Skip to content

Ubat Buscopan: Fungsi, Dos & Kesan Sampingan

Apakah kegunaan ubat Buscopan(nama Generik Hyoscine)? Artikel ini akan membincangkan fungsi, dos, kegunaan dan kesan sampingan ubat ini

Klasifikasi ubat: antispasmodic

Apa Itu Buscopan?

Buscopan ialah sejenis ubat dari kumpulan antispasmodic. Buscopan membantu didalam merawat masalah kekejangan pada bahagian perut, usus dan uretra. Ubat ini hanya boleh didapati melalui prekripsi dari doktor

Kandungan Bahan Aktif Didalam Buscopan

Setiap dos Buscopan mengandungi hyoscine sebagai bahan aktif utama

Buscopan Dalam Pasaran Malaysia

Antara jenama, pengeluar dan pengedar Buscopan dalam pasaran Malaysia:

  • Fucon dan Fucon Injection (Y.S.P Industries)
  • SW Hyoscine (Antah Pharma)
  • Buston (Averroes Pharma)
  • Pharmaniaga Hyoscine Butylbromide (Pharmaniaga Sdn Bhd)

Fungsi dan Kegunaan Buscopan

Fungsi utama Buscopan adalah untuk rawatan masalah kekejangan yang berlaku didalam perut, usus ataupun uretra. Buscopan juga boleh digunakan untuk rawatan masalah seperti:

  • Kekejangan pada saluran usus
  • Kekejangan pada sistem genitourinary
  • Mabuk pergerakan atau mabuk perjalanan

Dos dan Cara pengambilan Buscopan

  • Buscopan tersedia didalam bentuk tablet atau suntikan
  • Tablet Buscopan diambil secara oral manakala suntikan Buscopan diambil secara suntikan intramuscular atau intravascular.
  • Jika anda ambil ubat ini dalam bentuk tablet, sila makan secara penuh tanpa menghancurkan, mengunyah atau membahagikan ubat ini.
  • Dos ubat ini ditentukan sepenuhnya oleh doktor berdasarkan keadaan dan keperluan pesakit
  • Sila ambil ubat ini mengikut arahan doktor sepenuhnya.

Cara Penyimpanan

Simpan Buscopan pada suhu bilik dan elakkan dari matahari. Jauhkan dari kanak-kanak.

Bagaimana Buscopan Bertindak?

Hyoscine di dalam Buscopan membantu mengurangkan kekejangan dengan menenangkan otot-otot didalam perut dan usus.

Kesan Sampingan Buscopan

Pengambilan Buscopan berguna terutamanya untuk merawat masalah kekejangan didalam perut. Namun kesan sampingan daripada pengambilannya tetap terjadi. Antara kesan sampingan yang sering berlaku ialah:

  • Mulut menjadi kering
  • Sembelit
  • Pandangan menjadi kabur
  • Kadar degupan jantung menjadi laju
  • Pening
  • Sukar untuk buang air kecil
  • Ruam dan gatal-gatal pada kulit
  • Tekanan darah rendah
  • Masalah pernafasan
  • Masalah berkaitan mata

Penggunaan Ketika Mengandung dan Menyusukan Anak?

  • Pengambilan ubat ini ketika mengandung adalah tidak disyorkan melainkan pengambilannya betul-betul perlu. Sila berbincang bersama doktor berkenaan aspek kepentingan dan juga kesan sampingan terhadap kandungan sebelum mengambil ubat ini.
  • Penggunaan ketika menyusukan bayi juga adalah tidak disyorkan.

Terlebih Dos 

  • Sila ambil Buscopan mengikut dos yang disyorkan. Dapatkan rawatan dengan segera jika terjadi kejadian terlebih dos.

Apa Yang Perlu Anda Lakukan Jika Terlepas Dos?

  • Buscopan adalah ubat yang diambil mengikut dos dan arahan doktor.
  • Namun jika anda seharusnya ambil ubat ini dan terlupa, ambil secepat yang mungkin selepas anda teringat. Namun, jika waktu itu dah hampir dengan waktu untuk ambil dos seterusnya, anda haruslah langkau pengambilan dos tersebut.
  • Anda adalah dilarang untuk menggandakan dos dengan sekali pengambilan.

Golongan Yang Tidak Patut Ambil Ubat Ini

Buscopan bukanlah ubat yang sesuai untuk semua golongan kerana terdapat golongan tertentu yang tidak patut ambil ubat ini kerana akan mengakibatkan berlakunya kesan buruk. Golongan tersebut ialah:

  • Pernah ada reaksi alahan terhadap Buscopan atau ubatan lain
  • Penghidap Glaucoma (Buscopan mampu meningkatkan tekanan didalam mata dan mengakibatkan Glaucoma menjadi lebih buruk)
  • Berumur 40 tahun keatas
  • Sedang hamil, berusaha untuk hamil atau sedang menyusukan bayi
  • Mempunyai masalah prostat
  • Mempunyai thyroid yang terlebih reaktif
  • Mempunyai masalah penghadaman seperti pedih ulu hati, asid refluks, sembelit yang kronil atau ulser perut

Langkah Berjaga-jaga

  • Sebelum mengambil Buscopan, sila beritahu sejarah perubatan anda kepada doktor 
  • Sila beritahu kepada doktor juga jika anda alah kepada Buscopan
  • Pengambilan ubat ini boleh menyebabkan rasa pening dan mengantuk. Anda dilarang untuk memandu kenderaan dan mengendali peralatan mesin atau jentera yang memerlukan pengawasan selepas mengambil ubat ini.
  • Jika berlaku gejala-gejala akibat terlebih dos, anda harus hentikan pengambilan Buscopan dan segera untuk dapatkan rawatan.
  • Jangan kongsi ubat ini bersama orang lain.

Interaksi Bersama Ubat-Ubatan Lain

Anda tidak disyorkan untuk ambil Buscopan bersama ubat-ubatan lain kerana sesetengah ubat dan Buscopan boleh menyebabkan berlakunya reaksi dan mengakibatkan kesan sampingan. Sila dapatkan nasihat dan rujukan doktor jika anda mengambil ubat-ubatan lain seperti:

  • Ubat alergi seperti antihistamin
  • Ubat tahan sakit seperti codeine
  • Ubat depresi seperti amitriptyline
  • Ubat untuk rawatan masalah mental seperti clozapine dan chlorpromazine
  • Amantadine (rawatan untuk Parkinson)
  • Quinidine atau disopyramide (ubat untuk rawatan hati)
  • Ubat untuk rawatan asma seperti salbutamol, ipratropium dan tiotropium

Rujukan

  1. MIMS Malaysia “Buscopan”
  2. www.nhs.uk- Buscopan (hyoscine butylbromide)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eleven + 3 =