Skip to content

Ubat Metoclopramide: Fungsi, Dos, Kegunaan & Kesan Sampingan

Apakah kegunaan ubat metoclopramide atau Maxolon(nama brand)? Artikel ini akan membincangkan fungsi, dos, kegunaan dan kesan sampingan ubat ini

Klasifikasi ubat: antiemetic (anti-sickness)

Apa Itu Metoclopramide?

Metoclopramide ialah sejenis ubat dari kumpulan antiemetic iaitu sejenis ubat tahan sakit. Ubat ini membantu untuk menghentikan rasa sakit seperti mual, muntah dan lain-lain. Ubat ini hanya boleh didapati melalui prekripsi dari doktor.

Kandungan Bahan Aktif Didalam Metoclopramide

Setiap dos Metoclopramide mengandungi Metoclopramide Hydrochloride sebagai bahan aktif utama

Metoclopramide Dalam Pasaran Malaysia

Antara jenama, pengeluar dan pengedar Metoclopramide dalam pasaran Malaysia:

  • Pulin (Y.S.P Industries)
  • SW Metoclopramide (Antah Pharma)
  • Plazilin (Unimed)

Fungsi dan Kegunaan Metoclopramide

Fungsi utama Metoclopramide adalah sebagai ubat untuk menahan sakit atau menghalang rasa sakit. Metoclopramide boleh digunakan untuk rawatan masalah seperti:

  • GERD
  • Pedih ulu hati
  • Kesakitan pada esofagus
  • Diabetic gastroparesis
  • Mual dan muntah-muntah
  • Hilang dan kurang selera makan
  • Kesakitan akibat migrain

Dos dan Cara pengambilan Metoclopramide

  • Metoclopramide tersedia didalam bentuk tablet atau suntikan intravenous
  • Tablet Metoclopramide diambil secara oral manakala suntikan Metoclopramide diambil secara suntikan intravenous
  • Jika anda ambil ubat ini dalam bentuk tablet, sila makan secara penuh tanpa menghancurkan, mengunyah atau membahagikan ubat ini.
  • Dos ubat ini ditentukan sepenuhnya oleh doktor berdasarkan keadaan dan keperluan pesakit
  • Sila ambil ubat ini mengikut arahan doktor sepenuhnya.

Cara Penyimpanan

Simpan Metoclopramide pada suhu bilik dan elakkan dari matahari. Jauhkan dari kanak-kanak.

Bagaimana Metoclopramide Bertindak?

Terdapat satu bahagian didalam otak manusia yang dikenali sebagai vomiting centre dimana ianya mengawal untuk kita rasa sakit atau sakit. Vomiting centre akan aktif apabila menerima mesej atau signal daripada chemoreceptor trigger zone (CTZ) dan seterusnya mencetuskan rasa sakit seperti mual dan muntah-muntah.

Metoclopramide bertindak dengan menghalang mesej atau signal antara chemoreceptor trigger zone (CTZ) dan vomiting centre dan seterusnya membantu mengurangkan rasa sakit seperti mual dan menghentikan muntah.

Kesan Sampingan Metoclopramide

Pengambilan Metoclopramide berguna terutamanya untuk merawat masalah mual dan muntah. Namun kesan sampingan daripada pengambilannya tetap terjadi. Antara kesan sampingan yang sering berlaku ialah:

  • Kekejangan dan menggigil pada bahagian lengan atau kaki
  • Pening kepala
  • Kekeliruan
  • Masalah sukar untuk tidur
  • Kepala rasa berpusing dan pengsan
  • Rasa kepenatan dan kurang rehat
  • Mengantuk dan tidak bertenaga
  • Cirit-birit
  • Tekanan perasaan
  • Demam

Penggunaan Ketika Mengandung dan Menyusukan Anak?

  • Pengambilan ubat ini ketika mengandung adalah tidak disyorkan melainkan pengambilannya betul-betul perlu. Sila berbincang bersama doktor berkenaan aspek kepentingan dan juga kesan sampingan terhadap kandungan sebelum mengambil ubat ini.
  • Penggunaan ketika menyusukan bayi juga adalah tidak disyorkan.

Terlebih Dos 

Sila ambil Metoclopramide mengikut dos yang disyorkan. Dapatkan rawatan dengan segera jika terjadi kejadian terlebih dos.

Apa Yang Perlu Anda Lakukan Jika Terlepas Dos?

  • Metoclopramide adalah ubat yang diambil mengikut dos dan arahan doktor.
  • Namun jika anda seharusnya ambil ubat ini dan terlupa, ambil secepat yang mungkin selepas anda teringat. Namun, jika waktu itu dah hampir dengan waktu untuk ambil dos seterusnya, anda haruslah langkau pengambilan dos tersebut.
  • Anda adalah dilarang untuk menggandakan dos dengan sekali pengambilan.

Golongan Yang Tidak Patut Ambil Ubat Ini

Metoclopramide bukanlah ubat yang sesuai untuk semua golongan kerana terdapat golongan tertentu yang tidak patut ambil ubat ini kecuali melalui priskripsi doktor. Golongan tersebut ialah:

  • Pernah ada reaksi alahan terhadap Metoclopramide atau ubatan lain
  • Sedang atau pernah mengalami masalah pendarahan didalam perut
  • Pesakit yang mengalami masalah buah pinggang atau masalah hati
  • Pesakit yang menghidapi masalah degupan jantung yang lemah
  • Pesakit Parkinson dan sawan 
  • Wanita yang merancang untuk hamil atau sedang hamil

Langkah Berjaga-jaga

  • Sebelum mengambil Metoclopramide, sila beritahu sejarah perubatan anda kepada doktor 
  • Sila beritahu kepada doktor juga jika anda alah kepada Metoclopramide
  • Pengambilan ubat ini boleh menyebabkan rasa pening dan mengantuk. Anda dilarang untuk memandu kenderaan dan mengendali peralatan mesin atau jentera yang memerlukan pengawasan selepas mengambil ubat ini.
  • Jika berlaku gejala-gejala akibat terlebih dos, anda harus hentikan pengambilan Metoclopramide dan segera untuk dapatkan rawatan.
  • Jangan kongsi ubat ini bersama orang lain.

Interaksi Bersama Ubat-Ubatan Lain

Terdapat beberapa jenis ubat lain yang boleh berinteraksi dengan ubat metoclopramide. Sila dapatkan nasihat dan rujukan doktor jika anda mengambil ubat-ubatan lain seperti:

  • Ubat rawatan masalah tekanan darah
  • Ubat rawatan masalah psikiatri seperti chlorpromazine, clozapine, haloperidol dan lain-lain
  • Antihistamin seperti diazepam
  • Monoamine oxidase inhibitors (MAOIs) seperti isocarboxazid
  • Insulin
  • Acetaminophen
  • Cyclosporine
  • Digoxin
  • tetracycline

Rujukan

  1. MIMS Malaysia “Metoclopramide”
  2. Healthline “Metoclopramide-Oral Tablet”
  3. NHS “Metoclopramide”
  4. MedlinePlus “Metoclopramide”
  5. Drugs.com “Metoclopramide”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

8 − 4 =