Skip to content

Tingginya Burj Khalifa hingga ada 3 zon waktu berbuka puasa yang berbeza

Muslim yang tinggal pada tingkat atas di Burj Khalifa perlu melambatkan waktu berbuka puasa berbanding mereka yang tinggal di tingkat bawah ketika bulan ramadhan(Termasuk juga bulan yang lain)

Dalam fatwa yang dikeluarkan pada tahun 2011, mufti besar dubai telah mengarahkan bagi mereka yang berada di bangunan Burj Khalifa wajib mengubah waktu berbuka puasa bergantung pada tingkat mana mereka berada.

Kenapa ada zon masa berbuka puasa yang berbeza?

Ini disebabkan ketinggian bangunan ‘Burj Khalifah’ yang menyebabkan waktu matahari terbenam sepenuhnya bagi setiap tingkat adalah berbeza.

Di dalam islam, waktu berbuka puasa adalah ketika masuknya waktu maghrib iaitu dimulai sejak terbenamnya matahari dan hal ini sudah menjadi ijma` (kesepakatan) para ulama. Yaitu sejak hilangnya semua bulatan matahari di telan bumi.

Dekat sini kita faham bahawa definisi masuk waktu maghrib adalah waktu apabila matahari telah terbenam sepenuhnya pada pandangan mata kita. Pada waktu itu, barulah kita boleh berbuka puasa.

Disebabkan bangunan Burj Khalifah terlampau tinggi, maka adanya perbezaan dalam melihat waktu matahari terbenam bagi setiap tingkat iaitu orang pada tingkat bawah akan melihat matahari terbenam lebih awal berbanding daripada orang yang duduk di tingkat atas.

Oleh itu, mereka yang berada di tingkat atas akan berbuka puasa lebih lambat berbanding orang yang duduk dibawah kerana waktu matahari terbenam ketika mereka berada di tingkat atas adalah lebih lambat berbanding orang yang duduk dibahagian bawah.

Dr Ahmed Al Haddad iaitu merupakan mufti besar dubai mengatakan Burj Khalifa mempunyai ketinggian lebih daripada 828 meter dan mempunyai 160 tingkat. Disebabkan perkara tersebut, waktu berbuka puasa perlu dibahagikan kepada 3.

Burj Khalifah. Bangunan yang tertinggi di dunia

3 waktu yang berbeza itu bergantung kepada waktu matahari terbenam yang dapat dilihat oleh mereka yang tinggal di tingkat tersebut.

“Tidak kira dimana mereka berada, mereka perlu melihat kepada waktu matahari terbenam,” Kata Dr Al-Haddad. “Awak tidak akan berbuka puasa sehinggalah awak melihat sendiri waktu matahari terbenam”.

Mereka yang tinggal di tingkat bawah iaitu tingkat 80 ke bawah boleh berbuka puasa sama seperti orang lain.

Bagi mereka yang tinggal di antara tingkat 80 hingga 150, iaitu bermula pada ketinggian 414 meter ke atas, waktu berbuka puasa bagi mereka dilambatkan selama 2 minit daripada tingkat bawah. Ia sama seperti solat isyak, ia perlu dilambatkan selama 2 minit. Manakala, waktu solat subuh pula dipercepatkan 2 minit lebih awal daripada tingkat bawah.

Bagi mereka yang tinggal lebih daripada 150 tingkat ke atas, iaitu ketinggian 800 meter ke atas, waktu berbuka puasa perlu dilambat 3 minit berbanding dengan tingkat paling bawah. Untuk solat isyak pun sama, ia perlu dilambatkan sebanyak 3 minit. Bagi solat subuh pula, ia bermula 3 minit lebih awal daripada tingkat bawah.

Kenapa orang yang tinggal tingkat atas perlu mula berpuasa lebih awal daripada orang tingkat bawah?

Permulaan masa untuk berpuasa adalah bila masuknya waktu subuh iaitu apabila kelihatannya ‘Fajar Sodiq’. ‘Fajar Sodiq’ adalah cahaya putih agak terang yang menyebar di ufuk Timur yang muncul beberapa saat sebelum matahari terbit.

Sudah semestinya orang yang berada di tingkat atas akan melihat ‘Fajar sodiq’ terlebih dahulu kerana mereka berada pada tempat yang tinggi

Oleh itu, mereka yang berada di tingkat atas perlu berpuasa lebih awal daripada mereka yang duduk dibahagian bawah, ini kerana merekalah yang pertama akan melihat ‘Fajar Sodiq’ terlebih dahulu berbanding dengan orang dibawah.

Sumber:
1. http://www.thenational.ae/uae/fatwa-means-late-iftar-on-top-burj-khalifa-floors
2. https://ustazfathulbari.wordpress.com/2012/07/22/ramadhan-adab-berbuka-puasa-mengikut-sunnah/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

four × 2 =