Cara Tanam Cili yang betul (Panduan Lengkap)

cara tanam cili

Apakah cara terbaik dan mudah untuk tanam cili?

Artikel ini akan membincangkan cara penanaman cili yang betul, penggunaan jenis tanah, tuaian dan beberapa perkara lagi yang berkaitan dengan penanaman tumbuhan ini.

Isi Kandungan
  1. Pengenalan
  2. Pemilihan varieti yang tahan penyakit
  3. Penyediaan Benih
  4. Semaian
  5. Jenis Tanah
  6. Pemindahan anak benih ke tanah
  7. Sungkupan
  8. Pengurusan Air
  9. Pengurusan Baja
  10. Pengurusan Rumpai
  11. Pemasangan Pancang
  12. Kewalan Penyakit dan Perosak
  13. Tuaian

PENGENALAN


Cili (Capsicum annuum) adalah sejenis sayur yang sangat popular di kalangan pekebun kerana warnanya, rasa, rempah dan kandungan kimianya yang unik.

Cili yang ditanam boleh membuahkan hasil yang lumayan apabila ia ditanam di kawasan yang mempunyai cahaya yang mencukupi walaupun ia ditanam di dalam kawasan berstruktur tertutup. Ini adalah kerana ia membantu meningkatkan rasa pedas dan rasa yang kuat cili tersebut.  

Cili mempunyai kitaran pembesaran yang cepat ketika cuaca panas dan peringkat pembesarannya adalah perlahan apabila musim hujan. Kitaran normal pokok cili adalah seperti berikut:

  1. Semaian ke percambahan= 5 ke 21 hari
  2. Di tanam ke tanah= 4 – 8 minggu
  3. Penanaman diatas tanah hingga bunga pertama = 3 minggu
  4. Bunga pertama hingga menuai = 9 – 14 minggu
  5. Tempoh penuaian = 3 – 6 minggu

PEMILIHAN VARIETI YANG TAHAN PENYAKIT DAN MUDAH UNTUK HIDUP


Hasil cili yang tinggi bergantung kepada varieti dan musim tanaman. Dengan itu, adalah penting untuk mempertimbangkan kualiti buah yang mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki pengguna seperti warna, tahap kepedasan, bentuk, ketahanan kepada perosak dan penyakit, toleransi kepada musim kemarau dan juga kos benih yang rendah.

Di Malaysia, banyak jenis varieti cili yang ditanam. Tetapi varieti yang selalu di pilih oleh pekebun adalah varieti jenis Kulai dan Langkap yang secara purata hasil adalah 12t/ha(tan/hektar)

PENYEDIAAN BENIH


Benih perlu direndam di dalam air suam (50°C) selama 30 minit dan dibilas dengan air sejuk dan dibiarkan kering.

Untuk rawatan racun kulat, 1 g Benomyl (a.i 20%) dan 1g Thiram (a.i 20%) di dalam 40 ml air untuk mendapatkan kepekatan larutan adalah 0.1% a.i.

Selepas rawatan kulat, benih akan dikeringkan pada suhu 20°C pada kelembapan 40% ataupun disemai secepat mungkin.

Beli benih di sini:

  1. Cili Padi
  2. Cili Merah
  3. Cili Hijau

SEMAIAN


Rawatan semaian anak benih cili adalah bergantung kepada varieti, kualiti benih dan kelembapan tanah. Untuk semaian yang optimum, benih di dalam media perlu:

  • mempunyai sistem pengairan yang baik,
  • pastikan media yang dirawat dan disiram setiap hari. Dengan keadaan ini, benih akan bercambah dalam masa 8 hari.

Isi kan benih di dalam bekas semaian yang mempunyai 67% adalah peat moss and 33% adalah pasir.

Semai satu benih dalam satu lubang tanam dan tutup benih dengan jaring kalis serangga. Ini adalah untuk teduhan dan mengelakkan benih dari hujan yang lebat dan serangga seperti afidyang membawa virus.

Apabila benih mengeluarkan pucuk, siram anak benih setiap pagi atau mengikut keperluan (tidak terlalu basah, tidak terlalu kering).

Larutan baja air 18-18-18 dengan larutan 0.25 % (w / v) disembur pada anak benih apabila benih mengeluarkan dua daun.

Jika tempat semaian ada adalah teduh dan kurang terkena sinaran amatahari. Pastikan 4-5 hari sebelum semaian, pastikan anda letakkan anak benih terkena cahaya matahari secara langsung selama 3-4 jam.

JENIS TANAH


Cili tahan kepada kebanyakan keadaan jenis tanah. Tetapi, cili memerlukan tanah yang mempunyai sistem pengairan yang baik dan pH antara 5.5-6.8.

PEMINDAHAN ANAK BENIH KE TANAH


Pemindahan anak benih perlu dilakukan ketika waktu lewat petang untuk mengurangkan kesan transplant shock.

Anak benih dipindahkan ke tanah dengan jarak tanaman adalah 55 cm x 45 cm.

Letakkan tiga atau empat butiran Karbofuran (Furadan 5G) di setiap lubang untuk mengelakkan serangan perosak seperti cutworm dan siput.

Selepas 4-5 minggu selepas pemindahan, anak benih akan mengeluarkan 4-5 daun dan bebas penyakit,

SUNGKUPAN


Sungkupan perlu dilakukan untuk mengurangkan pertumbuhan rumpai, dan mengelakkan tanah menjadi padat. Sungkupan juga mengekalkan kelembapan tanah dan memberi persekitaran yang baik untuk pengembangan akar benih.

Antara sungkupan yang boleh digunakan adalah plastik polyethylene ataupun jerami padi.

PENGURUSAN AIR


 Cili mempunyai sistem pengakaran jenis yang dalam, dan tidak tahan kepada kemarau yang banjir yang berpanjangan.

Pengairan overhead harus dielakkan kerana daun dan buah-buahan basah mendorong jangkitan penyakit.

Sekiranya pengairan overhead mesti digunakan juga, siraman perlu dilakukan pada awal hari untuk memastikan daun kering sebelum malam.

Cili secara amnya akan layu dan mati jika ia berada di dalam air selama lebih dari 48 jam.

PENGURUSAN BAJA


Cili memerlukan pengurusan nutrien yang betul untuk mendapatkan hasil yang tinggi. Program pembajaan yang dijalankan perlu mempunyai nutrient yang mencukupi untuk mendapatkan pokok yang sihat diikuti dengan pembungaan dan buah yang banyak.

Baja perlu dilakukan sebelum penanaman bermula dan semasa penanaman sepanjang kitaran pokok hidup.

Baja NPK 18:18:18 ditabur sebanyak 15 g/pokok di sekeliling pokok dengan jarak 5 cm dari pangkal pokok.

Baja NPK mempunyai K yang tinggi seperti 12:12:17:2 sebanyak 15 g/pokok dilakukan selepas bunga pertama keluar.

PENGURUSAN RUMPAI


Sekiranya sungkupan tidak ada dan racun rumpai tidak memberi kawalan rumpai yang mencukupi, terdapat beberapa racun rumpai yang boleh digunakan seperti Lasso (alachlor 43EC), Amex (butralin 47EC), Devrinol (napropamide 2E atau 10G), dan Dual (metolachlor 8E atau 25G).

PEMASANGAN PANCANG


Pokok cili perlu dipasang pancang untuk mengelakkan ia tumbang apabila ditiup angin yang kuat terutamanya apabila cili sudah mengeluarkan buah. Setiap pokok akan diikat dengan kayu pancang sebelum peringkat pembungaan. Secara general, hasil akan lebih tinggi sekiranya pokok cili diikat dengan pancang.

KAWALAN PENYAKIT DAN PEROSAK


Kawalan serangan penyakit dan perosak perlu dilakukan dengan pemantauan yang berkesan, penyemburan racun tepat pada masanya dan menggunakan kaedah integrated pest management (IPM).

Serangga/ penyakitRawatan kimiaKekerapan
AfidMetamidophosJika diperlukan
Semua jenis penyakit bintik daunCopper7-10 hari
Hawar pucukSulphurJika diperlukan
Kutu daunChlorphyritfosJika diperlukan
AntranoseMancozeb7-10 hari

TUAIAN


Cili boleh dituai pada peringkat cili berwarna hijau (tidak matang) ataupun berwarna merah (peringkat matang). Ia akan mengambil masa selama 55-60 hari selepas pembungaan untuk pembentukan buah sehingga matang sepenuhnya. Keadaan ini dipengaruhi oleh suhu, kesuburan tanah, dan varieti.

Cili yang dituai tidak perlu dibasuh keculai ia akan disimpan di dalam tempat sejuk (10°C) sehingga djual.  Cili boleh bertahan sehingga 1-2 minggu jika disimpan pada suhu dan kelembapan (28°C dan 60% RH).

Hasil 1 pokok cili adalah di antara 1.0-1.5 kg.

SELAMAT MENCUBA.

Beli benih di sini:

  1. Cili Padi
  2. Cili Merah
  3. Cili Hijau

Cara Tanam pokok lain yang anda perlu tahu:

DurianTembikaiLabu
Daun KesumBuah NagaLimau Purut
AvocadoUbi KeledekKangkung
KentangPisangTomato
Bayam BrazilTaugehPokok Cili
SeraiCendawanSawi
SaladNanas MD2Daun Sup
JagungBawang

1 thought on “Cara Tanam Cili yang betul (Panduan Lengkap)

  1. Assalamualaikum Puan Suzie,

    Saya ingin memohonkan kepastian berkenaan dengan “Hasil 1 pokok cili adalah di antara 1.0-1.5 kg”. Adakah ini bermaksud hasil dari keseluruhan selama jangka hayat pokok atau hasil dari setiap kali tuaian dilakukan?

    Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 × one =

Open

Close