Mandi Guna Air Panas atau Air Sejuk?

Mandi air panas atau air sejuk

Setiap hari kita akan membersihkan badan kita menggunakan air. Sesetengah orang akan menggunakan mandian air panas (shower) semasa mandi manakala sesetengah orang akan memilih mandian air sejuk.

Sebenarnya, kedua-dua tersebut mempunyai kelebihan yang tersendiri mengikut situasi yang berbeza. Walaupun perkara ini seperti tidak dipandang serius oleh masyarakat tetapi penggunaan air panas semasa mandi akan memberi kesan kepada kesihatan badan sama ada fizikal dan dalaman.

Kebaikan Mandi Air Sejuk (26-28°C)

1. Membantu dalam menurunkan berat badan

Apabila anda mandi menggunakan air yang sejuk menyebabkan suhu badan menurun dengan secara beransur disebabkan haba yang hilang ke persekitaran. Hal ini menyebabkan, badan akan bertindak balas dengan perubahan suhu badan yang akan dikesan oleh otak. Jadi, lemak dan tenaga di dalam badan akan digunakan untuk memanaskan badan anda pada suhu yang normal.

Mereka yang menetap di kawasan sejuk seperti kutub utara dan negara yang sejuk memerlukan lemak yang banyak yang dapat diperolehi daripada makanan. Lemak tersebut akan dibakar untuk memanaskan badan mereka.

Anda juga boleh disyorkan untuk mandi seawal 4 pagi hingga 6 pagi bagi mendapatkan manfaat langsung daripada suhu persekitaran.

Tetapi mandi sejuk ini bukanlah cara yang disarankan untuk menurunkan berat badan. Pemakanan dan juga senaman tetap menjadi cara yang paling berkesan untuk menurunkan berat badan.

2. Meningkatkan mood

Melalui beberapa kajian yang dilakukan oleh saintis, apabila mandi air sejuk perubahan suhu tersebut akan dikesan oleh receptor pada kulit. Receptor akan menghantar impuls ke otak untuk merembeskan hormone oksitoksin. Hormon ini membantu dalam menaikkan mood anda serta dapat mengurangkan kemurungan terutama dalam kalangan pelajar.

Terdapat sebuah kajian mengatakan bahawa mandi selama 5 minit sebanyak 2-3 kali seminggu dapat membantu masalah kemurungan. Ini kerana ia mampu merembeskan satu hormon yang menyebabkan rasa gembira iaitu endorphine.

3. Mengurangkan masalah jerawat

Seperti kita ketahui, liang pori yang besar menyebabkan pelbagai bakteria serta habuk akan memasuki liang pori. Ini akan menyebabkan pori tersumbat dan terhasilnya jerawat. Apabila anda menggunakan air sejuk secara tidak langsung liang pori anda akan mengecil bagi mengelakkan kehilangan haba yang banyak daripada badan. Liang pori yang kecil dapat mengelakkan kotoran atau organisma masuk melalui liang pori. Seterusnya, kulit akan tegang disebabkan tindak balas air sejuk tersebut.

4. Membantu mengurangkan sakit otot lepas bersenam

Dengan menggunakan air sejuk ketika mandi, anda boleh mengurangkan rasa sakit otot disebabkan senaman yang berlebihan

Kebaikan Mandi Air Panas (32.2-43.3 °C)

1. Membunuh bakteria

Setiap badan kita pelbagai bacteria serta kotoran yang mehinggap badan kita. Justeru itu,  mandian nair panas yang mempunyai suhu yag tinggi dapat merencat pertumbuhan dan aktiviti bacteria tersebut. Pada suhu yang tinggi, bacteria akan mengalami ‘denature” disebabkan suhu persekitaran yang tinggi yang berlebihan daripada suhu yang normal untuk produktiviti bacteria. Keimunan diri anda juga akan meningkat.

2. Merehatkan otot dan tidur lena

Seharian anda melakukan aktiviti menggunakan oto menyebabkan otot anda berasa lesu dan penat. Mandian air panas dapat membantu masalah ini. Otot badan akan mengembang disebabkan suhu yang tinggi akan melegakan kelesuan pada otot anda. Jadi, anda akan berasa tenang dan nyaman. Kualiti tidur anda akan berasa lebih lena kerana otot anda mengembang dan berehat pada masa tersebut. Badan juga akan menjadi segar apabila bangun dari tidur.

3. Membantu pengaliran darah

Suhu air yang tinggi menyebabkan salur darah anda akan mengembang mendekati permukaan kulit anda untuk mengurangkan haba yang masuk ke dalam badan dikenali sebagai vasodilatan. Salur darah yang mengembang mempunyai jumlah luas permukaan yang besar membantu dalam pengaliran darah ke jantung. Hal ini dapat mengalakkan pengaliran darah yang mempunyai mendapan plak atau kolestrol di dinding salur darah secara tidak langsung mengelakkan daripada serangan jantung. 

4. Menguatkan memori dan saraf otak

Kajian yang dilakukan pada tahun 2018, menyatakan bahawa kesan air panas akan mencetus penghsilan neurotropic yang berasal dari otak. Brain-derived Neurotrophic Factor (BDNF) adalah protein yang memainkan peranan yang penting kepada fungsi otak dan saraf tunjang. BDNF ini akan mengalakkan penghasilan sel saraf serta perkembangan sel saraf dan menguatkan memori. Mandian air panas juga dapat menambahkan focus pelajar dalam kelas.

Langkah berjaga-jaga:

  • Berisiko untuk mengalami luka melecur jika air mandian terlalu panas. Oleh itu, rasa suhu air terlebih dahulu sebelum mandi.
  • Mandian air panas boleh menyebabkan kegatalan. Terdapat sel di dalam badan kita yang merembeskan histamine menyebabkan keradangan dan kulit akan menjadi merah dan gatal.
  • Penyakit yang berkaitan kulit tidak digalakkan mandi air panas seperti eczema.
  • Kulit akan menjadi kering kerana lapisan keratin telah dimusnahkan yang berperanan memerangkap kelembapan secara tidak langsung kelembapan pada kulit tidak dapat dikekalkan.

Rujukan:

  1. Kojima D., Nakamura T., Banno M., Umemoto Y., Kinoshita T., Ishida Y. & Tajima F. (2017). Head-out immersion in hot water increases serum BDNF in healthy males. Journal of Science. 3(4), 12-15
  2. Mooventhan A. & Nivethitha L. (2002). Scientific evidence-based effects of hydrotherapy on various systems of the body. Journal of Medical Science. 2(1), 199–209

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.