Skip to content

10 Khasiat Buah Bidara Yang Anda Perlu Tahu

Apakah khasiat buah bidara pada kesihatan? Artikel ini akaan membincangkan khasiat buah bidara, kandungan nutirisi dan juga jompaun sihat di dalamnya

Pengenalan

Buah bidara atau nama saintifiknya Ziziphus mauritiana merupakan sejenis buah yang berasal dari Asia Tenggara dan pokoknya pula renek yang berketinggian sehingga 15 meter. Buah bidara mempunyai bentuk yang bulat, berkulit halus dan mempunyai permukaan kulit buah yang licin dan menggilap.

Pada permulaannya, buah ini berwarna hijau lalu bertukar ke kuning kejinggaan dan kemerah setelah masak. Buah bidara mempunyai isi yang berwarna putih dan rasa yang masam manis. Buah ini telah telah digunakan sekian lama di dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Artikel ini akan membincangkan dengan lebih lanjut akan kebaikan yang ditawarkan buah bidara.

Kandungan Nutrisi

Berikut merupakan kandungan nutrisi yang terdapat di dalam buah bidara.

  • Kalori: 79kcal
  • Karbohidrat: 20.23g
  • Protein: 1.2g
  • Lemak: 0.2g
  • Kalsium: 21mg
  • Zat Besi: 0.48mg
  • Magnesium: 10mg
  • Fosforus: 23mg
  • Kalium: 250mg
  • Natrium: 3mg
  • Zink: 0.05mg
  • Vitamin C: 69mg
  • Vitamin A: 40IU

Di dalam setiap 100 g buah bidara terdapat sebanyak 79 kcal tenaga, 20.23 g karbohidrat, 1.20 g protein dan 0.20 g lemak. Bagi kandungan mikronutrisi pula, terdapat sebanyak 21 mg kalsium, 0.48 mg zat besi, 10 mg magnesium, 23 mg fosforus, 250 mg kalium, 3 mg natrium, 0.05 mg zink, 69 mg vitamin C and 40 IU vitamin A.

Komponen Berkhasiat Buah Bidara

Terdapat pelbagai komponen berkhasiat yang terakandung di dalam buah bidara adalah serat yang dapat memberi manfaat kepada sistem penghadaman dan pengawalan gula di dalam darah. Selain itu, buah bidara juga mengandungi beberapa jenis lemak seperti asid linoleic (omega 6).

Buah bidara juga kaya dengan kandungan vitamin c yang bersifat antioksida. Di samping itu, di dalam buah bidara terdapat satu komponen yang dinamakan asid triterpenik yang mempunyai pelbagai kebaikan seperti anti inflamasi, anti mikrob, anti oksida dan melindungi hati.

10 Khasiat Buah Bidara Terhadap Kesihatan

Berikut merupakan kebaikan yang ditawarkan oleh buah bidara terhadap kesihatan.

1. Bersifat anti kanser

Di dalam perubatan tradisional negara China, buah bidara digunakan sebagai rawatan untuk penyakit kanser. Kajian telah dijalankan untuk mengkaji kesan ekstrak buah bidara ke atas penyakit kanser payudara.

Kajian mendapati bahawa ekstrak buah bidara memberikan kesan anti proliferatif di mana ianya dapat menghalang perkembangan sel kanser. Sifat anti kanser ini dipercayai kerana kandungan asid tripernik di dalamnya yang bersifat anti kanser.

2. Anti radang dan inflamasi

Di dalam perubatan tradisional China juga, buah bidara dikatakan dapat merawat keradangan dan inflamasi. Di dalam satu kajian yang dijalankan, telah ditemukan bahawa komponen asid triperpena di dalam buah bidara merupakan antara komponen aktif di dalam buah bidara yang menyekat keradangan yang berlaku pada sel.

3. Mencegah proses adipogenesis

Adipogenesis adalah proses penghasilan sel lemak dari sel stem. Proses ini boleh disebabkan oleh pelbagai faktor dan antaranya pengambilan kalori dan tenaga yang berlebihan.

Satu kajian telah mengkaji akan kesan ekstrak buah bidara ke atas proses adipogenesis. Kajian ini mendapati bahawa ekstrak buah bidara mencegah pengumpulan lemak dan mencegah adipogenesis.

4. Merangsang sistem imunisasi tubuh

Satu kajian telah dijalankan untuk melihat hubungan di antara sistem imunisasi tubuh dan ekstrak buah bidara. Kajian ini menemui bahawa komponen di dalam buah bidara telah meransang pembahagian makrofaj, iaitu sejenis sel yang terlibat di dalam melindungi tubuh badan daripada serangan organisma yang berbahaya.

5. Melindungi hati

Untuk mengkaji kesan ini, kajian terhadap haiwan telah dijalankan dan kajian ini telah mendapati bahawa pemberian buah bidara dapat melindungi hati dari kecederaan dengan mengurangkan tekanan oksida dan keradangan. Kajian lain turut menemui bahawa buah bidara menghasilkan indeks hepatosomatik yang lebih baik.

6. Melindungi saluran pencernaan

Satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji kesan pemberian karbohidrat larut air yang diekstrak dari buah bidara terhadap haiwan.

Kajian ini menemukan bahawa pemberiaan karbohidrat larut air dari buah bidara sekurang-kurangnya 40 mg/sehari dapat mengurangkan pendedahan mukosa usus daripada ammonia yang bersifat toksik.

7. Menghalang hiper-agregasi platelet

Agregasi platelet adalah keadaan normal di mana platelet berkumpul di dalam darah untuk membentuk gumpalan. Hal ini sering terjadi apabila berlaku luka pada mana-mana bahagian badan untuk melindungi badan dari jangkitan luar.

Namun, keadaan hiper-agregasi dapat menyebabkan masalah terutamanya kepada mereka yang mempunyai masalah kardiovaskular dan strok kerana ianya dapat menghalang bekalan darah ke anggota badan yang tertentu.

Satu kajian terhadap haiwan telah menemui bahawa ekstrak biji buah bidara dapat mencegah hiper-agregasi lalu menjadikan buah ini sebagai potensi untuk dijadikan perubatan herba bagi merawat masalah kardiovaskular yang berkaitan dengan hiper-agregasi.

8. Merawat masalah insomnia

Insomnia adalah salah satu masalah di mana seseorang itu mengalami kesukaran untuk tidur. Di dalam perubatan tradisional, buah bidara digunakan untuk merawat masalah kesukaran untuk tidur. Kajian terhadap haiwan menemui bahawa pemberian ekstrak etanolik biji buah bidara meningkatkan tempoh masa yang diambil oleh haiwan untuk tidur. Kajian ini menunjukkan potensi biji buah bidara untuk dijadikan kajian bagi penghasilan ubat-ubatan untuk merawat masalah insomnia.

9. Mengawal tekanan darah

Buah bidara mengandungi kandungan kalium yang tinggi di mana setiap 100 g buah bidara mengandungi sebanyak 250 mg kalium. Kalium adalah salah satu mikronutrisi yang diperlukan untuk mengawal pengecutan otot seperti otot jantung dan mengelakkan penyempitan salur darah.

Pengecutan jantung yang normal dan salur darah yang sihat dapat mengawal tekanan darah di dalam paras normal.

Artikel Berkaitan:

  1. Simptom Darah Tinggi
  2. Kalium

10. Melindungi saraf

Beberapa kajian telah menemukan bahawa buah bidara dapat melindungi sel saraf dari tekanan neurotoksin dan meransang pembahagian sel saraf. Selain itu, buah bidara juga didapati dapat meningkatkan memori dan pembelajaran di samping melindungi dari penyakit neurologikal.

Konklusinya, terdapat pelbagai khasiat yang ditawarkan oleh buah bidara terhadap kesihatan. Namun begitu, segelintir kajian yang telah dijalankan adalah kajian yang dijalankan ke atas haiwan dan ini memerlukan kajian yang lebih mendalam.

Artikel Berkaitan:

  1. Pokok Bidara

Rujukan:

  1. Chen, J., Liu, X., Li, Z., Qi, A., Yao, P., Zhou, Z., Dong, T., & Tsim, K. (2017). A Review of Dietary Ziziphus jujuba Fruit (Jujube): Developing Health Food Supplements for Brain Protection. Evidence-based complementary and alternative medicine : eCAM2017, 3019568.
  2. Gao, Q. H., Wu, C. S., & Wang, M. (2013). The jujube (Ziziphus jujuba Mill.) fruit: a review of current knowledge of fruit composition and health benefits. Journal of agricultural and food chemistry61(14), 3351-3363.
  3. Huang, Y. L., Yen, G. C., Sheu, F., & Chau, C. F. (2008). Effects of water-soluble carbohydrate concentrate from Chinese jujube on different intestinal and fecal indices. Journal of agricultural and food chemistry56(5), 1734-1739.
  4. Kubota, H., Morii, R., Kojima-Yuasa, A., Huang, X., Yano, Y., & Matsui-Yuasa, I. (2009). Effect of Zizyphus jujuba extract on the inhibition of adipogenesis in 3T3-L1 preadipocytes. The American journal of Chinese medicine37(3), 597–608.
  5. Plastina, P., Bonofiglio, D., Vizza, D., Fazio, A., Rovito, D., Giordano, C., … & Gabriele, B. (2012). Identification of bioactive constituents of Ziziphus jujube fruit extracts exerting antiproliferative and apoptotic effects in human breast cancer cells. Journal of Ethnopharmacology140(2), 325-332.
  6. San, A. M., Thongpraditchote, S., Sithisarn, P., & Gritsanapan, W. (2013). Total Phenolics and Total Flavonoids Contents and Hypnotic Effect in Mice of Ziziphus mauritiana Lam. Seed Extract. Evidence-based complementary and alternative medicine : eCAM2013, 835854.
  7. Seo, E. J., Lee, S. Y., Kang, S. S., & Jung, Y. S. (2013). Zizyphus jujuba and its active component jujuboside B inhibit platelet aggregation. Phytotherapy Research27(6), 829-834.
  8. Shahrajabian, M. H., Khoshkharam, M., Zandi, P., Sun, W., & Cheng, Q. (2019). Jujube, a super-fruit in traditional Chinese medicine, heading for modern pharmacological science. Journal of Medicinal Plants Studies7(4), 173-178.
  9. Shen, X., Tang, Y., Yang, R., Yu, L., Fang, T., & Duan, J. A. (2009). The protective effect of Zizyphus jujube fruit on carbon tetrachloride-induced hepatic injury in mice by anti-oxidative activitiesJournal of ethnopharmacology122(3), 555–560.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

five − three =