Cara Tanam Bayam Brazil dengan mudah dan Betul

cara tanam bayam brazil

Apakah cara terbaik untuk tanam Bayam Brazil?

Artikel ini akan memberikan panduan penuh untuk tanam tumbuhan yang bernama Bayam Brazil ini berserta cara penuaian dan sebagainya.

Isi Kandungan
  1. Pengenalan
  2. Keratan Batang
  3. Tanam Keratan Batang
  4. Pembajaan dan Siraman
  5. Serangan Perosak
  6. Pengutipan Hasil

Pengenalan


Bayam Brazil (Althernanthera sissoo) adalah spesies tanaman sayuran berdaun yang berasal daripada Brazil dan Amerika Selatan. Tumbuhan ini tergolong dalam famili Amaranthaceae yang kini sudah ditanam dinegara kita. Sayur ini juga dipanggil sebagai Brazillian Spincah, Poor Man Spinach, Sambu dan juga Sambu lettuce.

Pokok bayam brazil merupakan tanaman yang senang tumbuh dan tidak memerlukan penjagaan yang terlalu rumit. Pokok bayam brazil juga mudah membiak dengan cepat dan hasilnya dapat dituai hanya selepas beberapa minggu selepas ditanam.

Bayam brazil sering digunakan kerana terdapat pelbagai khasiat dari pokok ini. Pelbagai jenis masakan boleh diolah seperti masak lemak bayam brazil, direbus sebagai ulam ataupun dicelup tepung dan goreng. Bayam brazil adalah pokok herba renek yang berbatang lembut dan berdaun kerinting.

Keratan batang


Cara penanaman pokok bayam brazil adalah melalui keratan batang. Keratan batang boleh diambil dari pokok yang telah matang. Ambil keratan batang yang tidak terlalu muda dan tidak terlalu tua. Panjang yang sesuai ialah 5-12cm. Setelah dipotong, buang sedikit daun di pangkal kerana bahagian ini akan ditanam didalam tanah.

Keratan batang bayam brazil

Tanam keratan batang


Keratan batang bayam brazil boleh di tanam sama ada di dalam pasu, botol plastik, bahan-bahan recycle, ataupun terus ditanah. Ini boleh mengikut kreativiti masing-masing kerana pokok bayam brazil merupakan pokok tanaman yang bukan sahaja tanaman untuk makanan tetapi juga cantik untuk tanaman landskap.

Pokok bayam brazil boleh juga direndam dahulu di dalam air iaitu proses “propagation” iaitu proses pengeluaran akar di dalam air. Namun, boleh juga di tanam terus ke dalam tanah. Tanah yang sesuai untuk tanaman ini ialah tanah yang kaya dengan bahan organik. Pastikan juga pokok bayam brazil tidak terdedah kepada cahaya matahari secara terus pada awal penanaman, boleh diletakkan di bawah pelindung. Sekitar 4-7 hari akan mula nampak bayam brazil mula mengeluarkan pucuk dan daun baharu. Itu tanda bayam brazil tumbuh dengan baik.

bayam brazil

Bayam brazil tumbuh segar di dalam polibeg

Bayam brazil yang ditanam menggunakan bahan recycle

Bayam brazil yang ditanam menggunakan bahan recycle.

Pembajaan dan siraman


Pokok tanaman lebih disarankan atau digalakkan untuk dibaja menggunakan bahan organik seperti baja tahi ayam atau bahan kompos. Pokok bayam brazil boleh dibaja sebulan 2 kali dengan baja tahi ayam.

Sukatan yang sesuai ialah 2 sudu teh atau lebih mengikut saiz dan umur pokok. Pembajaan yang baik akan menyuburkan pokok dan memberi nutrien yang cukup. Siraman dua kali sehari membantu untuk bayam ini tumbuh subur. Pokok bayam brazil memerlukan tanah yang sentiasa lembab. Elakkan air yang bertakung kerana hal ini boleh merosakkan akar. Cukup sekadar tanah menjadi lembab.

Serangan perosak


Pokok bayam brazil jarang diserang perosak atau penyakit selain dari siput babi dan belalang. Hal ini kerana daunnya yang lembut dan crispy menarik perosak ini untuk menyerang daun bayam. Untuk mengelakkan serangan perosak, racun organik boleh digunakan. Racun organik boleh dibuat dengan menggunakan bahan dapur seperti bawang putih, halia dan sedikit sabun basuh.

Cara-cara untuk membuat racun organik boleh dilihat di google dan mengikut step yang ditunjukkan. Ada juga yang berkongsi mengelakkan serangan serangan perosak menggunakan semburan air bunga cengkih. Penggunaan racun organik juga amat digalakkan kerana penggunaan racun kimia bukan sahaja merbahaya kepada tubuh badan, malah berbahaya kepada alam sekitar.

Pengutipan hasil


Pengutipan hasil boleh dilakukan selepas beberapa minggu setelah ditanam mengikut keadaan pokok. Apabila pokok mula tinggi melebihi 20 cm, eloklah dipangkas pokok. Kekalkan dalam 10-15 cm tinggi sahaja agar pokok nampak kemas dan tersusun. Pokok yang telah rimbun boleh diambil daunnya bersama batang untuk dijadikan bahan masakan. Selain dari diambil untuk dimasak, boleh juga diambil keratan batang baru dan ditanam semula. Setelah hasil dituai, pastikan pembajaan dilakukan semula supaya pokok boleh tumbuh dan rimbun semula setelah beberapa minggu.

Daun bayam brazil yang subur dan segar

Kesimpulan

Pokok bayam brazil bukan sahaja mudah ditanam, malah hasilnya boleh dimakan beberapa kali apabila dijaga dengan baik. Bayam Brazil merupakan spesies tumbuhan yang cepat membesar dan mudah dijaga. Ia mempunyai daun yang boleh dimakan samada mentah atau dimasak. Tumbuhan lembut ini boleh membesar sehingga 30 cm tinggi dengan saiz daunnya pula sekitar 2.0 – 3.5 cm lebar.  Menanam sendiri Bayam Brazil ini amat mudah dilakukan dirumah untuk tujuan kegunaan sendiri atau kalau lebih lebih sedekahkan kepada sanak saudara atau jiran.

Cara Tanam pokok lain yang anda perlu tahu:

1. Taugeh

2. Pokok Cili

3. Serai

4. Cendawan

5. Sawi

6. Pokok Kari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.