10 Khasiat Madu Menurut Kajian Saintifik

khasiat madu

Apakah khasiat madu pada kesihatan badan? Artikel ini akan membincangkan beberapa khasiat madu, kandungan nutrisi dan juga komponen sihat di dalamnya.

Pengenalan

Madu merupakan sejenis bahan pemanis semulajadi yang dihasilkan oleh dua hidupan iaitu lebah dan juga tumbuh-tumbuhan. Lebah akan bertindak dengan menghisap cecair manis yang dihasilkan oleh tumbuhan seperti bunga. Cairan ini dikenali sebagai nectar.

Hasil cairan manis yang dihisap oleh lebah akan bercampur dengan komponen tertentu yang terdapat di dalam badan lebah [1]. Kemudian, lebah akan menyimpan madu ini di dalam indung madu (honeycomb) sehingga ia matang. Terdapat pelbagai jenis madu yang dihasilkan berdasarkan kepada warna, rasa, bau dan juga tekstur.

Kandungan Nutrisi

NUTRIEN100g MADU
Karbohidrat82.4g
Protein0.3g
Lemak0
Kalsium6.0mg
Zat besi0.42mg
Kalium52.0mg
Natrium4.0mg
Vitamic C0.5mg

Kandungan Berkhasiat di dalam Madu

Karbohidrat yang Tinggi

Madu merupakan salah satu daripada sumber karbohidrat ringkas yang merangkumi glukosa dan fruktosa sebanyak 65-80%. Seperti yang kita tahu karbohidrat merupakan sumber tenaga utama yang diperlukan oleh setiap individu.

Memandangkan madu adalah merupakan gula ringkas, ia boleh menggalakkan pengambilan tenaga yang positif melalui diet. Bagi individu yang mengalami kekurangan (deficit) tenaga akibat daripada pengambilan makanan yang tidak menentu, madu boleh dijadikan sebahagian tambahan kepada diet bagi mencapai keperluan tenaga harian.

Namun begitu, amat penting bagi setiap individu untuk mengawal jumlah pengambilan gula ringkas bagi mengurangkan risiko-risiko sindrom metabolik.

10 Khasiat Madu kepada Kesihatan

1. Membekalkan Tenaga

Memandangkan madu adalah sejenis gula ringkas, ianya boleh dijadikan sebagai salah satu sumber diet yang membekalkan tenaga dengan cepat. Glukosa merupakan antara bentuk gula ringkas yang diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan tenaga.

2. Kaya Sumber Antioksidan Semulajadi

Madu yang datang daripada pelbagai jenis sumber tumbuh-tumbuhan yang berbeza dan serata dunia mempunyai antioksidan yang tinggi.

Antara kompoun yang memainkan peranan antioksidan ditemui di dalam madu adalah asid fenolik dan juga flavonoid. Kedua-duanya berfungsi untuk melindungi daripada kerosakan sel akibat daripada tekanan oksidatif dan juga radikal bebas [2].

3. Berpotensi dalam Menyembuhkan Luka

Antara ciri yang menjadikan madu berpotensi dalam penyembuhan luka adalah keranan kandungan gula yang tinggi. Ini adalah keranan gula yang terdapat di dalam madu akan memberikan tekanan osmosis yang tinggi dan seterusnya akan menghalang pertumbuhan bakteria. Secara tidak langsung, ia akan membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka.

Disamping itu juga, kajian turut mendapati bahawa kandungan sejenis kompaun di dalam madu iaitu hydrogen peroxide turut memainkan peranan dalam menghalang pertumbuhan bakteria [3].

4. Meredakan Batuk dan Masalah Sakit Tekak

Kajian yang dijalankan terhadap kank-kanak telah mendapati bahawa pengambilan madu adalah berkesan dalam meredakan batuk dan masalah sakit tekak [4].

5. Sumber Prebiotik

Prebiotik merupakan sejenis kompaun yang ditemui dalam makanan (serat) yang menggalakkan pertumbuhan bakteria baik di dalam usus [5]. Oligosaccaharides merupakan salah satu serat yang berfungsi sebagai prebiotik.

Madu telah dikenalpasti mengandungi oligosaccharides yang mampu menggalakkan pertumbuhan bakteria baik di dalam usus [6]. Prebiotik amat penting dalam mengekalkan tahap kesihatan sistem penghadaman.

6. Membantu Mengekalkan Kesihatan Kulit

Memandangkan madu tinggi dengan antioksidan dan juga mempunyai ciri sebagai antibakteria, ianya juga memberi manfaat kepada kesihatan kulit. Di dalam aspek dermatologi, penggunaan madu di dalam pelbagai produk penjagaan kulit dapat memberikan kesan melembut dan mengekalkan kelembapan kulit.

Ini secara tidak langsung dapat membantu mengekalkan keremajaan kulit dan melambatkan proses penuaan [7].

7. Anti Keradangan

Madu telah didapati mempunyai kesan anti keradangan dengan bertindak merencatkan penghasilan cytokines (agen keradangan). Dalam masa yang sama, ia juga turut merangsang penghasilan prostaglandins, bahan yang terdapat di dalam setiap tisu yang mengalami luka ataupun jangkitan [8].

8. Berpotensi Mengurangkan Risiko Penyakit Kanser

Kandungan antioksidan seperti kompaun fenolik yang terdapat di dalam madu memainkan fungsi dalam mengurangkan risiko penyakit kanser.

Kandungan antioksidan ini menjadikan madu mempunyai ciri-ciri anti keradangan, anti metastatik, merencatkan pertumbuhan sel kanser dan juga mengurangkan berlakunya kerosakan sel akibat tekanan oksidatif [9].

9. Memberi Kesan Neuroprotective

Fungsi kognitif seseorang individu didapati menurun akibat daripada tekanan oksidatif dan juga pengaruh usia. Tekanan oksidatif ini dapat dikekang melalui aktiviti antioksidan yang bertindak sebagai “scavenger” terhadap spesis oksigen reaktif.

Selain itu, madu juga didapati mengandungi choline dan acetylcholine yang membantu mengekalkan fungsi kognitif. Sebuah kajian mendapati bahawa madu Tualang mampu memberi kesan neuroprotective, namun hanya terhad kepada golongan dewasa [10].

Justeri itu, kajian yang lebih mendalam mengenai kesan madu terhadap fungsi kognitif perlu dijalankan pada masa akan datang.

10. Membantu Mengawal Tekanan Darah

Sebuah kajian mendapati bahawa pra-rawatan masalah darah tinggi melalui pengambilan madu dapat menstabilkan semula tekanan darah [11]. Namun begitu, kajian secara terperinci masih perlu dilakukan pada masa akan datang.

Artikel Berkaitan: Punca Tekanan Darah Tinggi dan Rawatan

Kesimpulan

Madu sememangnya antara pemanis popular dalam kalangan masyarakat kita. Tidak dapat dinafikan sesetengah golongan mengamalkan pengambilan madu sebagai salah satu rutin wajib harian atas tujuan yang tertentu. Walaupun begitu, ianya tetaplah harus diambil secara bersederhana.

Bagi penghidap penyakit kronik terutama sekali pesakit kencing manis, anda dinasihatkan untuk mendapatkan saranan daripada doktor mahupun pegawai dietetik terlebih dahulu bagi mengelak sebarang komplikasi yang berbahaya.

Diharapkan artikel khasiat madu ini dapat memberikan sedikit sebanyak maklumat berkenaan khasiat madu, kandungan nutrisinya dan pelbagai lagi

Khasiat Makanan yang lain

TempeKopiMadu
Air LemonYogurtBrokoli
YogurtJintan ManisMadu
BijanKopiTempe
Daun PandanKetumbarIkan Haruan
Bunga KantanKacip FatimahLidah Buaya

Rujukan

  1. G. A. Nayik et al., “Honey: its history and religious significance: a review,” Univers. J. Pharm., vol. 3, no. 1, pp. 5–8, 2014.
  2. S. Ahmed et al., “Honey as a Potential Natural Antioxidant Medicine: An Insight into Its Molecular Mechanisms of Action,” Oxid. Med. Cell. Longev., vol. 2018, 2018
  3. R. Yaghoobi, A. Kazerouni, and O. kazerouni, “Evidence for clinical use of honey in wound healing as an anti-bacterial, anti-inflammatory anti-oxidant and anti-viral agent: A review,” Jundishapur J. Nat. Pharm. Prod., vol. 8, no. 3, pp. 100–104, 2013
  4. M. N. Shadkam, H. Mozaffari-Khosravi, and M. R. Mozayan, “A comparison of the effect of honey, dextromethorphan, and diphenhydramine on  nightly cough and sleep quality in children and their parents.,” J. Altern. Complement. Med., vol. 16, no. 7, pp. 787–793, Jul. 2010
  5. J. Slavin, “Fiber and prebiotics: Mechanisms and health benefits,” Nutrients, vol. 5, no. 4, pp. 1417–1435, 2013
  6. A. Mohan, S.-Y. Quek, N. Gutierrez-Maddox, Y. Gao, and Q. Shu, “Effect of honey in improving the gut microbial balance,” Food Qual. Saf., vol. 1, no. May, pp. 107–115, 2017
  7. B. Burlando and L. Cornara, “Honey in dermatology and skin care: a review.,” J. Cosmet. Dermatol., vol. 12, no. 4, pp. 306–313, Dec. 2013
  8. Y. Ranneh et al., “Honey and its nutritional and anti-inflammatory value,” BMC Complement. Med. Ther., vol. 21, no. 1, pp. 1–17, 2021
  9. S. Afrin, S. M. Haneefa, M. J. Fernandez-Cabezudo, F. Giampieri, B. K. al-Ramadi, and M. Battino, “Therapeutic and preventive properties of honey and its bioactive compounds in cancer: an evidence-based review,” Nutr. Res. Rev., vol. 33, no. 1, pp. 50–76, 2020
  10. K. F. Azman, R. Zakaria, Z. Othman, and C. B. A. Aziz, “Neuroprotective effects of Tualang honey against oxidative stress and memory decline in young and aged rats exposed to noise stress,” J. Taibah Univ. Sci., vol. 12, no. 3, pp. 273–284, 2018
  11. R. Bt Hj Idrus, N. Q. A. V. Sainik, A. Nordin, A. Bin Saim, and N. Sulaiman, “Cardioprotective Effects of Honey and Its Constituent: An Evidence-Based Review of Laboratory Studies and Clinical Trials,” Int. J. Environ. Res. Public Health, vol. 17, no. 10, p. 3613, May 2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

nineteen − twelve =

Open

Close