Masalah Mata: Rabun Jauh dan Rabun dekat

rabun jauh dan rabun dekat

Jika kita lihat  kanak -kanak yang berusia seawal 4-7 sudah memakai cermin mata kerana mempunyai rabun jauh. Umumnya, di awal usia kanak-kanak hingga dewasa akan menghadapi rabun jauh manakala kebanyakan warga emas menghidapi rabun dekat.

Pelajar-pelajar di sekolah akan menjalani pemeriksaan mata sekurang-kurang setahun sekali oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pelajar yang mempunyai masalah penglihatan akan diberi nasihat  serta rawatan secara berterusan melalui peruntukkan yang diberi. Jom kita lihat perbezaan rabun jauh atau dekat dan mitos tentang punca berlaku rabun.

Genetik / Persekitaran

Terdapat kanak-kanak yang mempunyai masalah rabun jauh tetapi jika kita lihat ibu bapa mereka tidak mempunyai masalah tersebut. Begitu juga sebaliknya, ibu bapa mereka mempunyai masalah mata tetapi tidak diwarisi oleh anak mereka. 

Terdapat dua eksperimen yang dijalankan serentak untuk mengetahui punca rabun (myopia) dari masalah genetik atau persekitaran yang dijalankan oleh WHO. Kenyataan daripada Laporan Myopia(Rabun) dari World Health Organization menyatakan bahawa masalah genetik bukan penyumbang terbesar atau majoriti kepada masalah penglihatan atau rabun dalam kalangan kanak. Faktor persekitaran juga memainkan peranan dalam pembentukan rabun.

Tetapi pembentukan kornea mata atau struktur mata dipengaruhi oleh maklumat dalam genetik yang mengekod dalam sel nukleus. Jika terdapat masalah pada genetik atau gene yang mengawal pembentukan struktur mata  semasa pembahagian sel (cell division) berkemungkinan besar anak yang dilahirkan akan mempunyai masalah mata. 

Contohnya, ibu bapa yang sihat (tiada masalah rabun) mempunyai bola mata yang normal, kornea yang rata dan retina yang baik menyebabkan pantulan cahaya dalam mata dalam keadaan baik menghasilkan imej objek yang jelas dan terang . Sebaliknya, anak yang mempunyai kornea yang tidak sekata menyebabkan pantulan cahaya tidak sempurna dan imej yang terbentuk tidak jelas . 

Terdapat maklumat genetik (gene) boleh berubah-ubah mengikut situasi (polygenic). Sebagai contohnya, jika anda mempunyai kulit yang cerah dan anda berjemur di bawah sinaran matahari hasilnya kulit anda akan sedikit gelap.

Selain itu, WHO juga mengatakan masalah rabun jauh (nearsighted) atau rabun dekat (nearsightedness) juga berpunca daripada persekitaran. Mereka yang tidak meluangkan masa yang banyak di luar rumah untuk melakukan aktiviti di luar menyebabkan masalah rabun berlaku.

Punca-punca rabun

Perkara ini berlaku disebabkan pada struktur bebola mata. Jika kita lihat mekanisme bagaimana imej terbentuk bermula daripada cahaya memasuki mata melalui kornea mata. Cahaya tersebut akan dibiaskan dan menumpu kepada kawasan retina mata. Terdapat receptor yang akan menerima maklumat objek yang kita lihat di retina. Seterusnya, otak akan menafsir dan menterjemah maklumat tersebut. 

Kebiasaannya, terdapat dua masalah yang dialami oleh individu yang mengalami masalah rabun iaitu:

  • Bebola mata terlalu panjang atau pendek
  • Kornea terlalu melengkung

Masalah ini akan menyebabkan cahaya tidak difokuskan ke kawasan retina secara tidak langsung imej yang dihasilkan adalah kabur.

1.Struktur mata individu yang mempunyai rabun dekat

 2. Struktur mata individu yang mempunyai rabun jauh

Mitos

1. Jangan melihat televisyen dekat sangat nanti rabun!

Anda mungkin pernah ditegur oleh ibu bapa agar tidak menonton televisyen dalam jarak yang dekat kerana mata anda akan rabun. Faktanya, jika anak anda melakukan perbuatan sedemikian berkemungkinan anak anda mempunyai masalah mata. Jika tidak mengapa mereka berbuat perbuatan tersebut.

2. Jangan baca buku pada waktu gelap (cahaya samar) !

Menurut Dr. Richard , seorang pakar Oftalmologi mengatakan bahawa apabila anda membaca dalam keadaan cahaya yang samar  menyebabkan mata akan bekerja keras untuk menyerap cahaya secara maksimum untuk menghasilkan imej yang jelas. Hasilnya, mata anda kurang berkedip secara tidak langsung mata akan kepenatan dan mata menjadi merah serta kering. Tambahan pula, tiada bukti saintifik membuktikan jika anda melakukan sedemikian akan menyebabkan rabun. Sebagai langkah pencegahan, titis mata dengan pelembap mata bagi mengelakkan mata menjadi merah. Selain itu, hidupkan lampu atau anda perlulah mencari pencahayaan yang baik semasa anda membaca buku agar mata dalam keadaan yang baik.

3. Jangan guna komputer atau handphone pada masa yang lama.

Anda mungkin pernah mengalami mata menjadi merah , sakit belakang atau penglihatan berganda. Ini merupakan simptom Computer Vision Syndrome (CVS). Penggunaan komputer yang lama menyebabkan mata anda penat dan tidak selesa. Cahaya komputer atau handphone yang mempunyai cahaya biru (blue light) menambahkan lagi mata anda menjadi penat. Tiada bukti saintifik lagi mengatakan bahawa rabun atau kataraks mata boleh berlaku. Tetapi, jika CVS berterusan maka produktiviti anda akan berkurang disebabkan pelbagai sakit belakang dan leher berlaku.

4. Guna Kaca mata lubang-lubang

Ada yang mengatakan penggunaan kacamata lubang-lubang ini dapat menyembuhkan daripada masalah rabun. Sebenarnya tidak. Ia hanya dapat membantu mereka yang mengalami astigmatism(silau) sahaja

Kaca mata berlubang yang dikatakan membantu dalam rabun tetapi ianya mitos

Lobak Merah dah makan banyak tapi sama je?

Lobak merah atau carrot mempunyai khasiat yang tinggi untuk menyembuhkan masalah mata. Lobak merah yang kaya beta- carotene sebagai precursor Vitamin A membantu dalam mengurangkan rabun jauh atau dekat. Vitamin A boleh juga diperolehi daripada sayur-sayuran, buah oren, tembikai dan sebagainya. Mereka yang mempunyai masalah mata seperti kataraks boleh mengambil Vitamin A dalam kadar yang betul. Jika anda mengambil carrot dalam kuanti yang banyak tetapi ia tidak membantu dalam masalah mata kerana anda perlu mengetahui penyakit yang hidapi .Bukan semua masalah mata boleh mengambil lobak merah sebagai jalan penyelesainnya.

Rawatan Rabun

1. Laser

Kaedah untuk merawat rabun melalui pembedahan secara umumnya diistilahkan sebagai pembedahan pembetulan refraksi. Rawatan yang kerap diaplikasikan dalam rawatan menggunakan laser adalah laser eksimer yang membuat pembetulan pada lapisan kornea.

Pelbagai kaedah pancaran laser eksimer melalui teknik pembedahan yang berbeza seperti photorefractive keratectomy, laser in-situ keratomileusis, laser- assisted subepithelial keratectomy, epithelial laser in-situ keratomileusis dan small incision lenticule extraction.

Teknik tersebut digunakan bagi membantu dalam membetulkan kornea. Rawatan laser juga antara rawatan yang mempunyai kos yang tinggi dan memberi hasil yang cepat serta bagus. Kebiasaannya, mereka yang menjalani rawatan ini akan diberitahu untuk memakai cermin mata hitam bagi mengelakkan sinaran matahari yang akan memberi masalah kepada mereka

2. Cermin mata

Cermin mata merupakan kaedah yang paling mudah yang diambil oleh mereka yang mempunyai masalah rabun jauh dan dekat. Pemakaian cermin mata membantu dalam membetulkan biasan cahaya yang perlu difokuskan  pada kawasan yang betul iaitu di retina. Berikut merupakan kanta yang digunakan dalam merawat masalah rabun:

  1. Kanta cekung (rabun jauh)
  2. Kanta cembung (rabun dekat)
  3. Kanta silinder untuk astigmatisma (silau).

3. Kanta lekap

Selain daripada pemakaian cermin mata, ada segelintir masyarakat menggunakan kanta lekap yang kian popular pada masa ini. Di pasaran sekarang, kanta lekap boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu yang keras dan lembut. Kebiasaanya, kanta lekap yang lembut sering digunakan kerana struktur yang lembut memberi keselesaan kepada pemakai.

Optometrik (mereka yang mahir tentang mata) akan membuat beberapa saringan mata untuk menentukan kuasa kanta lekap mengikut minus mata tersebut menggunakan slitlamp. Langkah ini sangat penting kepada pemakai bagi memberi keselesaan dan kesesuaian mata apabila menggunakan kanta lekap.

Terdapat langkah penjagaan dan limitasi seseorang apabila menggunakan kanta lekap:

  1. Kanta lekap yang dipakai buang perlu memakai dalam tempoh tertentu sahaja.
  2. Ulser kornea akan berlaku sekiranya melebihi tempoh yang ditetapkan,
  3. Mudah tertinggal jika tidak dipakai dengan betul

Kanta lekap separa keras akan digunakan dalam rawatan rabun jika struktur kornea rosak atau bermasalah. Kanta lekap ini digunakan untuk membentuk permukaan kornea yang rosak. Kanta ini juga berbeza dari segi waktu pemakaiannya kerana kanta ini perlu dipakai semasa tidur pada waktu malam dan menanggalkan apabila telah bangun tidur. Optimetris sangat penting bagi memantau perkembangan mereka yang memakai kanta lekap ini bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Rujukan: 

  1. Hidayah. (2019). The Malaysian Gazette: Bolehkah Rabun Diubati?. Diperoleh daripada https://www.mmgazette.com/bolehkah-rabun-diubati-diana-mohamed-optometris/
  2. Naidoo K.S., Leasher J., Bourne R.R. (2016)  Global vision impairment and blindness due to uncorrected refractive error, 1990–2010. Optom Vis Sci. 93(3), 227–234
  3. National Eye Institute: “Facts About Refractive Errors,” “Facts About Myopia.”
  4. Sherwin JC, Khawaja AP, Broadway D et al. (2012). Uncorrected refractive error in older British adults: the EPIC-Norfolk Eye Study. Br. J. Ophthalmol. 96(7), 991–996.
  5. Zhu G, Hewitt AW & Ruddle JB . (2008). Genetic dissection of myopia: evidence for linkage of ocular axial length to chromosome 5q. Ophthalmology 115(6), 1053–1057.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.