak. Anda memerlukannya dalam bentuk supplemen kerana ia tidak dapat dibekalkan sepenuhnya oleh diet harian anda.

Spina bifida (dalam bahasa Latin bermaksud tulang belakang terbelah). Ia adalah kecacatan di tiub neural yang terjadi disebabkan sebahagian atau keseluruhan tulang belakang tidak bercantum dengan sempurna semasa bayi dalam usia awal kehamilan bulan pertama menyebabkan saraf tunjang menjadi terdedah.

Gejala Spina Bifida

Antara gejala kurang upaya yang boleh dialami oleh pesakit spina bifida adalah:

1- Hilang kawalan kencing

2- Hilang kawalan buang air besar

3- Lumpuh anggota kaki

4- Hilang deria rasa pinggul dan kaki

5- Mati pucuk / Mandul

Oleh itu program pemulihan mereka agak rumit dan memerlukan pendekatan multidisiplin ( melibatkan pelbagai kepakaran dan jabatan seperti, pakar neurologi ( saraf ), rehabilitasi, urologi serta jurupulih fisioterapi dan jurupulih carakerja ( occupational therapist ) .

Gejala yang dialami akan meninggalkan kesan dalam segenap aspek kehidupan pesakit samada mental, fizikal, sosial, ekonomi, pendidikan dan sebagainya.

Jenis-jenis Spina Bifida

1. Spina Bifida Occulta:

Saraf tunjang adalah normal. Hanya sebahagian kecil tulang yang tidak bertutup. Lapisan kulit yang menutupi kecacatan ini juga adalah normal.

2. Meningocoele

Sebahagian dari lapisan luaran saraf tunjang terjulur keluar tetapi saraf tunjang selalunya sempurna.

3. Myelomeningocele

Sebahagian dari saraf tunjang terjulur keluar dari tulang belakang yang terpisah.

Epidemiologi

Menurut kajian kekerapan kes spina bifida atau sumbing tulang belakang untuk terjadi adalah 0.42 kes bagi setiap 1000 kelahiran. Bermakna, setiap 2381 kelahiran hidup, 1 bayi menghidap NTD ( Neural Tube Defect ).

Pada masa yang sama kajian-kajian telus yang diterbitkan oleh laman web www.cochrane.org menyatakan didapati antara faktor yang boleh mengurangkan risiko spina bifida, adalah pengambilan supplemen asid folik sebelum dan ketika hamil.

Bekalan Asid folik di Malaysia adalah tidak terhad dan anda boleh mendapatkannya di mana-mana farmasi yang berdekatan.

Secara kesimpulannya pengambilan suplemen asid folik untuk kehamilan sangatlah penting. Jadi ia tidak sepatutnya diabaikan begitu sahaja.

Selamat beramal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

15 − fourteen =