Pertanian Organik: Adakah Ia Meningkatkan Nilai Makanan Anda?

pertanian organik

Permintaan untuk makanan yang dihasilkan secara perladangan organik semakin meningkat samaada di dunia dan Malaysia. Faktor ini adalah disebabkan oleh penggunaan bahan kimia dalam penghasilan tanaman adalah minimum dan tidak memberi kesan kepada persekitaran.

Banyak kajian yang telah dilakukan menunjukan bahawa makanan yang dihasilkan secara organik mempunyai kandungan nutrient yang lebih tinggi dari makanan yang dihasilkan daripada kaedah konvensional. Dengan itu, mengapa terdapat perbezaan antara nilai makanan berasaskan organik dengan konvensional?

Mengapa Pengguna Memilih Makanan Berasaskan Organik dengan Konvensional?

Antara sebab utama pengguna lebih tertarik kepada makanan berasaskan organik adalah kerana mereka mementingkan kesihatan. Dengan itu, pengguna organik ini telah di bahagikan kepada 3 kumpulan iaitu:

  1. Pengguna yang mementingkan kesan kepada persekitaran.
  2. Pengguna yang mementingkan tentang sisa bahagian kimia di dalam makanan.
  3. Pengguna yang percaya yang premium produk perlu lebih baik dan mempunyai rasa yang baik.

Tetapi antara sebab lain yang menyebabkan ada pengguna tidak membeli makanan berasaskan organik adalah kerana:

  1. Harganya yang terlalu mahal
  2. Ketersediaan dan kekurangan masa untuk mencari kedai runcit apabila produk organik tidak mudah didapati di pasar raya.
  3.  Pembelian makanan semasa
  4. Tidak menganggap makanan organik lebih baik
  5. Tidak mengenal istilah ‘organik’, sistem pensijilan dan logo organik.

Nilai Nutrisi Sumber Tumbuhan Dari Organik dan Konvensional

Banyak kajian yang telah dilakukan membuktikan terdapat perbezaan nilai pemakanan yang ditanam secara organik dan konvensional. Dua perkara yang diambil perhatian untuk membuat perbandingan adalah dengan melihat:

1. Analisis kimia makanan organik dan konvensional yang dibeli dari peruncit

Salah satu kaedah terbaik untuk mengetahui kandungan nutrisi di dalam makanan berasaskan adalah dengan mendapatkan dari peruncit.

Kajian terbaru yang dijalankan oleh Organic Retailers and Growers Association of Australia (ORGAA) telah membuktikan bahawa sayur-sayuran organik ini seperti kekacang, tomato dan capsicum yang telah di sampel di kedai organik yang telah di sahkan mempunyai kandungan mineral yang tinggi berbanding dengan sayuran organik yang dibeli dari pasaraya biasa. Tetapi, antara perkara menarik yang perlu diberi perhatian adalah tiada perbezaan yag ketara pada Vitamin C dan karotene di dalam sayur-sayuran tersebut.

2. Kesan rawatan baja yang berbeza terhadap kualiti tanaman

Penggunaan baja memberi kesan kepada komposisi kepada tanaman.  Penekanan yang besar telah diberikan kepada pengaruh baja nitrogen terhadap nilai dan hasil pemakanan tanaman. Majoriti kajian menunjukkan bahawa semakin tinggi jumlah nitrogen yang ada pada tanaman, semakin tinggi pengambilannya dan sebagai akibatnya semakin tinggi nitrogen dan kandungan nitrat tanaman.

Faktor lain yang boleh mempengaruhi komposisi tanaman, dan untuk alasan ini, selalunya sukar untuk mengasingkan kesan baja. Faktor utama yang dapat mempengaruhi nilai pemakanan tanaman termasuk:

  1. Genetik
  2. Alam sekitar
  3. Jenis dan struktur tanah
  4. Jenis baja dan kaedah aplikasi
  5. Iklim – cahaya, suhu, hujan, kelembapan 
  6. Populasi mikroba tanah
  7. Amalan pengurusan – contohnya, penggiliran tanaman, penggunaan racun perosak, Pengairan, pengatur pertumbuhan, amalan penanaman
  8. Amalan pasca menuai • masa penuaian (kematangan tanaman) • pengendalian dan penyimpanan • kaedah dan keadaan pemprosesan.

Secara keseluruhan, kajian perbandingan baja menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya dalam beberapa keadaan penggunaan baja organik boleh menyebabkan kadar nitrat yang lebih rendah pada beberapa tanaman dan beberapa kultivar berbanding ketika menggunakan baja mineral yang lebih larut.

Kesimpulan

Oleh itu, pertanian organik kini menjadi pilihan sesetengah pengguna kerana kandungan nilai makanan tersebut memberi kesan kepada kesihatan mereka, walaupun harga makanan berasaskan organik adalah mahal dan premium.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

three + 10 =

Open

Close