Skip to content

Ubat Copastin: Dos, Kegunaan & Kesan Sampingan

Apakah kegunaan ubat copastin? Artikel ini akan membincangkan kegunaan ubat copastin, dos dan kesan sampingannya.

Kandungan didalam setiap tablet: Cloperastine Hydrochloride 10mg

Apa itu Copastin?

Copastin ialah sejenis ubat perencat batuk dan biasa digunakan untuk menghentikan batuk kering. Copastin mempunyai kesan kelegaan yang kuat dan bersifat antihistamin yang ringan. Copastin boleh didapati melalui prekripsi doktor.

Fungsi dan Kegunaan Copastin

  • Fungsi utama Copastin adalah untuk merawat dan menghentikan batuk kering 

Cara pengambilan Copastin

  • Copastin diambil secara oral sebelum atau selepas makan atau seperti arahan doktor
  • Anda perlu ikuti arahan dan nasihat doktor jika ubat ini diprekripsikan oleh mereka untuk anda
  • Sila baca arahan pada risalah yang disertakan sekali secara teliti. Langkah ini amat penting untuk mengelakkan sebarang kebarangkalian terjadinya kesan sampingan

Bagaimana Copastin Berfungsi?

  • Copastin berfungsi sebagai perencat batuk dimana ia akan menyekat tindakan pusat batuk didalam sistem saraf pusat.

Amaran Sebelum Anda Mula Mengambil Copastin

Sebelum anda mengambil Copastin, sila teliti dan ambil tahu tentang beberapa amaran berkaitannya seperti berikut:

1. Amaran alahan

  • Copastin boleh menyebabkan berlakunya reaksi alahan kepada golongan yang alah kepadanya.
  • Sila dapatkan rawatan dengan segera jika berlakunya gejala alahan seperti diatas

2. Amaran interaksi alkohol

  • Pengambilan minuman beralkohol bersama Copastin mampu meningkatkan risiko berlakunya kesan sampingan

Cara Penyimpanan

Simpan Copastin didalam suhu bawah 30°C, jauh dari cahaya matahari dan kelembapan. Jauhkan dari kanak-kanak.

Kesan Sampingan Copastin

Copastin antara ubat yang berguna terutamanya bagi menangani batuk kering. Namun kesan sampingan daripada pengambilannya tetap terjadi seperti:

  • Rasa mengantuk
  • Kekeringan pada mulut
  • Selera makan berkurang
  • Loya

Bolehkah Ubat Ini Digunakan Oleh Ibu Mengandung Dan Ibu Yang Sedang Menyusukan Anak?

  • Pengambilan ubat ini ketika mengandung adalah tidak disyorkan melainkan pengambilannya tidak memudaratkan dan atas perbincangan bersama doktor.
  • Pengambilan semasa meyusukan juga adalah tidak disyorkan kerana ia mampu menyebabkan berlakunya kesan sampingan kepada bayi. 

Apa Yang Perlu Anda Lakukan Jika Terlepas Dos?

Copastin adalah ubat yang diambil mengikut dos dan arahan doktor. Namun jika anda seharusnya ambil ubat ini dan terlupa, ambil secepat yang mungkin selepas anda teringat. Namun, jika waktu itu dah hampir dengan waktu untuk ambil dos seterusnya, anda haruslah langkau pengambilan dos tersebut. Anda adalah dilarang untuk menggandakan dos dengan sekali pengambilan.

Terlebih Dos? Apa Yang Harus Dilakukan?

Jika anda terlebih ambil dos Copastin, anda harus segera dapatkan rawatan doktor walaupun tidak berlaku sebarang reaksi buruk atau keracunan. Terlebih dos Copastin mampu mengakibatkan berlakunya gejala seperti rasa mengantuk yang teruk, kemurungan, kekeliruan, keletihan dan loya.

Harus Ingat

  • Sebelum mengambil Copastin, sila beritahu sejarah perubatan anda dan juga jika anda ada masalah alahan terhadap Cloperastine Hydrochloride
  • Beritahu juga sekiranya anda ada masalah alahan kepada ubat-ubatan lain
  • Jangan berhenti ambil ubat ini atau ubah dos yang ditetapkan melainkan atas arahan doktor
  • Jangan memandu atau mengendali sebarang mesin atau jentera berat selepas mengambil Copastin kerana kesan mengantuk mungkin terjadi
  • Jangan kongsi ubat ini bersama orang lain walaupun mempunyai simptom yang sama

Interaksi Copastin Bersama Ubat Lain

  • Sesetengah ubat mampu bertindak balas bersama ubat lain jika diambil bersama dan menyebabkan ubat yang diambil kurang berkesan atau mengakibatkan berlakunya kesan sampingan. 
  • Kongsikan senarai ubat-ubatan yang anda ambil kepada doktor agar sebarang reaksi buruk dapat dielakkan.
  • Demi keselamatan anda, jangan mulakan pengambilan Copastin sekiranya anda sedang mengambil ubat-ubatan lain sehingga mendapat nasihat dan konsultasi dari doktor

Rujukan

  1. MIMS Malaysia “Copastin”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

20 + six =