10 Khasiat Kopi Menurut Kajian Saintifik

khasiat kopi

Apakah khasiat minuman kopi kepada kesihatan badan? Artikel ini akan membincangkan khasiat kopi, kandungan nutrisi dan komponen sihat di dalamnya.

Pengenalan

Sebut sahaja kopi pasti tidak asing lagi bagi kebanyakan kita. Sejenis minuman yang sentiasa menjadi pilihan ketika bersarapan pagi. Biji kopi datangnya daripada pokok kopi yang diberi nama Coffea. Berdasarkan kepada kajian, terdapat beribu jenis spesis pokok Coffea dengan pelbagai ciri fizikal.

Namun begitu, dua jenis spesis Coffea yang popular di dunia iaitu Coffea Arabica dan Coffea Robusta. Pokok C. Arabica merupakan spesis utama yang menghasilkan serbuk kopi Arabica dan meliputi 70% pengeluaran di dunia. Spesis pokok kopi ini berasal daripada negara Ethopia dan dikatakan mengandungi kafein yang lebih rendah berbanding dengan kopi Robusta.

Manakala, biji kopi daripada spesis C.Robusta pula banyak digunakan dalam penghasilan kopi pra-campuran. Ianya juga didapati mengandungi kafein yang lebih tinggi.

Kandungan Nutrisi

NUTRIEN100g KOPI
Karbohidrat0g
Protein0.12g
Lemak0.02g
Kalsium2.0mg
Zat besi0.01mg
Kalium49.0mg
Natrium2.0mg

Kandungan Berkhasiat di dalam Kopi

Tinggi Kandungan Antioksidan

Kopi merupakan salah satu minuman yang mengandungi tinggi antioksidan. Chlorogenic acid adalah merupakan salah satu antioksidan yang didapati daripada biji kopi.  Ia merupakan salah satu metabolit daripada kumpulan polyphenol dan komponen utama yang didapati daripada biji kopi.

Secara spesifiknya, kajian mendapati bahawa chlorogenic acid memainkan peranan penting dalam pelbagai aktiviti biologi seperti bertindak sebagai antioksidan, antibakteria dan anticarcinogenic. Bahkan ianya juga didapati dapat memberikan kesan hypoglycemic serta hypolipidemic [1].

Sementara itu, dalam kajian lain pula mendapati bahawa aktiviti antiokisdan di dalam air kopi adalah lebih tinggi berbanding dengan air teh dan juga wine merah [2].

10 Khasiat Kopi untuk Kesihatan

1. Bertindak sebagai Energy Booster

Lazimnya, minuman kopi ini sentiasa menjadi pilihan individu ketika bersarapan mahupun ketika ingin menyegarkan diri daripada kepenatan bekerja. Kopi sememangnya sangat popular dengan keupayaannya dalam memberikan tenaga atau membuatkan si peminumnya berada dalam keadaan berjaga (stay awake).

Ini adalah kerana, kopi mengandungi sejenis ‘bahan rangsangan’ yang bertindak terhadap sistem saraf pusat (central nervous system) iaitu kafein. Umumnya, kafein akan diserap kedalam salur darah dan dibawa ke sistem saraf (otak).

Seterusnya, ia akan bertindak dengan menghalang tindakbalas adenosine, kompoun kimia yang menyebabkan individu berasa penat dan mengantuk [3]. Dalam masa yang sama ia juga akan merangsang aktiviti hormon adrenaline dan menyebabkan individu berada dalam keadaan berjaga.

2. Mengurangkan Risiko Penyakit Kencing Manis

Kandungan polyphenol, chlorogenic acid yang terdapat di dalam kopi dapat memberikan kesan hypoglycemic dan antidiabetic. Ini disebabkan oleh salah satu fungsi chlorogenic acid yang merangsang rembesan insulin dan seterusnya meningkatkan pengambilan gula oleh insulin di dalam darah [1]. Oleh itu, salah satu khasiat kopi adalah ia boleh mengurangkan sedikit sebanyak risiko penyakit kencing manis

Walaubagaimanapun, harus diingatkan bahawa pengambilan kopi ini adalah tanpa sebarang tambahan gula atau pemanis lain.

Artikel Berkaitan: Simptom Kencing manis dan Rawatan

3. Berpotensi Mengurangkan Risiko Penyakit Kanser

Kopi yang kaya dengan antioksidan seperti chlorogenic acid dan caffeic acid memainkan peranan penting dalam mengurangkan risiko penyakit kanser. Seperti yang kita sedia maklum, antioksidan merupakan salah satu bahan yang dapat mengurangkan risiko kerosakan sel akibat daripada tekanan oksidatif.

Namun begitu, kajian mendapati bahawa fungsi ini hanya berkesan terhadap beberapa jenis penyakit kanser sahaja [4]. Oleh yang demikian, kajian yang lebih mendalam perlu dijalankan.

4. Memberi Kesan Hypolipidemic

Kandungan chlorogenic acid di dalam kopi didapati dapat membantu mengurangkan paras lemak di dalam tubuh individu. Ini disebabkan oleh chlorogenic acid yang mampu meningkatkan metabolisma lemak di dalam hati.  

5. Mengurangkan Risiko Penyakit Alzheimer’s

Sebuah kajian mendapati bahawa pengambilan kopi dalam kalangan warga pertengahan usia dapat mengurangkan risiko penyakit alzheimer’s sebanyak 65%. Ini disebabkan oleh ciri-ciri antioksidan yang dimainkan oleh kopi serta peningkatan kadar sensitiviti insulin [5].

6. Mengurangkan Risiko Penyakit Parkinson

Kafein yang terkandung di dalam biji kopi memainkan fungsi penting dalam memberi perlindungan terhadap sistem saraf. Mekanisma ini berkait dengan kandungan kafein yang dapt meningkatkan aktiviti dopaminergic [6].

7. Melindungi Daripada Risiko Penyakit Hati

Kajian berpendapat bahawa kandungan antioksidan dan juga pengaktifan enzim terhadap fungsi detoks oleh hati merupakan mekanisma yang bersifat hepatoprotective. Walaubagaimanapun, pengaruh gaya hidup dan juga pemakanan turut sama mempengaruhi risiko seseorang individu terhadap penyakit hati [7].

8. Melindungi Gigi

Minuman kopi daripada biji yang dipanggang mempunyai kadar antibakteria yang tinggi berbanding dengan biji kopi yang tidak dipanggang. Kajian mendapati bahawa kopi mampu merencatkan aktiviti Streptococcus Mutants, sejenis bakterian yang menyebabkan karies pada gigi. Walaubagaimanapun, kesan perlindungan ini adalah daripada pengambilan kopi hitam yang tidak dicampur susu sahaja [8].

9. Membantu di dalam Aktiviti Sukan

Kajian mendapati bahawa pengambilan kafein dengan dos yang sederhana mampu meningkatkan prestasi individu ketika bersukan [9].

10. Menambahbaik Mood & Emosi

Kajian mendapati bahawa pengambilan kafein dalam dos yang sederhana (200-250mg) mampu meningkatkan mood dan emosi seseorang individu. Walaubagaimanapun, pengambilan yang berlebihan tidak digalakkan kerana ia mampu memberi kesan buruk seperti meningkatkan rasa gelisah [10]. Kajian yang lain pula mendapati bahawa kesan pengambilan kopi tidak mempengaruhi individu yang mengalami masalah psikologi dan bergantung kepada ubat [11].

Kesimpulan

Kopi sememangnya banyak memberi kebaikan kepada individu, walaubagaimanapun terdapat beberapa risiko yang akan dialami jika ia diambil secara berlebihan. Justeru itu, bagi penggemar kopi anda disarankan untuk mengambil kopi 1-2 cawan sehari.

Bagi individu yang mempunyai masalah penyakit kronik terutama sekali penyakit jantung dan darah tinggi, anda dinasihatkan untuk mendapatkan saranan daripada doktor terlebih dahulu.

Diharapkan artikel khasiat kopi ini dapat memberikan sedikit sebanyak maklumat kepada para pembaca

Khasiat Makanan yang lain

TempeKopiMadu
Air LemonYogurtBrokoli
YogurtJintan ManisMadu
BijanKopiTempe
Daun PandanKetumbarIkan Haruan
Bunga KantanKacip FatimahLidah Buaya

Rujukan

  1. M. S, C. J, F. Q, P. J, and H. Y, “Roles of chlorogenic Acid on regulating glucose and lipids metabolism: a review.,” Evidence-Based Complement. Altern. Med., vol. 2013, pp. 1–11, 2013.
  2. A. Yashin, Y. Yashin, J. Y. Wang, and B. Nemzer, “Antioxidant and antiradical activity of coffee,” Antioxidants, vol. 2, no. 4, pp. 230–245, 2013,
  3. &NA;, Caffeine for the Sustainment of Mental Task Performance: Formulations for Military Operations, vol. 37, no. 1. 2002.
  4. X. Chen, Y. Zhao, Z. Tao, and K. Wang, “Coffee consumption and risk of prostate cancer: A systematic review and meta-analysis,” BMJ Open, vol. 11, no. 2, pp. 1–9, 2021,
  5. M. H. Eskelinen and M. Kivipelto, “Caffeine as a protective factor in dementia and Alzheimer’s disease.,” J. Alzheimers. Dis., vol. 20 Suppl 1, pp. S167-74, 2010, do
  6. G. W. Ross et al., “Association of coffee and caffeine intake with the risk of Parkinson disease,” J. Am. Med. Assoc., vol. 283, no. 20, pp. 2674–2679, 2000,
  7. R. D. Heath, M. Brahmbhatt, A. C. Tahan, J. A. Ibdah, and V. Tahan, “Coffee: The magical bean for liver diseases,” World J. Hepatol., vol. 9, no. 15, pp. 689–696, 2017,
  8. P. Anila Namboodiripad and S. Kori, “Can coffee prevent caries?,” J. Conserv. Dent., vol. 12, no. 1, pp. 17–21, Jan. 2009,
  9. S. Cappelletti, P. Daria, G. Sani, and M. Aromatario, “Caffeine: Cognitive and Physical Performance Enhancer or Psychoactive Drug?,” Curr. Neuropharmacol., vol. 13, no. 1, pp. 71–88, 2014,
  10. F. Components et al., Food Components to Enhance Performance. 1994.
  11. B. Distelberg, A. Staack, K. Elsen, and J. Sabaté, “The Effect of Coffee and Caffeine on Mood, Sleep, and Health-Related Quality of Life,” J. Caffeine Res., Mar. 2017,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

twenty − twelve =

Open

Close