Cara Tanam Taugeh yang Mudah dan Betul

cara tanam taugeh

Apakah cara yang paling mudah dan betul untuk tanam taugeh dan tidak membebankan?

Artikel ini akan memberi panduan dan cara yang lengkap bagaimana untuk melakukan penanaman taugeh hingga menuai tumbuhan tersebut.

Isi Kandungan
  1. Pengenalan
  2. Pemilihan Benih
  3. Rendam Benih
  4. Sediakan Bahan untuk Tanaman
  5. Tabur Benih
  6. Simpan di Tempat yang gelap
  7. Penyiraman Pokok
  8. Tuaian Hasil

Cara Tanam Taugeh


Penanaman taugeh merupakan tanaman yang paling mudah dan cepat. Namun, terdapat cara dan teknik yang betul untuk mendapatkan hasil yang segar dan selamat. Taugeh dikenali sebagai satu tanaman yang tidak memerlukan penjagaan yang rapi, malah perlu dibiarkan tanpa diganggu selama beberapa hari. Taugeh juga tidak perlu dibaja dan tidak perlu ditanam di tanah. Perkara ini membuatkan tanaman taugeh ialah tanaman yang paling mudah untuk ditanam.

Walaubagaimanapun, perkara yang penting di sini ialah menghasilkan taugeh yang segar dan selamat untuk dimakan. Perkataan selamat di sini amat ditekankan supaya taugeh yang ditanam selamat untuk dimakan. Bagi memastikan taugeh selamat, perkara yang penting untuk diambilkira ialah pemilihan kacang hijau atau kacang hitam yang baik. Selain itu, selamat dari segi keadaan air yang digunakan untuk menyiram dan juga kawasan yang digunakan untuk menanam taugeh.

Cara Tanam Taugeh

Penghasilan taugeh dari kacang hijau

1. Pemilihan benih


Taugeh ditanam melalui percambahan kekacang atau ‘bean sprout’ sama ada ianya daripada kacang hijau (Vigna radiata) atau Kacang hitam (Vigna mungo). Bagi menghasilkan taugeh yang sihat dan bersaiz besar, pemilihan kacang yang besar juga diperlukan. Perkara yang penting adalah kualiti benih kacang mestilah bernas dan bersaiz besar bagi mendapatkan hasil yang baik.

2. Rendam benih


Setelah membeli benih kacang, kacang perlu direndam sekurang-kurangnya 8 hingga 10 jam. Pada ketika ini juga, pemilihan kali kedua iaitu pemilihan kacang yang baik. Pemilihan ini dilakukan dengan membuang benih kacang yang terapung. Benih yang terapung tidak akan bercambah ataupun jika bercambah tidak akan menghasilkan benih yang baik. Maka, sebaiknya buang benih yang terapung. Cuci bersih kacang hijau. Pastikan cuci sampai bersih dan air jernih untuk dapatkan taugeh yang lebih bersih dan berkualiti.

3. Sediakan bahan untuk tanaman


Bahan bagi tanaman taugeh bukanlah tanah atau pasu seperti tanaman lain, tetapi bekas yang mempunyai lubang di bawah seperti penapis atau periuk kukus. Hal ini kerana benih perlu disiram dan air siraman perlu dialirkan dan dielakkan untuk bertakung. Air yang bertakung akan menyebabkan benih rosak dan tidak tumbuh. Bahan kedua ialah kain yang bersih seperti tuala ‘good morning’ ataupun tisu dapur. Kain atau tisu diperlukan untuk menutup lubang bawah bekas dan juga menutup benih. Tujuan kain dan tisu ialah bagi mengekalkan kelembapan dan membekalkan air.

4. Tabur benih


Setelah benih kacang direndam, tos dan buang air rendaman. Seterusnya benih kacang ditabur di atas bekas yang telah dilapik dengan kain atau tisu. Letakkan penapis dalam bekas dan alaskan kain atas penapis. Kemudian taburkan kacang hijau yang telah direndam tu. Setelah disusun, tutup semula dengan kain.

5. Simpan di tempat gelap


Perkara ini merupakan perkara yang penting bagi menghasilkan taugeh yang bersaiz besar. Akhir sekali  setelah benih ditutup dengan kain, bekas tanaman boleh tutup dengan kain hitam atau bekas hitam. Warna hitam ni untuk mengelakkan benih terkena cahaya. Jika terkena cahaya akan menghasilkan taugeh yang kurus. Letakkan bekas di tempat yang gelap. Pastikan letak dikawasan yang bersih dan jauh dari kawasan yang kotor ataupun kawasan yang mempunyai bahan kimia. Ini adalah perkara yang perlu diambil berat untuk menghasilkan taugeh yang selamat untuk dimakan.

6. Penyiraman pokok


Siram  sekurang-kurangnya 3 atau 4 kali sehari. Pastikan juga air di bawah tapisan tu sentiasa dibuang selepas siram. Jika tidak, air bertakung tu akan berbau busuk dan memberi kesan pada taugeh. Perkara penting yang perlu diambilkira di sini ialah keadaan air yang digunakan untuk menyiram. Pastikan menyiram menggunakan air yang bersih dan tidak tercemar kepada kotoran atau air yang tidak diketahui punca. Hal ini kerana air yang kotor akan menberi kesan kepada taugeh. Hal ini penting bagi menghasilkan taugeh yang selamat untuk dimakan.

7. Tuaian hasil


Taugeh boleh dikutip setelah 3 atau 4 hari setelah ditanam. Setelah dituai, bersihkan taugeh dengan membasuh dan mengasingkan taugeh dari kulit kacang. Setelah itu toskan air dan simpan di dalam peti ais. Cara simpanan yang betul boleh menjaga kesegaran taugeh sehingga seminggu.

Guna Periuk Pengukus Tanam Taugeh Sendiri, Syaratnya Siram 4 Kali ...

Taugeh yang telah sedia untuk dituai

Kesimpulan

Taugeh sejenis sayur simple yang boleh dimakan mentah ataupun dimasak. Harganya murah berbanding dengan harga sayur yang lain. Walaupun murah, tapi kaya dengan pelbagai khasiat. Kaya protein, enzim, serat, antioksidan, asid lemak, vitamin dan lain-lain lagi. Bagi yang tak suka makan taugeh, mungkin lepas ni boleh cuba amalkan makan taugeh sebab taugeh juga sesuai untuk menu diet seharian. Tak perlu susah-susah beli, boleh tanam taugeh dengan cara paling mudah di rumah untuk dapatkan taugeh lebih selamat, bersih dan segar.

Cara Tanam pokok lain yang anda perlu tahu:

DurianTembikaiLabu
Daun KesumBuah NagaLimau Purut
AvocadoUbi KeledekKangkung
KentangPisangTomato
Bayam BrazilTaugehPokok Cili
SeraiCendawanSawi
SaladNanas MD2Daun Sup
JagungBawang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

7 + eight =

Open

Close