10 Khasiat Yogurt Yang Anda Perlu Tahu

khasiat yogurt

Apakah khasiat yogurt kepada kesihatan badan? Artikel ini akan membincangkan khasiat yogurt, kandungan nutrisi dan kompaun sihat di dalam yogurt ini.

Pengenalan

Pasti ramai diantara pembaca artikel ini tahu apa itu sejenis makanan yang bernama yogurt bukan? Yogurt adalah sejenis makanan tenusu yang terhasil daripada proses fermentasi susu dan di dalamnya terkandung sejenis bakteria hidup yang baik.

Proses fermentasi ini menghasilkan asid laktik yang menyumbang kepada keunikkan rasa yogurt itu sendiri. Tahukah anda bahawa yogurt yang terdapat di pasaran terdiri daripada pelbagai jenis kategori?

Antara jenis yogurt adalah:

  • Natural atau plain yogurt iaitu sejenis yogurt yang tidak ditambah perasa
  • Yogurt rendah lemak iaitu yogurt yang mempunyai kandungan lemak yang rendah berbanding yogurt biasa
  • Yogurt Greek iaitu yogurt yang mempunyai proses pembuatan yang agak berbeza dengan yogurt biasa dan mempunyai rasa yang agak masam dan
  • Yogurt berperisa iaitu yogurt yang ditambah dengan sebarang perisa tambahan untuk mempelbagaikan rasanya.

Jadi, apa kebaikan yang ditawarkan oleh yogurt ini kepada kesihatan? Artikel ini akan membincangkan dengan lebih lanjut akan kebaikan makanan ini.

Kandungan Nutrisi

Berikut merupakan kandungan nutrisi yang terdapat dalam 240 ml yogurt plain/natural dan yang rendah lemak.

Makronutrisi

Tenaga, kcal153.4 kcal
Karbohidrat, g17.3 g
Protein, g12.9 g
Lemak, g3.8 g

Jadual di atas menunjukkan kandungan makronutrisi yang terdapat dalam yogurt.

Setiap 240 ml yogurt mengandungi 153.4 kcal tenaga, 17.3 g karbohidrat, 12.9 g protein dan 3.8 g lemak.

Mikronutrisi

Kalsium, mg448.4
Zat besi, mg0.2
Magnesium, mg41.7
Fosforus, mg352.8
Kalium, mg573.3
Natrium, mg171.5

Jadual di atas menunjukkan kandungan mikronutrisi yang terdapat dalam yogurt.

Setiap 240 ml yogurt mengandungi 448.4 mg kalsium, 0.2 mg zat besi, 41.7 mg magnesium, 352.8 mg fosforus, 573.3 mg kalium dan 171.5 mg natrium.

Kandungan Berkhasiat dalam Yogurt

Terdapat pelbagai kandungan berkhasiat yang terdapat di dalam yogurt. Antaranya ialah kandungan protein yang tinggi di mana didapati bahawa kandungan protein di dalam yogurt lebih mudah dicerna berbanding susu kerana kandungan bakteria di dalamnya.

Selain itu, yogurt juga kaya dengan sumber kalsium dan fosforus di mana kalsium merupakan mineral penting yang diperlukan untuk pembentukkan tulang dan gigi yang sihat. Yogurt juga kaya dengan pelbagai kandungan vitamin B seperti vitamin B-6 dan vitamin B-12

10 Khasiat Yogurt Pada Kesihatan

Apakah khasiat yang ditawarkan oleh yogurt ini. Berikut merupakan senarai khasiat yogurt terhadap kesihatan kita.

1. Mengurangkan risiko mendapat diabetes

Satu kajian meta analisis telah dijalankan untuk mengkaji hubungan antara pengambilan produk tenusu yang berbeza dan risiko mendapat diabetes.

Kajian ini mendapati bahawa pengambilan yogurt berkait dengan dengan kurangnya risiko untuk mendapat diabetes jenis 2 berbanding dengan pengambilan produk tenusu lain.

Artikel Berkaitan: Punca Kencing Manis dan Rawatan

2. Baik untuk kesihatan gigi

Yogurt merupakan sejenis makanan yang kaya dengan sumber kalsium. Bagaimana pula kalsium dapat melindungi dan meningkatkan kesihatan gigi?

Kalsium akan menguatkan permukaan luar gigi atau enamel. Enamel inilah yang melindungi gigi daripada masalah gigi seperti kaviti.

3. Baik untuk kesihatan tulang

Semakin bertambah usia, ketumpatan tulang akan semakin berkurang menyebabkan kita terdedah dengan penyakit seperti osteoporosis.

Yogurt merupakan sejenis makanan yang kaya dengan kandungan kalsium yang dapat melindungi tulang dari menjadi kurang tumpat.

4. Dapat mengawal selera makan

Satu kajian telah dijalankan untuk menentukan samaada pengambilan yogurt yang tinggi protein dapat mengawal selera makan, mengurangkan rasa lapar dan pengurangan pengambilan makanan.

Kajian mendapati bahawa pengambilan makanan yang rendah tenaga dan tinggi protein seperti yogurt dapat meningkatkan pengawalan selera makan, mengurangkan rasa lapar dan mengurangkan pengambilan makanan selepas pengambilan yogurt.

5. Dapat mengurangkan rasa lapar

Tahukah anda bahawa pengambilan yogurt Greek dapat mengurangkan rasa lapar? Satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji samaada kandungan protein yang berbeza di dalam makanan berkait dengan permulaan pengambilan makanan.

Kajian mendapati bahawa pengambilan yogurt Greek yang mengandungi 24 g protein dapat mengurangkan rasa lapar lalu melambatkan masa pengambilan makanan berbanding dengan makanan rendah protein yang lain.

6. Mengurangkan simptom rengsa usus

Kajian telah dijalankan untuk mengkaji kesan pengambilan susu fermentasi dan yogurt yang mengandungi Bifidobacterium animalis DN-173010 ke atas pesakit-pesakit penyakit simptom rengsa usus. Kajian mendapati bahawa pengambilan susu dan yogurt tersebut dapat mengurangkan simptom bagi penyakit simptom rengsa usus.

7. Meningkatkan kesihatan sistem pencernaan

Pengambilan makanan yang mengandungi probiotik telah terbukti dapat meningkatkan kesihatan sistem pencernaan. Satu kajian telah dijalankan terhadap wanita yang tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan dengan sistem pencernaan mereka. 

Kajian mendapati bahawa peserta-peserta wanita tersebut mengalami peningkatan kesihatan untuk sistem penghadaman mereka di mana ianya meningkatkan simptom sistem pencernaan mereka.

8. Mencegah dan merawat cirit-birit

Probiotik dikenali dengan kelebihannya terhadap sistem pencernaan dan yogurt merupakan salah satu makanan yang mengandungi probiotik.

Kajian telah mendapati bahawa pengambilan probiotik dapat mencegah cirit-birit dalam kalangan kanak-kanak, dan dapat mengurangkan tempoh masa cirit-birit.

9. Merawat masalah sembelit

Sembelit adalah masalah kesukaran untuk membuang air besar dan ianya boleh disebabkan oleh kekurangan pengambilan serat dan air. Satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji kesan pengambilan yogurt ke atas mereka yang mengalami masalah sembelit.

Kajian mendapati bahawa pengambilan yogurt dapat mengurangkan masa transit najis di usus besar lalu mencegah masalah sembelit.

10. Merawat masalah jangkitan kulat

Satu kajian percubaan klinikal telah dijalankan di kalangan wanita yang dijangkiti dengan Candidalvulvoganitis. Sebilangan dari mereka menerima krim vaginal yang dicampur bersama yogurt dan madu sebagai rawatan.

Kajian mendapati bahawa mereka yang menerima krim yang dicampur bersama yogurt dan madu mengalami peningkatan dari segi simptom jangkitan.

Konklusinya, terdapat pelbagai manfaat yang ditawarkan oleh yogurt terhadap kesihatan. Namun harus diingat bahawa pengambilan yang berlebihan juga boleh memudaratkan kesihatan. Kunci utama adalah bersederhana dalam apa-apa jua pengambilan.

Bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan, rujuklah dengan pegawai perubatan anda terlebih dahulu untuk mendapatkan nasihat mereka.

Khasiat Makanan yang lain

TempeKopiMadu
Air LemonYogurtBrokoli
YogurtJintan ManisMadu
BijanKopiTempe
Daun PandanKetumbarIkan Haruan
Bunga KantanKacip FatimahLidah Buaya

Rujukan:

  1. Chen, M., Sun, Q., Giovannucci, E., Mozaffarian, D., Manson, J. E., Willett, W. C., & Hu, F. B. (2014). Dairy consumption and risk of type 2 diabetes: 3 cohorts of US adults and an updated meta-analysis. BMC medicine12, 215.
  2. Darvishi, M., Jahdi, F., Hamzegardeshi, Z., Goodarzi, S., & Vahedi, M. (2015). The Comparison of vaginal cream of mixing yogurt, honey and clotrimazole on symptoms of vaginal candidiasis. Global journal of health science7(6), 108–116.
  3. Douglas, S. M., Ortinau, L. C., Hoertel, H. A., & Leidy, H. J. (2013). Low, moderate, or high protein yogurt snacks on appetite control and subsequent eating in healthy women. Appetite60(1), 117–122.
  4. Guyonnet, D., Schlumberger, A., Mhamdi, L., Jakob, S., & Chassany, O. (2009). Fermented milk containing Bifidobacterium lactis DN-173 010 improves gastrointestinal well-being and digestive symptoms in women reporting minor digestive symptoms: a randomised, double-blind, parallel, controlled study. The British journal of nutrition102(11), 1654–1662.
  5. Guyonnet, D., Chassany, O., Ducrotte, P., Picard, C., Mouret, M., Mercier, C. H., & Matuchansky, C. (2007). Effect of a fermented milk containing Bifidobacterium animalis DN-173 010 on the health-related quality of life and symptoms in irritable bowel syndrome in adults in primary care: a multicentre, randomized, double-blind, controlled trial. Alimentary pharmacology & therapeutics26(3), 475–486.
  6. Guarino, A., Lo Vecchio, A., & Canani, R. B. (2009). Probiotics as prevention and treatment for diarrheaCurrent opinion in gastroenterology25(1), 18–23.
  7. Magro, D. O., de Oliveira, L. M., Bernasconi, I., Ruela, M., Credidio, L., Barcelos, I. K., Leal, R. F., Ayrizono, M., Fagundes, J. J., Teixeira, L., Ouwehand, A. C., & Coy, C. S. (2014). Effect of yogurt containing polydextrose, Lactobacillus acidophilus NCFM and Bifidobacterium lactis HN019: a randomized, double-blind, controlled study in chronic constipation. Nutrition journal13, 75.
  8. Ortinau, L. C., Hoertel, H. A., Douglas, S. M., & Leidy, H. J. (2014). Effects of high-protein vs. high- fat snacks on appetite control, satiety, and eating initiation in healthy women. Nutrition journal13, 97.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

five × 5 =

Open

Close