Apakah itu unsur natrium dan kegunaannya? Artikel ini akan membincangkan unsur ini dari sudut definisi, sejarah penemuan, sifat dan kegunaan natrium pada manusia
Pengenalan dan Sifat Natrium
Natrium adalah unsur kimia dengan simbol Na dan nombor dan mempunyai nombor atom 11.
Sifat Natrium : Ia adalah logam lembut, berwarna putih keperakan dan sangat reaktif.
Jadual Berkala Unsur: Berada dalam kumpulan 1 jadual berkala unsur. Oleh itu, ia adalah logam alkali
Takat Lebur dan Didih : Takat lebur 97.5 °C dan takat didih 883 °C.
Natrium adalah satu-satunya isotop stabil dengan berat atom 23. Unsur ini merupakan logam bebas yang tidak terhasil secara semulajadi sebaliknya melalui proses sebatian. Natrium adalah unsur keenam yang paling banyak terdapat di kerak bumi iaitu 2.8% dan terdapat dalam banyak mineral seperti feldspars, sodalite, dan garam (NaCl).
Sebahagian besar garam natrium larut di dalam air seperti ion natrium dicairkan hasil tindakan air dari mineral bumi selama ribuan tahun. Justeru, natrium dan klorin adalah contoh unsur terlarut yang biasa ditemui di lautan.
Sifat Kereaktifan
Tindak balas dengan Udara
Natrium apabila dinyalakan dan terdedah kepada udara akan menghasilkan api kuning. Natrium teroksida dengan cepat di udara untuk membentuk lapisan natrium oksida.
Tindak balas dengan Air
Unsur Na juga boleh terapung di atas air kerana ketumpatannya lebih rendah berbanding air. Ia bertindak balas pantas dengan air untuk menghasilkan natrium hidroksida dan gas hidrogen. Unsur Na bertindak balas dengan air lebih pantas daripada litium dan kurang pantas daripada kalium. Letupan berlaku apabila haba yang dihasilkan dari tindak balas natrium dan air lalu menghasilkan gas nitrogen.
Tindak balas dengan Nitrogen
Unsur Na tidak bertindak balas dengan nitrogen walaupun pada suhu yang sangat tinggi, tetapi ia boleh bertindak balas dengan ammonia untuk membentuk natrium amida. Unsur Na dan hidrogen boleh bertindak balas pada suhu 200ºC (390ºF) untuk membentuk natrium hidrida.
Tindak Balas dengan Halogen
Unsur Na hampir tidak bertindak balas dengan karbon, tetapi ia bertindak balas dengan halogen. Ia juga bertindak balas dengan pelbagai halida logam untuk membentuk logam dan natrium klorida.
Tindak Balas dengan Alkohol
Reaksi unsur Na dengan alkohol sama seperti reaksi unsur Na dengan air tetapi lebih perlahan.
Kegunaan
Natrium yang mempunyai ciri logam sangat penting dalam:
- Pembuatan ester dan dalam pembuatan sebatian organik. Unsur ini digunakan dalam menghasilkan titanium, sodamida, natrium sianida, natrium peroksida, dan natrium hidrida.
- Natrium yang dicairkan biasa digunakan sebagai penyejuk untuk reaktor nuklear. Wap natrium digunakan pada lampu jalan untuk menghasilkan cahaya kuning yang terang.
- Unsur ini juga membentuk sebatian yang penting dalam kehidupan seharian. Natrium dalam bentuk sebatian natrium klorida (NaCl) atau garam memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan.
- Kegunaannya yang lain adalah seperti memperbaiki struktur aloi sebagai contoh aloi yang terhasil daripada sebatian natrium dan potassium adalah agen pemindahan haba yang penting.
- Selain itu, unsur ini juga digunakan dalam pembuatan sabun, dalam kombinasi dengan asid lemak, dalam lampu wap natrium, untuk membersihkan logam yang telah dicairkan dan natrium karbonat pepejal diperlukan untuk membuatan gelas.
Sejarah
Nama asal Natrium adalah soda iaitu dari bahasa Inggeris manakala simbolnya pula Na berasal daripada perkataan Latin. Pada pertengahan abad di Eropah, sebatian natrium digunakan sebagai ubat pening kepala. Sehingga abad ke-18 tidak ada perbezaan antara kalium dan natrium.
Ini kerana Ahli Kimia pada awalnya tidak menyedari bahawa mineral alkali Na2CO3, natrium karbonat, berasal dari deposit di bumi dan K2CO3, kalium karbonat berasal dari abu kayu adalah berbeza antara satu sama lain. Akhirnya perbezaan ini dikenalpasti oleh seorang Ahli Kimia iaitu Sir Humphry Davy yang pertama kali mengasingkan natrium pada tahun1807 melalui proses elektrolisis iaitu natrium hidroksida cair, NaOH.
Natrium dikumpulkan di katod. Davy juga mengasingkan kalium dengan prosedur serupa pada tahun 1807. Tidak lama kemudian, Thenard dan Gay-Lussac mengasingkan natrium dengan mengurangkan natrium hidroksida dengan logam besi pada suhu yang tinggi. Singkatan kimia untuk natrium pertama kali diterbitkan pada tahun 1814 oleh Jöns Jakob Berzelius dengan simbol atom.
Fungsi Natrium dalam badan
Natrium hadir sebagai elektrolit dan mineral dalam tubuh manusia. Ia berfungsi untuk mengawal jumlah cecair di dalam dan di luar sel badan dan keseimbangan elektrolit badan. Natrium juga memainkan peranan penting dalam sistem saraf dan fungsi otot.
Sebahagian besar natrium kira-kira 85% terdapat dalam darah dan cecair limfa. Badan manusia memperolehi natrium melalui makanan dan minuman dan kehilangannya melalui proses perkumuhan seperti berpeluh dan air kencing. Ginjal yang sihat akan mengekalkan tahap natrium yang konsisten dalam badan dengan menyesuaikan jumlah yang dikeluarkan melalui air kencing.
Apabila kemasukan dan pengeluaran natrium tidak seimbang, jumlah natrium dalam badan akan terjejas. Jika jumlah kepekatan natrium adalah tinggi ia dipanggil sebagai hypernatremia manakala jika jumlah kepekatan natrium adalah rendah ia dipanggil sebagai hyponatremia.
Jumlah natrium dalam badan mempengaruhi kadar cecair dalam darah dan sekitar sel. Tubuh kita sentiasa memantau jumlah darah dan kepekatan natrium. Apabila terlalu tinggi, jantung, salur darah, dan ginjal akan mengesannya seterusnya merangsang ginjal untuk meningkatkan perkumuhan natrium agar mengembalikan kadar darah menjadi normal. Jumlah natrium yang tinggi dalam darah juga boleh menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi
Sebaliknya, apabila jumlah darah atau kepekatan natrium terlalu rendah, ginjal merangsang kelenjar adrenal untuk mengeluarkan hormon aldosteron. Aldosteron memberikan isyarat kepada buah pinggang untuk mengekalkan natrium dan mengeluarkan kalium. Apabila natrium disimpan, air kencing kurang dihasilkan, akhirnya menyebabkan jumlah darah meningkat.
Sebilangan besar makanan mempunyai natrium secara semula jadi di dalamnya atau sebagai ramuan yang digunakan untuk memasak. Natrium yang terdapat dalam garam dikenali sebagai natrium klorida dan dalam baking soda dikenali sebagai natrium bikarbonat. Banyak ubat dan produk lain juga mengandungi natrium di dalamnya, termasuk julap, aspirin, ubat kumur, dan ubat gigi.
Diharapkan artikel ini dapat memberikan maklumat berkenaan natrium terutamanya dari segi sifat, kegunaan dan sejarahnya.
Unsur yang lain:
Florin | Rubidium |
Hidrogen | Litium |
Kalium | Natrium |
Strontium | Xenon |
Kripton | Kalsium |
Magnesium | Sulfur |
Argon | Berillium |
Bromin | Iodin |
Neon | Helium |
Francium | Caesium |
Astatin | Oksigen |
Selenium | Klorin |
Rujukan:
- Sodium – Pubchem
- Sodium – Lentech
- Soidum – Britannica
- Sodium Role in the Body – MSD Manuals