Skip to content

Cara Tanam Pokok Kucai Yang Mudah dan Betul

Bagaimanakah cara untuk tanam pokok kucai dengan kaedah yang betul? Artikel ini akan membincangkan cara tanam pokok kucai, pembajaan dan penjagaan pokok ini.

Pengenalan

Kucai atau nama saintifiknya Allium tuberosum merupakan sejenis tanaman jangka masa pendek dan mempunyai rasa seakan bawang. Ianya mempunyai daun hijau yang boleh tumbuh panjang sehingga 38cm.

Daun kucai kerap digunakan sebagai bahan masakan bagi meningkatkan rasa dan aroma hidangan. Selain itu, kucai mengandungi pelbagai khasiat seperti vitamin dan karotin yang boleh membantu masalah penyakit dalaman.

Hal ini kerana, ianya tergolong dalam keluarga bawang iaitu Alliaceae. Tanaman ini kurang dipasarkan secara komersial oleh peniaga di pasar.  . Restoran dan kedai makan pada hari ini semakin hari semakin banyak dibuka seperti cendawan tumbuh lepas hujan.

Daun kucai sebagai salah satu bahan yang kerap digunakan untuk menu hidangan seperti mee goreng dan sebagainya. Oleh itu, pengusaha kedai makanan tersebut adalah merupakan target utama jualan daun kucai kerana mereka amat memerlukannya.

Bagi menjayakan tanaman ini, beberapa langkah proaktif bagi memajukan komiditi ini hendaklah dipergiatkan seperti melalui kursus penanaman mampu memberi pendedahan baru kepada masyarakat bagi mengusahakan tanaman ini.

Justeru itu, ilmu tentang penanaman tanaman ini juga boleh diperolehi dan digunapakai untuk tujuan penanaman samada secara kecil-kecilan mahupun komersial. Melalui artikel kali ini, saya ingin mendedahkan tentang cara penanaman pokok kucai dengan betul dan berkesan.

Keperluan Asas Tanaman

Syarat-syarat asas tanamannya tidaklah begitu rumit untuk dipenuhi dan ianya mudah untuk ditanam. Dari segi penyediaan tanah, ianya boleh ditanam pada apa-apa jenis tanah serta masih boleh tumbuh dengan subur. Paling disyorkan adalah ianya ditanam pada tanah yang mengandungi kandungan organik yang tinggi.

Tanah tersebut boleh disediakan dengan menyediakan media campuran tanah bersama dengan kompos, tinja dan sebagainya. Untuk keperluan suhu pula, terdapat 2 pecahan bergantung kepada geografi kawasan. Untuk kawasan tanah tinggi, suhu optimum yang diperlukan adalah sekitar 20°C dan tanah rendah pula adalah sekitar 25-27°C. Antara keperluan lain adalah seperti cahaya.

Kawasan yang terdedah sepenuhnya terhadap matahari tidak menjadi masalah untuk tanaman ini. Akan tetapi perlu dirancang dengan rapi bagi memastikan pokok kucai menerima pancaran cahaya selama 12-13 jam sehari untuk pertumbuhan yang baik. Akhir sekali, pastikan tanah yang digunakan mencapai nilai pH sekitar 4.5-6.5 kerana ianya sangat sesuai dengan keadaan tanah yang agak berasid.

Penyediaan Benih

Kebiasaannya, tanaman ini akan ditanam menggunakan biji benih ataupun rizom. Setelah daun kucai dituai, umbisi yang tertinggal boleh digunakan untuk penanaman semula. Selain itu, benihnya juga boleh dibeli melalui premis pertanian yang berdekatan mahupun melalui talian. Setelah rizom diperolehi, ianya sudah boleh terus ditanam pada tanah tanpa memerlukan tempoh semaian.

Penanaman Kucai

Untuk memulakan penanaman ini, terdapat 2 pilihan untuk dijadikan media tanaman iaitu pada batas ataupun pasu. Jika ditanam pada batas, sediakan batas berukuran 1m lebar dan 20-30cm tinggi dan amalkan penjarakkan tanaman menggunakan ukuran 10 x 10cm antara tanaman. Untuk penanaman di dalam pasu pula, sediakan tanah campuran (3:2:1) sebagai media tanaman.

Dengan menggunakan biji benih yang disediakan, masukkan 1-3 biji benih dalam lubang pada kedalaman 2cm.  Manakala jika menggunakan rizom, tanam sedalam 5cm dalam setiap lubang.  Selepas itu, timbuskan sahaja tanah pada lubang tersebut tanpa mampatkan tanah.  Akhir sekali, siram tanaman pada kadar secukupnya sehingga tempoh penuaian.

pokok kucai dalam bekas

Pengairan

Kucai sangat bergantung kepada keperluan air. Tanpa bekalan air yang mencukupi pertumbuhannya akan terganggu dan tidak stabil sehingga boleh menyebabkan kerugian sekiranya tidak mencapai piawaian pasaran. Penyiraman hendaklah dilakukan sebanyak 2 kali sehari bagi mengekalkan kelembapan tanah. Bagi memastikan sistem pengairan dalam keadaan terkawal, sistem saliran perlu ditambahbaik bagi memastikan bekalan air sentiasa mencukupi sewaktu kemarau panjang.

Pembajaan

Berikut adalah waktu dan kadar baja yang diperlukan untuk tanaman kucai:

baja pokok kucai

Kawalan Rumpai, Penyakit dan Perokok

Setakat ini tiada sebarang masalah serius berkaitan dengan penyakit dan perosak terhadap tanaman kucai. Akan tetapi, musuh utama yang mengganggu pertumbuhannya adalah rumput. Bagi mengatasi masalah ini, lakukan kerja merumpai secara berkala sekurangnya 2 minggu sekali menggunakan tangan sekiranya ditanam dalam pasu. Manakala untuk penanaman di batas pula, ianya boleh ditangani dengan melaksanakan semburan racun rumput seperti Paraquat pada bahagian antara batas dan tepi batas.

Penuaian

Untuk penanaman menggunakan biji benih, selepas 12 minggu dari tempoh penanaman, tuaian kali pertama boleh dijalankan. Kemudian, ianya boleh dituai semula setiap 12 minggu. Manakala untuk penanaman menggunakan rizom, tempoh masa untuk tuaian adalah seawal 2-3 minggu selepas penanaman dan boleh dituai semula selepas 2 minggu daripada penuaian pertama.

Cara-cara menuai daun kucai adalah dengan memotong 2-3cm dari jarak permukaan tanah menggunakan pisau atau gunting yang steril dan tajam.

Jangan buang rizom yang tertinggal pada tanah kerana ianya masih boleh menghasilkan daun baru. Dari segi pengendalian lepastuai, hasil kucai yang telah dituai hendaklah disimpan segera di dalam bilik sejuk bagi memastikan kesegaran berpanjangan dan memanjangkan tempoh penyimpanan.  

Diharapkan artikel cara tanam pokok kucai ini akan dapat memberikan sedikit sebanyak pengetahuan kepada para pembaca.

Cara Tanam pokok lain yang anda perlu tahu:

Cara Tanam Pokok ManggaCara Tanam Pokok Tin
Cara Tanam Pokok KuchaiCara Tanam Bunga Matahari
Cara Tanam Bunga TelangCara Tanam Kacang Botol
Cara Tanam Aloe VeraCara Tanam Pegaga
Cara Tanam Bawang PutihCara Tanam Ulam Raja
Cara Tanam Pokok BetikCara Tanam Pudina
Cara Tanam KetumbarCara Tanam Kaktus
Cara Tanam Bunga RosCara Tanam Orkid
Cara Tanam AnggurCara Tanam Padi
Cara Tanam Kacang PanjangCara Tanam Tembikai Susu

Rujukan:

  1. Yaseer S.M., Yusmizawati M.Y., Mohamad A. M., Rashidan A. dan Omar T. (2013). Teknologi penanaman kucai secara fertigasi. Buletin Teknologi MARDI, Bil.4(2013): 29 – 34.
  2. Anim Hosnan (2014). Kucai – Teknologi Tanaman. Diakses pada Mac 7, 2021.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

9 + seventeen =