Cara Tanam Labu yang Betul (Panduan Lengkap)

cara tanam pokok labu

Bagaimanakah cara untuk tanam pokok labu untuk menghasilkan buah yang berkualiti? Artikel ini akan menerangkan bagaimana cara untuk menanam pokok labu dengan betul

Labu tergolong dalam keluarga Cucurbitaceae, dan genus  Cucurbita. Labu telah digunakan dalam pelbagai ubat tradisional untuk beberapa penyakit (antidiabetik, antihipertensi, antitumour, antibakteria, anti-radang) telah menarik perhatian saintifik kepada tumbuhan ini (Fu et al., 2006). Ia kaya jumlah asid amino (AA) yang tinggi (Fujita and Hossain, 2003), asid lemak, kainotenoid, mineral dan vitamin E (Ching and Mohamed, 2001). Ia biasanya digunakan dalam perubatan tradisional Sudan untuk mengawal virus hepatitis C (HCV) (Hussein et al., 2000).

Biji labu mempunyai kandungan nutrien yang banyak yang boleh digunakan untuk manusia. Kandungan minyak biji labu dikatakan mempunyai 40-50% vitamin E dan asid linoleik yang tinggi (Murkovic et al., 1999).

Labu dijadikan pilihan kerana:

  1.  Buahnya matang boleh dimasak dan dikeringkan supaya boleh disimpan lebih lama (Grubben dan Chigumira Ngwerume, 2004).
  2. Daunnya boleh dijadikan sebagai sayur-sayuran.
  3. Bijinya di panggang dan dimasinkan dijadikan sebagai snek. Bijinya juga boleh digunakan sebagai sumber bahan api (Grubben dan Chigumira Ngwerume, 2004).

Maklumat yang disediakan dalam artikel ini meliputi asas penanaman labu iaitu dari memahami pelbagai jenis varieti dan klasifikasi labu, pengeluaran labu di ladang, sehinggalah ke peringkat tuaian.

Jenis Vareiti Dan Klasifikasi Labu

Labu tergolong dalam keluarga Cucurbits. Antara sayur-sayuran yang tergolong sekali dengan labu adalah tembikai, timun, peria, dan skuasy. Kaedah pengurusan seperti pengurusan serangga perosak, dan kawalan penyakit adalah sama di kalangan sayur-sayuran ini.

Contoh varieti labu yang selalu ditanam termasuk ‘Howden,’ ‘Magic Lantern,’ ‘Autumn Gold,’ ‘Pemenang Hadiah,’ dan ‘Baby Bear.’

Pemilihan varieti adalah bergantung kepada ciri-ciri labu tersebut. Selalunya labu diklasifikasikan mengikut saiz (kecil hingga yang terbesar), warna, bentuk, saiz batang labu, dan ciri benih.

Di Malaysia, terdapat dua varieti labu yang paling banyak ditanam iaitu Cucurbita moschata dan Cucurbita moschata Duchesne (Margaret et al., 2016).

Cucurbita moschata

Contoh Produk Terhasil dari Labu

1. Tepung & serbuk labu

Serbuk labu dihasilkan daripada labu matang (Cucurbita moschata Duchesne). Serbuknya yang murah untuk dihasilkan, mempunyai kualiti yang baik, dan boleh digunakan sebagai suplemen beta-kaotena dalam produk makanan.

2. Snek

Biji labu dijadikan sebagai produk makanan ringan dan permintaan pasaran yang semakin meningkat (Clinton et al., 2015).

3. Makanan binatang ternakan

Labu dijadikan sebagai sumber yang kaya dengan protein untuk industri ayam (Wafar et al., 2017) untuk meningkatkan penghasilan telur (Jacob et al., 2013).

4. Makanan kesihatan

Makanan tambahan berasaskan labu mungkin mempunyai fungsi anti-radang, yang bermanfaat untuk artritis (Yadav et al., 2010).

Kitaran Labu

Kitaran Pokok Labu

Penyediaan Anak Benih Labu

Langkah:
1 . Biji benih dirawat dengan Benomyl
2.Benih direndam selama 24 jam
3. Biarkan ia kering 
4. Benih sedia untuk disemai

Jenis Tanah yang Sesuai

Labu memerlukan tanah yang agak subur dan saliran yang baik. Hasil maksimum boleh dicapai di tanah bertekstur sederhana dengan kapasiti pegangan air yang tinggi dan saliran air yang baik.

Labu boleh ditanam di pelbagai tanah, tetapi tanah liat tidak digalakkan. Ini adalah kerana tanah liat mempunyai pengudaraan yang lemah dan saliran air yang terhad, yang boleh memudaratkan pertumbuhan akar dan meningkatkan reput buah.

Labu sensitif terhadap tanah berasid. pH tanah yang optimum diperlukan oleh labu adalah tanah yang sedikit berasid (pH 6.8) kepada tanah alkali sederhana (pH 8.0).

Persediaan di Ladang

Persediaan tanah di ladang adalah untuk memastikan labu mempunyai pertumbuhan yang sekata. Tanah perlu dirotor beberapa kali iaiitu beberapa bulan sebelum ditanam.

Penyediaan tanah memberi masa untuk biji benih untuk bercambah. Benih labu akan ditanam di atas tapak semaian yang mempunyai ketinggian antara 15 hingga 20 cm tinggi.

Sungkupan seperti rumput diletakkan di atas biji benih untuk mengekalkan kelembapan tanah.

Biji benih boleh disemai terus ataupun melalui pemindahan dari tray semaian. Benih akan ditanam dengan kedalaman antara 2 hingga 4 cm.

Biji benih akan disemai antara dua hingga tiga biji dalam satu lubang dan akan dinipiskan (thinning) untuk mendapatkan anak pokok yang seragam dan sihat.

Untuk penanaman komersial, beji benih akan disemai empat biji setiap 30 cm.

Gambar rajah 1: Cadangan kawasan penanaman labu di ladang

Jarak tanaman1m x 1m
Bilangan benih / lubang penanaman3 biji benih (mengekalkan satu anak pokok selepas 14 hari selepas penanaman)
Bilangan anak pokok/ekar1376

Jadual Penanaman

Program Pembajaan

Untuk mengelakkan labu dijangkiti penyakit dari tanah dan masalah nematode, labu perlu ditanam di tanah pernah ditanam dengan tembikai, timun, muskmelon (cantaloupes), zuchini, atau cucurbit yang lain dalam tempoh 2 hingga 3 tahun sebelumnya.

Nitrogen (N) adalah baja yang paling diperlukan, walaupun fosforus kadang-kadang diperlukan untuk menggalakkan akar benih yang baik. Baja fosforus biasanya diletakkan dalam di antara barisan tanaman dengan jarak 15 cm x 15 sebelum ditanam.

Contoh program pembajaan untuk labu adalah seperti berikut:

Cadangan:

1. Aplikasi baja perlu dilakukan se awal pagi – sebelum jam 9 pagi lewat petang
2. Copper and Zinc digunakan untuk mengawal serangan penyakit.   
4. Semburan spray: 50 ml per pokok

Cara Tanam Pokok Labu

Suhu

Suhu minimum, optimum dan maksimum tanah untuk percambahan benih masing-masing adalah 18, 35 dan 38°C. Percambahan benih menjadi perlahan dan tidak konsisten apabila suhu tanah di bawah 20°C.

 Buah labu yang matang mempunyai kualiti yang rendah apabila suhu udara min harian adalah di bawah 21°C.

Buah labu mempunyai hasil yang tinggi apabila cuaca  adalah panas, tetapi suhu adalah tidak terlalu tinggi (43-46°C), kerana boleh menyebabkan buah terbakar terkena matahari (sunburn) dan isi buah labu akan menjadi lembik.

Jarak tanaman

Jarak tanaman adalah 1.0 x 1.0 m

Saiz buah labu boleh diubahsuai dengan jarak tanaman. Jika anda inginkan buah labu yang besar, anda perlukan jarak yang lebih luas.

Hasil tanaman

Di bawah keadaan input yang rendah, hasilnya adalah sekitar 5 t/ha, manakala dengan penjagaan yang baik, hasil adalah 15 t / ha.

Sungkupan

Menggunakan rumput atau poliethylene (plastik) memberi beberapa kebaikan kepada anda:

  • Meningkatkan suhu tanah
  • Mempercepatkan pertumbuhan anak pokok
  • Ia juga memulihara kelembapan tanah
  • Mengurangkan beberapa masalah seperti pemadatan tanah, mengelakkan buah mereput di atas tanah, kehilangan baja, dan persaingan sesama anak pokok.

Pengurusan Rumpai

Menggunakan polyethylene atau sungkupan sebagai sebahagian daripada strategi kawalan rumpai.

Pendebungaan

Anak pokok labu menghasilkan bunga jantan dan bunga betina pada anak pokok yang sama. Ia dipanggil sebagai monoecious.

Kedua-dua jenis bunga dibuka untuk hanya satu hari dan pada waktu pagi.

Faktor persekitaran dan penyakit boleh mempengaruhi pembentukan pendebungaan dan buah labu yng ketara.

Dua sehingga enam ekor lebah madu sehektar cukup untuk mencapai tahap aktiviti pendebungaan yang optimum (Oluoch et al., 2012).

Pengurusan Penyakit

Penyakit labu utama menyerang adalah seperti:

  • Damping-off (penyakit benih)
  • Disebabkan virus (menyebablkn pertumbuhan perlahan dan mengubah pembentukan buah labu
  • Angular leaf spot
  • Downy mildew
  • Scab
  • Black rot
  • Phytophthora blight.

Untuk mengawal kebanyakan penyakit ini, pemilihan varieti yang tahan penyakit perlu dibuat

Tuai dan Penyimpanan

Daun

Daun labu selepas tuai adalah mudah sangat rosak. Dengan itu, apabila ingin dijual, pastikan:

  • Daun diikat dan disimpan di tempat sederhana lembap.
  • Untuk penjualan daun yang kering, ia akan dicincang halus dan diletakkan di bawah sinaran matahari selama 2-3 hari (Grubben dan Chigumira Ngwerume, 2004).

Buah

Buah labu boleh dituai apabila kulitnya sudah keras dan tidak boleh ditembusi. Walaupun sudah dituai, buah labu perlu disimpan untuk memanjangkan jangka hayat buah selepas tuai.

Kulit buah labu yang matang kelihatan kusam dan kering berbanding dengan buah yang tidak matang yang mana akan lebih segar dan terang kulit. Tinggalkan batang panjang (pemegang) pada labu).

Suhu penyimpanan buah labu adalah tinggi hingga 24-30°C dengan kelembapan relatif 75-80% selama kira-kira 5-10 hari.  Ia tidak boleh disimpan di suhu di bawah 10°C.

Akhir kata,

Diharapkan artikel cara tanam labu ini dapat membantu para pembaca untuk menanam labu secara betul.

Bili biji benih labu Disini

Artikel Berkaitan: Khasiat Labu Kepada Kesihatan

Cara Tanam pokok lain yang anda perlu tahu:

DurianTembikaiPokok Kari
Daun KesumBuah NagaLimau Purut
AvocadoUbi KeledekKangkung
KentangPisangTomato
Bayam BrazilTaugehPokok Cili
SeraiCendawanSawi
SaladNanas MD2Daun Sup
JagungBawang

Rujukan:

  1. Ching, L.S., & Mohamed, S. (2001). Alpha-tocopherol content in 62 edible tropical plants. Journal of Agricultural and Food Chemistry, 49, 3101–3105.
  2. Clinton C. Shock, Erik B. G. Feibert, and Lamont D. 2015. Can Pumpkins Be Grown for Snack Seed Purposes in The Treasure Valley? Bill Buhrig, Malheur County Extension Service, Oregon State University, Ontario.
  3. Fu, C., Huan, S., & Li, Q. (2006). A review on pharmacological activities and utilization technologies of pumpkin. Plant Foods for Human Nutrition, 61, 73–80.
  4. Fujita, M., & Hossain, M.Z. (2003). Brownish acidic protein induced in pumpkin callus by a high concentration of 2,4-dichlorophenoxyacetic acid. Biologia Plantarum, 46, 175–179.
  5. Grubben, G.J.H. and Chigumira Ngwerume, F., 2004. Cucurbita moschata Duchesne In: Grubben, G.J.H. and Denton, O.A. (Editors). PROTA 2: Vegetables/Légumes. [CDRom]. PROTA, Wageningen, Netherlands.
  6. Grubben, G.J.H. and Chigumira Ngwerume, F., 2004. Cucurbita moschata Duchesne In: Grubben, G.J.H. and Denton, O.A. (Editors). PROTA 2: Vegetables/Légumes. [CDRom]. PROTA, Wageningen, Netherlands.
  7. Hussein, G., Miyashiro, H., Nakamura, N., Hattori, M., Kakiuchi, N., & Shimotohno, K. (2000). Inhibitory effects of Sudanese medicinal plant extracts on hepatitis C virus (HCV) protease. Phytotherapy Researh, 14, 510–516.
  8. Jacob, J.; Wilson, H.; Miles, R.; Butcher,G.; Mather, F. 2013: Factors Affecting Egg Production in Backyard Chicken Flocks. University of Florida IFAS Extension, Gainesville, FL.
  9. Margaret Chan Kit Yoka, Seraphina Anak Dominic Gisong, Beatrice Anak Modon, Rogaya Rusim. (2016). Creating New Market in Integrated Agriculture Development Area in Samarahan, Sarawak, Malaysia – Case Study in the Supply Chain of Cucurbita sp. (Pumpkin). Procedia – Social and Behavioral Sciences 224 (2016) 516 – 522. doi: 10.1016/j.sbspro.2016.05.428.
  10. Murkovic, M., Hillebrand, A., Draxl, S., Winkler, J., & Pfannhauser, W. (1999). Distribution of fatty acids and vitamin E content in pumpkin seeds (Cucurbita pepo L.) in breeding lines. Acta Horticulturae, 492, 47–55.
  11. Oluoch, M. O. (2012). Production Practices of Pumpkins for Improved Productivity (No. RESEARCH). ISHS.
  12. Wafar, R. J., Hannison, M. I., Abdullahi, U., and Makinta, A. 2017. Effect of Pumpkin (Cucurbita Pepo L.) Seed Meal on the Performance and Carcass Characteristics of Broiler Chickens. Asian Journal of Advances in Agricultural Research, 2(3), 1–7.
  13. Yadav. M., Jain, S., Tomar, R., Prasad, G. B. K. S., & Yadav, H. 2010. Medicinal and Biological Potential of Pumpkin: An Updated Review. Nutrition Research Reviews, 23(2), 184–190.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

one × one =

Open

Close