Kleptomania – Ketagihan Mencuri Kerana Gangguan Mental?

kleptomania

Aku dapat idea menulis tajuk ni sebab tengok drama korea ‘The World of the Married’, menceritakan tentang seorang remaja lelaki mengalami masalah emosi yang tidak stabil kerana emak dan ayah dia bercerai dan dia mula ketagih mencuri sejak itu. Masalah ini dikenali sebagai Kleptomania.

Apa Itu Kleptomania?

Kleptomania adalah ganguan mental serius yang jarang berlaku dan diletakkan di dalam kumpulan gangguan kawalan implus (Impulse Control Disorder) kerana wujudnya dorongan atau godaan yang tidak diingini yang sangat kuat untuk mencuri sehingga tidak mampu menahan diri.

Tanda-Tanda Kamu Menderita Kleptomania

Jika kamu mempunyai sepuluh simptom ini kamu sedang menderita kleptomania, iaitu:

  1. berasa sangat tertekan, gelisah dan teransang untuk mencuri sebelum mencuri;
  2. terpaksa mencuri kerana tidak dapat menahan diri;
  3. mencuri bukan kerana memerlukannya atau untuk kemewahan diri;
  4. berasa tenang, lega, nikmat dan puas selepas mencuri tetapi pada masa yang sama berasa malu, bersalah, menyesal, benci kepada diri sendiri dan takut ditangkap kerana sedar dan tahu mencuri adalah perbuatan yang salah;
  5. mencuri secara bersendirian dan secara spontan tanpa dirancang di tempat awam;
  6. barang yang dicuri tidak akan digunakan, hanya disimpan atau diberi kepada orang terdekat;
  7. barang yang dicuri tidak berharga atau bernilai;
  8. barang yang dicuri akan dikembalikan ke tempatnya secara senyap;
  9. dorongan untuk mencuri bukan dipengaruhi oleh halusinasi, delusi, marah, membalas dendam atau dicabar; dan
  10. keinginan untuk terpaksa mencuri tengelam timbul bermaksud sekejap ada sekejap hilang dan berulang-ulang.

Kenapa Kamu Menderita Kleptomania dan Apakah Penyebabnya?

Ada tiga faktor utama kenapa masalah ini berlaku, iaitu:

1. Genetik

Kleptomania muncul kerana berlaku ganguan pengeluaran zat kimia di dalam otak di mana kurangnya pengeluaran hormon serotonin (hormon untuk mengawal keseimbangan emosi) dan terlebihnya pengeluaran  hormon dopamin (hormone yang membuat seseorang itu berasa senang atas perbuatanya dan cenderung ketagihan). Selain itu, masalah ini juga berlaku kerana ketidakseimbangan sistem opioid otak yang menyebabkan keinginan untuk mencuri tidak dapat ditahan.

2. Sejarah Penyakit Mental

Sebelum menderita masalah ini pesakit selalunya mempunyai sejarah gangguan mental yang lain seperti kemurungan, kegelisahan, kecelaruan personaliti atau gangguan bipolar.

3. Sejarah Keluarga

Salah seorang keluarga terdekat menderita penyakit kleptomania atau gangguan mental yang lain atau keluarga yang bermasalah dengan ketagihan alkohol atau dadah.

Cara Rawatan

Ada dua jenis rawatan iaitu melalui perubatan atau terapi.

1. Perubatan

Masih belum ada ubat yang khusus untuk merawat kleptomania. Selalunya doktor akan berikan ubat anti-kemurungan seperti Selective Serotonin Reuptake Inhibitor (SSRI), fluoxetine, fluvoxamine, paroxetine atau sertraline, kesemua ubat jenis ini berfungsi untuk merangsang pengeluaran hormone serotonin untuk menstabilkan emosi.

Ubat Opiniod Antagonist juga akan digunakan untuk mengurangkan rasa keinginan untuk mencuri dan meningkatkan rasa cemas selepas mencuri.

2. Terapi

Pelbagai jenis terapi akan digunakan salah satunya seperti Terapi Tingkah Laku Kognitif (Cognitive Behavior Therapy), membantu penderita kleptomania mengenal tingkah laku yang buruk dan mengantikan dengan tingkah laku yang baik. Selain itu Terapi Pemekaan Rahsia (Covert Sensitization Therapy), penderita masalah ini akan dibayangkan sedang mencuri dan melihat akibat dari mencuri.

Kesimpulannya, remaja berisiko tinggi untuk terkena dan walaupun kleptomania jarang berlaku ia adalah penyakit yang sangat serius, akan memberi kesan negatif kepada penghidap dan orang sekelilingnya jika tidak dirawat dengan segera. Kenali dari awal dan segera rawat.

Rujukan

  1. Alodokter.com (27 Ogos 2018). Tanda-Tanda Mengidap Kleptomania dan Cara Mengatasinya.
  2. Alodokter.com (24 Mei 2018). Kleptomania.
  3. Halodoc.com (21 November 2019). Kleptomania.
  4. Klikdokter.com (n.d). Kleptomania.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.