Fitosterol: Definisi, Sifat Kimia dan Kegunaan

fitosterol

Apakah itu fitosterol? Artikel ini akan membincangkan bahan kimia bernama fitosterol, sifat kimianya dan kegunaan bahan ini dalam kehidupan seharian.

Apa itu sterol?

Terma sterol merujuk kepada apa-apa jenis kumpulan pepejal, yang kebanyakannya tidak tepu, yang boleh didapati di dalam tumbuhan ataupun haiwan, serta juga di dalam tumbuhan jenis kulat (fungi).

Sterol juga adalah salah satu kelas lemak yang mempunyai struktur sama seperti steroid iaitu yang mempunyai beberapa gabungan cincin hidrokarbon

Sterol boleh dikelaskan kepada tiga jenis, iaitu fitosterol (phystosterol) yang mana sterol berasaskan tumbuhan, zoosterols iaitu sterol berasaskan haiwan, dan mikosterol (mycoserol) iaitu sterol berasaskan kulat.

Fitosterol

Fitosterol adalah sterol yang dihasilkan oleh tumbuhan. Fitosterol boleh dikelaskan kepada dua kategori,

  • Sterol daripada tumbuhan yang mempunyai ikatan berganda di dalam cincin sterol, sterol jenis ini adalah yang terbanyak boleh ditemukan di dalam tumbuhan dan diet manusia. Contoh; β-sitosterol, campesterol, dan  stigmasterol
  • Stanol daripada tumbuhan yang mana ikatan berganda di dalam cincin sterol adalah kurang terutamanya sitostanol dan campestanol yang hanya mengandungi kira-kira sepuluh peratus (10%) sahaja kandungan keseluruhan daripada jumlah fitosterol di dalam tumbuhan.

Tubuh badan manusia tidak boleh menghasilkan fitosterol dan fitostanol, maka ia perlu diambil seratus-peratus daripada sumber luar sebagai makanan tambahan.

Antara sumber makanan yang mengandungi fitosterol adalah minyak sayuran seperti minyak bunga matahari, minyak jagung, minyak soya, dan juga minyak zaitun. Selain itu, fitosterols juga boleh didapati di dalam makanan yang kaya dengan nutrisi seperti badam, bijirin dan banyak lagi.

Sifat Kimia Fitosterol

Fitosterol adalah sebatian yang berasaskan bio yang berasal daripada tumbuhan yang mempunyai struktur kimia seperti kolestrol tetapi fitosterols mempunyai rantaian karbon tambahan yang bersifat hidrofobik (hydrofobic) yang mana ia tidak sukakan air.

Disebabkan hal itu, fitosterols lebih cenderung untuk menjauhi air berbanding dengan kolestrol dan mempunyai kadar keterlarutan (solubility) yang rendah di dalam minyak dan air. Fitosterols juga hadir dalam bentuk lemak untuk meningkatkan keterlarutan dan menggalakkan penyerapan. Contoh makanan yang menjadi sumber utama fitosterols adalah margerin dan mayonis.

Proses Penghasilan Fitosterols

Sterols tumbuhan diproses daripada penyulingan minyak tumbuhan dengan cara:

  • Minyak tumbuhan yang boleh dimakan akan diekstrak daripada biji minyak yang kebiasaannya sudah dimurnikan untuk membuang komponen-komponen di dalam minyak yang tidak diperlukan seperti fosfatida (phosphatides), asid lemak bebas (free fatty acid), pigmen, bau, yang akan merosakkan gliserida jika tidak disingkirkan.
  • Dalam langkah terakhir proses penyahbauan (deodorization), bahan-bahan yang tidak diperlukan itu akan disingkirkan untuk menjaga kualiti minyak. Di dalam fasa ini, minyak yang dikumpul dikenali sebagai minyak murni (refined oil).  
  • Seterusnya, minyak tersebut akan menjalani proses transesterifikasi (transesterification), yang mana di dalam proses ini, gliserida akan ditukarkan kepada asid lemak metil ester (fatty acid methyl esther) dan gliserol, dan fitosterol ester akan ditukarkan kepada fitosterol bebas dan asid lemak metil ester.
  • Kemudian, fitosterols bebas dan tokoferol (tocopherols) yang terhasil daripada proses-proses sebelumnya akan disingkirkan melalui proses penyulingan (distillation).
  • Fitosterols dipisahkan daripada tokoferol menggunakan penghabluran pelarut (solvent crystallization) dan penurasan  (filtration) menggunakan pelarut gred makanan.
  • Selepas itu, fitosterols akan dibersihkan dengan cara penghabluran semula (recrystallization) bertujuan untuk membuang ester-lilin.

Penghasilan sterols daripada pulpa kekayu

  • Proses ini bermula dengan serpihan kayu dihadamkan pada keadaan pH 14, selama lebih kurang 18 jam pada suhu 50°C bertujuan untuk membebaskan serat kayu. Proses ini penting untuk memisahkan bahan yang bersifat seperti sabun daripada pulpa selulosa.
  • Hasil yang terkumpul berada dalam keadaan fasa sabun yang berlemak yang mengandungi lebih daripada dua peratus (2%) fitosterols. Salah satu cara untuk memulihkan semula jumlah sterol adalah dengan cara menggunakan pegekstrakan pelarut (metanol) secara terus daripada sabun setelah fitosterol berjaya disucikan melalui pemendakan daripada pelarut.
  • Minyak sabun yang diperoleh kemudian dicampurkan dengan asid. Kemudian, minyak mentah  tersebut dimurnikan melalui proses penyulingan di mana kepekatan fitosterols akan meningkat.
  • Fitosterol yang asli mengandungi asid lemak ester, asid resin, dan fitosterols yang tinggi.
  • Sebatian itu kemudian akan dineutralkan menggunakan acid mineral jenis gred makanan.
  • Seterusnya, bahagian yang berakues akan disingkirkan, dan segala air yang masih tersisa di dalam minyak turut akan dibuang melalui proses penyejatan kilat. Baki yang tinggal kemudian akan disuling lagi dalam beberapa langkah lain untuk mendapatkan baki fitosterols yang tinggal.
  • Fitosterols yang tekumpul itu akhirnya akan disucikan melalui penghabluran semula pelarut menggunakan pelarut jenis gred makanan.

Kebaikan Fitosterol

Antara kebaikan dan manfaat yang boleh didapati daripada fitosterol adalah:

  • Minyak sayuran dan margerin mengandungi jumlah fitosterols yang tinggi, disebabkan hal it, maka minyak sayuran banyak digunakan di dalam pemprosesan makanan berproses yang membuatkan diet kita seimbang kerana fitosterol tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan manusia.
  • Kajian terhadap manusia dan haiwan mencadangkan bahawa pengambilan fitosterols berkait rapat dengan pengurangan risiko untuk mendapatkan kanser. Walaubagaimanapun, kajian yang lebih lanjut perlu dilaksanakan.
  • Pengambilan fitosterols boleh mengurangkan paras LDL kolestrol jahat sebanyak sepuluh peratus.

Keburukan fitosterols

  • Walaupun banyak kajian mengatakan bahawa fitosterol mampu mengurangkan kadar kolestrol dalam badan, tetapi terdapat banyak juga kajian mengatakan fitosterols juga meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit jantung.

Aplikasi dan kegunaan fitosterols dalam industri

  • Farmakeutikal dan perubatan: fitosterol digunakan dalam industri farmaseutikal dan perubatan untuk pembuatan steroid terapi.
  • Nutrisi: fitosterols digunakan sebagai  bahan tambahan anti kolestrol di dalam makanan berfungsi.
  • Kosmetik: fitosterols juga boleh ditemukan di dalam produk-produk kosmetik seperti krim dan gincu.

Rujukan

  1. Fernandes, P., & Cabral, J. M. S. (2007). Phytosterols: Applications and recovery methods. Bioresource Technology. Diambil daripada: 98(12), 2335–2350.
  2. PHYTOSTEROLS, PHYTOSTANOLS AND THEIR ESTERS Chemical
  3. WEB MD (2020). Plant Sterols.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

four × four =

Open

Close