Skip to content

Ubat Omeprazole: Dos, Kegunaan & Kesan Sampingan

Apakah kegunaan ubat omeprazole dan kesan sampingannya? Artikel ini akan membincangkan ubat ini beserta kegunaannya untuk manusia

Apa itu Omeprazole?

Omeprazole ialah ubat yang sering digunakan untuk merawat masalah perut dan esofagus. Omeprazole tergolong dalam kumpulan ubat yang dikenali sebagai Proton Pump Inhibitors (PPIs). Ubat ini boleh didapati melalui prekripsi doktor atau boleh juga didapati di farmasi.

Antara jenama dan pengeluar Omeprazole di Malaysia:

  • Omelon (Y.S.P Industries)
  • Omesec (Duopharma)
  • Omilock Capsule (SM Pharmaceuticlas)
  • Vaxcel Omeprazole (Kotra Pharma)

Apa Itu Proton Pump Inhibitors (PPIs) dan Jenis-Jenisnya

Proton Pump Inhibitors (PPIs) ialah kumpulan ubat yang berfungsi mengurangkan kandungan asid yang berlebihan didalam perut. Proton Pump pula ialah protein di lapisan membran sel yang terdapat didalam lapisan perut berfungsi untuk menghasilkan asid didalam perut bertujuan untuk mengurai makanan yang berada didalam perut.

Antara jenis-jenis Proton Pump Inhibitors (PPIs)

  • Omeprazole
  • Lansoprazole
  • Pantoprazole
  • Esomeprazole

Fungsi dan Kegunaan

Omeprazole digunakan secara meluas untuk merawat masalah melibatkan perut dan esofagus antaranya:

  • Gastrik
  • Pedih ulu hati
  • Penyakit refluks gastroesofagus (GERD)
  • Ulser perut

Cara Penggunaan

Omeprazole diambil secara oral/makan. Harus diambil bersama makanan dan diambil sebelum makan. Anda perlu ikuti arahan dan nasihat doktor jika ubat ini diprekripsikan oleh mereka untuk anda. Jika dibeli melalui farmasi, silalah baca arahan dan risalah yang disertakan sekali secara teliti. Langkah ini amat penting untuk mengelakkan sebarang kebarangkalian terjadinya kesan sampingan.

Bagaimana Omeprazole Bertindak?

Secara umumnya bila bercakap mengenai masalah perut, punca utama yang terlintas adalah makanan.

Masalah asid perut berlebihan boleh berlaku antaranya apabila seseorang itu mengambil makanan dan minuman yang mampu mencetuskan penambahan asid perut. Makanan masam, pedas, berlemak antara makanan kegemaran ramai yang menjadi punca utama terhadap masalah asid perut berlebihan. Apabila asid perut berlebihan, ia akan menyebabkan rasa tidak selesa pada bahagian perut. Asid perut yang berlebihan ini mampu menyebabkan berlakunya penyakit seperti ulser perut dan gastrik.

Asid didalam perut dihasilkan oleh protein di lapisan membran sel bernama Proton Pump. Asid perut berlebihan berlaku apabila Proton Pump menghasilkan asid perut secara tidak normal, tidak terkawal dan berlebihan. Apabila seseorang mengambil Omeprazole, ia akan bertindak sebagai perencat terhadap Proton Pump seterusnya mengawal aktiviti penghasilan asid perut oleh Proton Pump dan mengelakkan berlakunya asid perut berlebihan.

Dos Omeprazole

Dewasa: 20mg sekali sehari

Kanak-kanak: Dos berdasarkan berat badan dan harus diepriksa dan ditentukan oleh doktor

Cara Penyimpanan

Simpan Omeprazole didalam suhu bilik, jauh dari cahaya matahari dan kelembapan. Jauhkan dari kanak-kanak.

Kesan Sampingan

Walaupun Omeprazole dilihat sebagai ubat yang mampu meredakan masalah asid berlebihan didalam perut, namun anda harus tahu setiap ubat itu ada kesan sampingannya. Boleh dikatakan reaksi kesan sampingan yang teruk jarang berlaku selepas pengambilan ubat ini, namun kesan sampingan ringan tetap ada. Antara kesan sampingan ringan yang sering berlaku ialah:

  • Pening kepala
  • Sakit perut
  • Cirit-birit
  • Sembelit
  • Mual dan muntah-muntah

Jika berlaku reaksi kesan sampingan yang teruk seperti alergik, demam, gatal-gatal dan bengkak sila dapatkan rawatan dengan kadar segera.

Kesan Terlebih Dos

Antara kesan terlebih dos yang boleh terjadi:

  • Pengsan
  • Masalah sukar bernafas
  • Kekeliruan (confusion)
  • Kelajuan degupan jantung yang luar biasa

Apa Yang Perlu Anda Lakukan Jika Terlepas Dos?

Masalah terlupa nak makan ubat atau terlepas waktu untuk makan ubat sering berlaku lebih-lebih lagi bagi mereka yang sibuk. Jika anda terlupa untuk ambil Omeprazole anda, ambil secepat yang mungkin selepas anda teringat. Namun, jika waktu itu dah hampir dengan waktu untuk ambil dos seterusnya, anda haruslah langkau pengambilan dos tersebut. Anda adalah dilarang untuk menggandakan dos semata-mata untuk mencukupkan pengambilan dos anda.

Perlu Ingat

  • Jika anda ambil omeprazole, ianya akan mula berfungsi dan menunjukkan keberkesanan dalam masa 2-3 hari dan sekitar 4 hari untuk berfungsi sepenuhnya.
  • Jika anda beli Omeprazole dari kaunter atau farmasi, pastikan anda ambilnya tidak melebihi dua minggu. Untuk tempoh lebih dua minggu sila dapatkan rujukan dan rawatan dari doktor.

Bolehkah Omeprazole Diambil Bersama Ubat-Ubatan Lain?

Tidak digalakkan untuk ambil Omeprazole bersama ubat-ubatan lain ini kerana sesetengah ubat dan Omeprazole boleh menyebabkan kesan sampingan. Antara ubat-ubatan yang perlu diambil perhatian dan tidak boleh diambil bersama Omeprazole:

  • Ubat untuk rawatan hati seperti digoxin
  • Ubat antifungal seperti itraconazole, ketoconazole, posaconazole dan voriconazole
  • Ubat HIV
  • Antibiotic seperti rifampicin
  • Ubat untuk rawatan pembekuan darah seperti clopidogrel dan warfarin.

Namun ianya selamat jika diambil bersama ubat tahan sakit (analgesic) seperti paracetamol atau ibuprofen

Rujukan

  1. Omeprazole-WebMD
  2. Proton Pump Inhibitors (PPIs)- MedlinePlus
  3. MIMS Malaysia “Omeprazole”
  4. About Omeprazole- NHS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 × 1 =