Bagaimana keracunan karbon monoksida boleh berlaku di dalam kereta?

Bagaimana keracunan karbon monoksida boleh berlaku dalam kereta

Kita dikejutkan dengan kematian 3 orang pelajar farmasi disebabkan keracunan karbon monoksida. Manakala. 1 orang lagi rakannya dalam keadaan kritikal.

Kejadian ini berlaku apabila 4 sahabat ini dalam perjalanan pulang ke rumah mereka selepas pergi ke Pulau Jerejak. Dalam perjalanan pulang mereka berhenti di stesen minyak untuk berehat sebelum ditemui tidak sedarkan diri.

Pada ketika dijumpai oleh ayah salah seorang mangsa di stesen minyak tersebut, didapati enjin kereta masih terbuka dan 4 mangsa ketika itu dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Mereka telah disahkan keracunan karbon monoksida dan ia berkemungkinan disebabkan masalah pada kereta tersebut.

Kami ucapkan takziah terlebih dahulu kepada ahli keluarga yang terlibat.

Apa itu Karbon monoksida?

Karbon monoksida ini adalah satu kompoun yang terdiri daripada satu unsur karbon dan satu unsur oksigen. Panggilan pendeknya adalah CO. Ia adalah gas yang tidak berbau, tidak mempunyai rasa, tidak mempunyai warna dan sangat beracun.

Gas ini dihasilkan apabila terdapat pembakaran yang tidak sempurna sebagai contoh pembakaran dalam enjin kereta.

Pembakaran yang sempurna sepatutnya menghasilkan gas karbon dioksida iaitu CO2.

Seperti yang kita tahu, sesuatu pembakaran itu memerlukan oksigen dan jika oksigen yang dibekalkan tidak cukup, maka terhasilah karbon monoksida.

Apa yang karbon monoksida lakukan pada badan kita?

Perlu diketahui bahawa oksigen dalam badan kita dibawa oleh satu struktur yang dikenali sebagai hemoglobin dalam darah merah. Ketika haemoglobin ini membawa oksigen ia dipanggil sebagai oxyhaemoglobin.

Oxyhemoglobin ini akan membawa oksigen daripada paru-paru kemudian melepaskan di tisu badan untuk digunakan oleh sel. Ia juga mengangkut sebahagian karbon dioksida untuk dilepaskan melalui paru-paru.

Akan tetapi apabila karbon monoksida ini memasuki paru-paru dan masuk ke dalam darah, ia akan melekat pada darah tersebut dan membuatkan fungsi pengangkutan oksigen tersebut menjadi tidak berfungsi. Pada keadaan ini haemoglobin dipanggil sebagai carboxyhaemoglobin

Apa yang bahayanya adalah karbon monoksida ini akan mengubah struktur haemoglobin menyebabkan ia boleh menarik oksigen pada haemoglobin tersebut tetapi tidak melepaskannya. Bermaksud ia mengganggu darah untuk membawa oksigen ke bahagian badan yang lain dan merosakkan haemoglobin tersebut.

Bahkan lagi teruk apabila kemampuan karbon monoksida ini untuk melekat pada haemoglobin adalah 200 kali lebih berkesan berbanding oksigen. Ini bermaksud, jika= udara ini bercampur oksigen dan karbon monoksida, maka darah merah atau haemoglobin lebih mudah bergadung dengan karbon monoksida berbanding oksigen.

Apakah simptom-simptom keracunan karbon monoksida?

Simptom-simptom yang boleh dialami oleh mereka yang mengalami keracunan gas ini adalah:

Mereka yang mengalami keracunan karbon monoksida ketika tidur adalah lebih berbahaya kerana pada ketika itu meraka mungkin tidak menunjukkan sebarang simptom-simptom tersebut.

Apakah yang menyebabkan keracunan karbon monoksida di dalam kenderaan?

Menurut artikel yang ditulis oleh Dr Greiner berkenaan keracunan karbon monoksida disebabkan kenderaan, dia telah menyenaraikan beberapa punca iaitu:

  • Kenderaan tersebut mengalami masalah pada bahagian ekzos
  • Memandu kereta dengan bahagian bonet yang terbuka
  • Memandu kereta atau menggunakan kereta dimana badan kereta tersebut berlubang
  • Memanaskan kereta di dalam garaj
  • Membiarkan enjin kereta terbuka dalam bangunan yang tertutup

Oleh itu, jika keracunan gas ini berlaku pada tempat yang terbuka ia mungkin disebabkan

1. Sistem ekzos mengalami masalah

Pembakaran minyak petrol di dalam enjin akan menghasilkan gas karbon monoksida dalam jumlah yang sangat tinggi. Tetapi gas ini tidak terus dikeluarkan daripada kereta. Ia akan memasuki salah satu bahagian di bahagian ekzos yang dinamakan sebagai Catalytic Converter.

Bahagian ini akan menukarkan gas karbon monoksida kepada karbon dioksida dan menyebabkan perlepasan karbon monoksida dalam udara menjadi rendah. Kebanyakan kereta pada zaman sekarang wajib mempunyai bahagian ekzos ini untuk mengurangkan pencemaran

Akan tetapi jika terdapat kebocoran pada saluran sebelum gas tersebut masuk ke bahagian Catalytic converter, maka kereta tersebut boleh melepaskan gas karbon monoksida dengan kuantiti yang tinggi.

2. Terdapat lubang pada bahagian kereta

Lubang pada mana-mana bahagian kenderaan atau bahagian bawah kenderaan akan membenarkan udara dari luar masuk ke dalam ruang dalam kereta. Perkara ini selalunya berlaku pada kereta yang telah lama atau pernah mengalami kemalangan.

Jika terdapat kebocoran gas daripada bahagian ekzos dan juga lubang pada bahagian bawah atau sisi kereta, ini akan menyebabkan gas karbon monoksida ini boleh memasuki ruang dalam kereta dan menyebabkan merela yang duduk di dalam kereta tersebut mengalami keracunan.

Apa yang perlu anda buat untuk mengelakkan keracunan ini?

Perkara yang paling mudah untuk mengelakkan masalah ini adalah jangan tidur atau berehat di dalam kereta dengan enjin yang terbuka. Jika boleh tutuplah enjin kenderaan ketika anda ingin berehat.

Sentiasa peka dengan bau dalam kereta anda. Betul karbon monoksida tidak berbau, tetapi gas yang bercampur dengan gas karbon monoksida melalui pembakaran enjin selalunya mempunyai bau. Secara mudahnya jika dalam ruang kenderaan anda berbau asap, mohon bawa ke bengkel atau pusat servis untuk pemeriksaan.

Kesimpulan

Kematian disebabkan keracunan karbon monoksida ini adalah suatu perkara yang selalu berlaku di dalam negara mahupun diluar negara.

Akan tetapi perlu diketahui bahawa kita boleh mengelakkannya dengan mengamalkan perkara yang mudah seperti yang telah diterangkan di atas.

Penulis:

Dr Latif Saad.

Rujukan:

  1. Mayoclinic – Carbon Monoxide
  2. T.H. Greiner, Ph.D, Carbon Monoxide Poisoning: Vehicles (AEN-208), Iowa State University Department of Agricultural and Biosystems Engineering.
  3. NHS – Carbon Monoxide Poisoning

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.