Cara Tanam Tomato yang Mudah di Rumah

cara tanam tomato

"First planted tomatoes to fruit" by thriftyknitter

Bagaimanakah cara tanam pokok tomato yang mudah dan senang untuk anda lakukan di rumah anda? Artikel ini akan membincangkan perkara ini

Pengenalan

Tomato (Solanum lycopersicum) selalunya digunakan sebagai salad dan dalam masakan harian rakyat Malaysia. Tetapi ada juga varieti tomato boleh diproses untuk dihasilkan untuk tujuan pengetinan dan dijadikan puree, sos dan jus.

Secara amnya, komposisi nutrien untuk  setiap 100g tomato segar adalah:

  • Air: 93 ml
  • Kalori: 21
  • Protein: 1 g
  • Lemak: 0.2 g
  • Karbohidrat: 4 g
  • Serat 0.6 g
  • Mineral dan Vitamin

Jenis varieti

Antara varieti tomato yang popular di Malaysia adalah jenis bulat dan oblong.  

Jenis tomato tempatan pula adalah seperti L24 yang selalu ditanam di Cameron Highlands. Manakala varieti tomato untuk tanah rendah adalah seperti MT1, T11, Serdang 2 dan King Kong (F1).

Beli Benih Tomato Jenis F1

Cara tanam tomato yang betul

Tomato perlu disemai di dalam nurseri sebelum di tanam di kawasan. Benih yang digunakan perlu dari sumber yang disahkan dan tidak mempunyai tarikh luput. Ini adalah kerana, benih yang mempunyai tarikh luput tidak akan bercambah dan jika bercambah tidak akan menghasilkan buah yang terbaik.

1. Penyediaan tapak nurseri

Pemilihan tapak perlu jauh dari tanaman lain untuk mengurangkan risiko serangan serangga perosak dan penyakit dari tanaman tersebut. Pilih tapak yang mempunyai tanah yang subur dan tidak bertakung dengan air.

2. Tanah perlu dibuat sterilisasi

Tanah perlu di steril(dibersihkan) untuk membunuh serangga perosak dan penyakit yang akan memberi kesan kepada tomato. Anda perlu menyeteril tanah anda untuk mengurangkan serangan serangga nematod dan lain-lain penyakit tanah.

Antara kaedah yang paling mudah dan murah adalah kaedah matahari (sun method).

  • Pilih tempat yang menerima sinaran matahari sekurang-kurangnya selama 6-8 jam sehari.
  • Gunakan plastik jernih dan tutupkan lapisan tanah. Sebelum itu, sembur sedikit air untuk melembapkan tanah.
  • Biarkan kepada sinaran matahari selama 4 minggu.

3. Penyediaan tapak penanaman (seedbed)

Pastikan tapak penanaman tidak bertakung dengan air apabila penyiraman dilakukan.

4. Pembajaan tapak penanaman

Anda boleh meletakkan kompos ataupun baja di atas tapak penanaman. Anda boleh menabur kompos 3 kg per tapak penanaman. Selepas itu. Tanah perlulah disiram.

5. Semai benih

Semai benih di tempat yang menerima matahari sekurang-kurangnya 6 jam sehari. Benih di tanam 1 cm kedalaman 4 cm jarak antara benih dalam setiap baris.

Kira-kira 120-170g benih cukup untuk satu hektar. Ini akan memberi lebih kurang 14,000 tumbuh-tumbuhan sehektar apabila dipindahkan.

6. Penyiraman

Siram benih anda dua kali sehari pada minggu pertama penanaman pada waktu pagi dan petang. Dan diikuti dengan sekali penyiraman pada minggu kedua dan sekali dalam dua hari sehingga pemindahan benih ke tempat yang lebih besar.

7. Sungkupan

Tutup tapak penamaman dengan sungkupan untuk mengekalkan kadar lembapan tanah dan mengelakkan benih dari terbakar akibat sinaran matahari.

Tanam ke Kawasan Lebih Besar dan Terbuka

Tomato boleh hidup dalam pelbagai jenis tanah asalkan ditanam dalam tanah yang dalam (deep soil), mempunyai saliran air yang baik dan subur. Tanah yang terbaik adalah tanah tanah liat dan berpasir tanah liat.

Elakkan tomato ditanam bersama sayuran lain seperti terung, tembakau dan tanaman yang mudah terkena serangan penyakit.

1. Penyediaan tanah

Penyediaan tanah perlu dilakukan sebaik sahaja benih disemai. Ini adalah untuk mengelakkan benih akan terlebih matang di dalam tapak penanaman.

Tanah perlu di gembur dengan mengunakan cangkul dengan kedalaman 20 cm. Tabur kompos dengan kadar 10-20 t/ha iaitu 3 minggu sebelum di tanam. Pastikan kompos digaul dengan tanah.

2. Tanam

Benih perlu dipindahkan dari peringkat nurseri apabila benih berumur 4-6 minggu dengan purata ketinggian adalah 12 cm. Pemindahan benih perlu dilakukan pada waktu pagi ataupun petang.

Antara faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan apabila pemindahan benih dilakukan adalah:

  • Jangan membiarkan akar terdedah dengan pastikan ada sedikit tanah pada akar.
  • Pastikan akar diletakkan ke dalam tanah dengan lembut untuk mengelakkan akar rosak.
  • Letakkan abu kayu (ash) selepas penanaman dibuat untuk elakkan serangan semut dan anai-anai. Ia juga boleh dijadikan sumber kalium (K) yang bertanggungjawab untuk hasilkan buah yang berkualiti.

3. Siraman

Penyiraman perlu dilakukan selepas tanam dan 4-5 hari selepas itu. Penyiraman perlu dilakukan setiap 7 hari sekali dan kadar penyiraman perlu ditingkatkan apabila di peringkat pembungaan.

Jadual penyiraman adalah seperti berikut:

  • Hari tanam sehingga peringkat pembesaran- setiap 4 hari dengan kedalaman air sehingga 4 cm.
  • Selepas peringkat pembesaran- tingkatkan sehingga 8 cm kedalaman setiap minggu.

4. Pembajaan

Letakkan ammonium nitrate pada peringkat pertama pembungaan dengan kadar 100 kg/ha apabila buah bersaiz guli pada setiap 3 minggu. Letakkan baja 5 cm dari pangkal pokok. Penyiraman perlu diakukan selepas itu memastikan baja diserap oleh akar pokok.

5. Pancang (Trellising)

Pemagaran pada pokok tomato dilakukan untuk mengelakkan pokok dari terjatuh dan akan menyebabkan buah diserang oleh penyakit dan tikus.  Satu kayu pancang diletakkan satu pancang dalam satu baris dan ikat pada pokok.

6. Pemangkasan pucuk dan daun

Proses pemangkasan pucuk dan daun untuk mengalakkan pertumbuhan pucuk baru adalah tidak digalakkan.

7. Kebersihan

Terdapat beberapa amalan kebersihan yang perlu dilakukan untuk mengelakkan tanaman tomato anda rosak. Ia adalah:

  • Peralatan kebun perlu disteril dengan mengunakan 2% formalin jika pokok tomato anda diserang dengan penyakit.
  • Elakkan merokok di kawasan tanaman tomato.
  • Pastikan tangan di basuh sebelum memasuki kawasan nursery.
  • Buang anak benih yang diserang dengan penyakit.

Tuaian

Hasil tuaian adalah antara 75-100 t/ha. Terdapat empat peringkat pemetikan buah tomato yang bergantung kepada keperluan pasaran:

  • Buah berwarna kuning pucat- bertahan selama seminggu atau lebih bergantung kepada varieti.
  • Buah berwarna pink- akan masak dalam masa 4 hari atau lebih.
  • Peringkat pink- buah akan masak dalam masa 1-2 hari
  • Peringkat merah sepenuhya- di jual secepat mungkin.

Penggredan buah

Buang buah yang terkena serangan penyakit. Susun mengikut saiz, warna dan peringkat matang.

Penyimpanan

Tomato masak boleh disimpan selama 8-10 hari selepas tuai.

Diharapkan artikel cara tanam tomato ini dapat memberi manfaat kepada anda cara menanam yang betul di rumah ataupun di kebun anda.

Beli Benih Tomato Jenis F1

Artikel Berkaitan: Khasiat Tomato yang anda perlu tahu

Cara Tanam pokok lain yang anda perlu tahu:

DurianTembikaiLabu
Daun KesumBuah NagaLimau Purut
AvocadoUbi KeledekKangkung
KentangPisangTomato
Bayam BrazilTaugehPokok Cili
SeraiCendawanSawi
SaladNanas MD2Daun Sup
JagungBawang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

20 + 10 =

Open

Close