Cara Tanam Bawang Merah yang mudah di rumah

cara tanam bawang merah

Bagaimanakah untuk tanam bawang merah dengan cara yang betul? Artikel ini akan menerangkan dari aspek pemilihan tanah, pembajaan dan penjagaan pokok bawang yang betul.

Isi Kandungan
  1. Cara Tanam bawang merah
  2. Penyediaan bebawang
  3. Jenis tanah
  4. Penanaman
  5. Pembajaan dan Penyiraman
  6. Penjagaan pokok
  7. Tuaian
  8. Khasiat

Bawang merah atau nama saintifiknya ialah Allium cepa var. aggregatum merupakan tumbuhan yang tidak mempunyai batang keras. Ia memiliki umbi yang berlapis (bulb). Umbinya terbentuk daripada pangkal daun yang bersatu dan membentuk batang yang kemudian berubah bentuk dan fungsinya yang seakan-akan umbi berlapis. Jadi, umbi bawang merah bukanlan ubi sebenarnya seperti ubi kentang ataupun ubi keledek. Ia terbentuk dari lapisan-lapisan daun yang membesar dan kemudiannya bersatu.

Bawang merah adalah salah satu sayuran yang penting dalam bahan masakan, baik untuk menumis ataupun sebagai penyedap dalam makanan. Daun bawang juga merupakan elemen yang penting dalam masakan sebagai tambahan rencah dalam masakan sup, sayur-sayuran, salad atau pun sebagai penghias lauk-lauk lain. Sekiranya bawang ditanam di kawasan rumah, penuaian daun bawang dan juga bawang boleh dilakukan dengan mudah.

Penanaman Bawang Merah dalam Pasu

1. Cara tanam bawang merah

Terdapat dua cara untuk penanaman bawang sama ada melalui biji benih ataupun bebawang. Bagi penanaman yang menggunakan biji benih, tempoh tuaian mengambil masa 3 hingga 4 bulan. Manakala, jika penanaman yang menggunakan bebawang mengambil masa sekitar 2 bulan setengah. Bawang sesuai untuk hidup di kawasan yang mempunyai kadar pencahayaan yang tinggi dan kadar cahaya matahri mempengaruhi saiz bawang yang akan dihasilkan.

2. Penyediaan bebawang

Artikel kali ini akan memfokuskan cara penanaman melalui kaedah menggunakan bebawang. Sebaiknya pilih bawang yang segar dan masih elok. Penggunaan bawang yang busuk boleh menyebabkan bawang reput dan tidak dapat tumbuh dengan baik.

Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan dalam menyediakan bahan tanaman. Pertama, dengan menggunakan bawang yang telah bercambah. Kedua, potong bawang di sebelah atas hingga nampak isi tengah dan sedikit di bahagian akar. Kaedah ini boleh mempercepatkan pengeluaran tunas bawang merah.

3. Penyediaan tanah atau media campuran

Bawang atau mana-mana tanaman yang lain memerlukan media tanah yang tidak bertakung air. Media tanah yang boleh digunakan ialah campuran tanah kompos dan juga tanah hitam dengan nisbah 1:1. Penggunaan kompos untuk awal penanaman adalah amat digalakkan.  Tanah yang sesuai untuk bawang merah mestilah mempunyai saliran yang baik dengan pH 6.0 – 7.0 dan tidak boleh di tenggelami air.

4. Penanaman

Bawang boleh ditanam sama ada di dalam pasu, di dalam botol, di tanah ataupun mana-mana bekas recycle yang boleh digunakan. Tanam bawang dengan kadar yang sesuai dengan saiz bekas. Campurkan tanah subur dan media tanam dan kemudian masukkan ke dalam pot. Penuhi campuran tanah tersebut ke dalam pot sampai 3/4 isi. 

Benamkan ¾ bahagian bawah bawang di tanah. Elakkan timbus dengan tanah sepenuhnya. Jika daun bawang mula naik 4 atau 5 inci, boleh mula menimbus keseluruhan bawang dengan tanah untuk menjaga kelembapan.

Jarakkan setiap bawang dengan jarak 10cm bagi pertumbuhan yang sekata.

5. Pembajaan dan Penyiraman

Bawang merah lebih gemar dibaja menggunakan baja kompos atau tahi ayam. Baja kompos atau tahi ayam boleh diletakkan bersama-sama ketika awal penanaman. Boleh juga menggunakan baja AB atau baja-baja lain yang dibeli dengan kadar yang sesuai mengikut usia pokok.

Siram bawang 2 kali sehari, elakkan siram dengan air yang terlalu banyak. Air yang terlalu banyak boleh menyebabkan bawang rosak dan busuk.

6. Penjagaan pokok

Penjagaan pokok bawang tidak susah kerana bagi aspek serangan perosak kepada pokok bawang ialah tanaman penghalau. Hal ini disebabkan baunya yang kuat dan tengik akan menghalau perosak untuk dekat.

Namun begitu, aspek air dan cahaya matahari amat penting. Maka, pastikan pokok bawang tidak disiram dengan air yang terlalu banyak dan mendapat kadar pencahayaan yang maksimum.

Seterusnya, pokok bawang akan menghasilkan daun bawang beberapa hari selepas ditanam. Daun bawang ini boleh diambil untuk digunakan dalam masakan, namun begitu, pengambilan daun bawang akan memberi kesan kepada hasil bebawang. Jika ingin menghasilkan bebawang yang banyak, elakkan untuk mengambil daun bawang. Lebih mudah sekiranya asingkan bawang yang ditanam untuk daun bawang dan juga bawang yang ditanam untuk penghasilan bebawang.

Apabila pokok bawang mencecah 20-30 hari, pokok bawang akan mengeluarkan satu daun yang sedikit keras. Jika diperhatikan dengan teliti, di hujungnya terdapat bonjol yang kecil. Ini adalah kuntum bunga bawang yang akan menjadi bunga bawang. Sekiranya kuntum bunga ini menjadi bunga, segala nutrien akan fokus bagi penghasilan bunga. Akibatnya, bebawang yang dihasilkan tidak mencapai kuailiti yang maksimum. Maka, perkara yang perlu dibuat ialah dengan mencantas daun yang akan menjadi bunga secepat mungkin.

Kuntum bunga bawang yang perlu dicantas.

7. Tuaian

Bawang boleh dituai apabila hampir semua daun bawang rebah iaitu sekitar 35-45 hari setelah bawang ditanam. Tuaian hendaklah dilakukan ketika cuaca kering agar bawang boleh disimpan lama. Penuaian perlu dielakkan selepas hujan kerana bawang akan mudah diserang fungus jika basah ketika dituai. Cara menuai bawang adalah dengan mencabut ia dari atas tanah dan kemudian dijemur sehingga semua daun atas kering.

Hasil bebawang.

8. Khasiat

Bawang merah mengundungi nutrien yang banyak seperti Vitamin C, Vitamin B dan juga potassium. Vitamin C seperti mana yang kita tahu ia bertindak sebagai antioxidant dan juga membantu dalam membaiki tisu yang rosak dalam badan.

Antioxidant ini juga akan mengurangkan keradangan dalam badan yang akan mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan angin ahmar.

Bahkan terdapat kajian yang menyatakan pengambilan bawah merah ini dapat mengurangkan risiko kanser perut dan juga kanser kolon berbanding orang lain. Ini mungkin disebabkan kehadiran kompaun sulfur dan juga flavinoid di dalammnya.

Cara Tanam pokok lain yang anda perlu tahu:

DurianTembikaiLabu
Daun KesumBuah NagaLimau Purut
AvocadoUbi KeledekKangkung
KentangPisangTomato
Bayam BrazilTaugehPokok Cili
SeraiCendawanSawi
SaladNanas MD2Daun Sup
JagungBawang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

13 + 13 =

Open

Close