Skip to content

Cara Tanam Nanas MD2 Di Rumah

Terdapat pelbagai jenis nanas yang boleh ditanam. Di dalam artikel ini kami akan menceritakan berkenaan cara tanam nanas jenis MD2 yang anda boleh lakukan dilakukan di rumah.

Isi Kandungan
  1. Pengenalan
  2. Kengunaan dan nilai pemakanan
  3. Nanas Varieti MD2
  4. Cuaca
  5. Pembiakan
  6. Penghasilan buah dan Hasil
  7. Jarak dan Pemangkasan
  8. Tanah
  9. Penanaman Benih Nanas MD2
  10. Penjagaan nanas di rumah

Pengenalan


Nanas (Ananas comosus var. comosus) merupakan salah satu jenis buah yang paling banyak dihasilkan, di mana nanas berada di pilihan ketiga dalam penghasilan dunia selepas manga dan pisang. Nanas menjadi pilihan utama ditanam untuk memenuhi keperluan nutrisi dan penting untuk penghasilan buah segar.

Kegunaan dan nilai pemakanan


Nanas selalunya digunakan untuk segar, jus, pengeringan, digunakan dalam hidangan untuk dimasak dan sebagai pencuci mulut. Buah nanas ini mempunyai sumber yang baik daripada kalium, vitamin C dan vitamin A.

Nanas varieti MD2


Terdapat banyak jenis nanas, namun semakin banyak varieti buah segar yang biasa dijual di Malaysia termasuk MD2

Varieti MD2 ini selalunya biasa dijual di kedai runcit dan pasaraya di seluruh Malaysia. Secara amnya, daun terletak sekitar 3 kaki panjang (0.9 m), berat buah antara 1.3 – 1.8 kg dan mempunyai isi berwarna kuning. Buah adalah berbentuk cylindrical dan mempunyai kandungan gula yang tinggi, rendah kandungan asid dan kandungan vitamin C yang tinggi.

Cuaca


Musim sejuk. Nanas MD2 tidak dapat bertahan dengan suhu di bawah -2.0 ° C, dan suhu di bawah 15.5 ° C dan ke atas 32 ° C kerana keadaan ini boleh melambatkan pertumbuhan pokok. Dengan itu, suhu optimum untuk pertumbuhan yang baik adalah antara 20-30 ° C.

Ini adalah kerana, suhu yang terlalu sejuk akan menyebabkan kecederaan dingin (chilling injury) pada anak pokok. Selalunya daun muda bertukar warna putih atau merah, pokok seakan terbakar (scorch) dan isi buah akan mereput dan membusuk.

Musim kemarau. Nanas MD2 juga tidak dapat hidup dengan cuaca yang yang terlampau kering dan panas. Ini adalah kerana, keadaan ini akan menganggu pertumbuhan pokok dan mengurangkan pengeluaran buah.

Pembiakan


Nanas biasanya dibiak melalui pokok asal (mother plant). Terdapat empat jenis kaedah pembiakan nanas MD2 adalah melalui jambul, sulur tangkai, dan sulur angin, sulur tanah.

Penghasilan buah dan hasil


Dari penanaman sehingga tuaian, buah akan dihasilkan dari 14 hingga 16 bulan.

Jarak dan Pemangkasan


Untuk pertumbuhan nanas yang baik adalah dengan menanam di kawasan yang mempunyai cahaya matahari yang penuh. Dengan itu, pilih kawasan yang mempunyai sekurang-kurangnya 5 kaki (1.5 m) jauh daripada pokok, bangunan dan struktur lain di mana teduhan minimum berlaku.

 Jarak antara induvidu nanas antara dari 21 – 91 cm. Secara umum, jarak yang lebih luas di kalangan pokok akan menghasilkan pengeluaran buah yang lebih besar.

Untuk menggalakkan penghasilan buah yang cepat dan pengingkatan saiz buah, anda perlu membuang semua jenis sulur semasa pertumbuhan pokok.

Tanah


Nanas MD2 hidup subur dalam keadaan tanah berpasir dan berlempung (loam) dan tanah yang mempunyai sistem saliran air yang baik.

Cara Tanam Benih Nanas MD2


Cara tanam yang betul adalah salah satu langkah yang paling penting untuk menghasilkan nanas MD2 yang berkualiti.

1. Pemilihan Tempat Penanaman

Secara amnya, nanas perlu ditanam di bawah sinaran matahari yang penuh untuk pertumbuhan dan pengeluaran buah yang terbaik.

Pilih tempat yang jauh dari pokok besar dan struktur bangunan lain.

Pilih tempat yang tidak banjir selepas hujan.

2. Tanam di Dalam Tanah Berpasir

Jika anda mempunyai tanah yang berpasir, buatkan lubang yang besar untuk menguraikan tanah untuk memudahkan pertumbuhan akar di dalam tanah.

3. Ditanam di dalam Bekas

Tumbuhan nanas juga boleh diadaptasi untuk ditanam di dalam bekas.

Pilih bekas yang mempunyai saiz antara 11-hingga 26-liter dan lubang pengairan.

Semakin besar bekas tanaman digunakan, semakin besar potensi untuk mendapat pertumbuhan pokok yang besar dan buah yang besar.

Pastikan bekas yang digunakan mempunyai sistem pengairan yang baik dan mempunyai kedalaman lebih satu inci (2.5 cm).

Penjagaan Nanas di Rumah di Rumah


Pembajaan

Aplikasi melalui tanah. Campuran baja campuran yang mengandungi 6 hingga 10% nitrogen (N), 6 hingga 10% fosforus (P), 6 hingga 10% kalium (K), dan 4 hingga 6% Magnesium (mg) memberi hasil yang memuaskan dengan (Jadual 2). Pokok perlu diletakkan sebanyak 29-30 g per pokok setiap 4 minggu untuk meningkatkan pertumbuhan pokok (Jadual 2).

Sungkupan

Sungkupan perlu dilakukan untuk mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan masalah rumpai dan memperbaiki struktur tanah.

Sungkupan boleh dilakukan dengan meletakkan 7.6 – 15 cm dari pangkal pokok.

Pemancang

Pemancang diperlukan jika buah yang terhasil adalah berat dan menyebabkan tangkai menjadi bengkok ataupun pecah. Ini akan menyebabkan sebelah buah akan menjadi sunburn dan perlahan-lahan pembentukan buah adalah tidak normal.

Pendebungaan (Hormoning)

Kajian menunjukkan bahawa anak pokok nanas yang besar berpontensi untuk menghasilkan buah yang besar. Membuang sulur yang ada pada pokok akan meningkatkan kadar pertumbuhan nanas dan mengurangkan masa untuk menjadi cukup besar untuk mendorong berbunga dan menghasilkan buah yang besar.

Saiz pertumbuhan nanas yang sesuai untuk diransang penghasilan pendebungaannya adalah antara 8 hingga ke 9 bulan selepas hari penanaman. Dengan itu, penggunaan hormone seperti ethrel adalah galakkan. Pastikan bancuhan hormon tersebut disembur pada bahagian tengah-tengah daun dengan kadar 50-100 ml per pokok.

Serangga

Koya (mealybug). Koya menyerang bahagian daun dan sistem akar tumbuhan nanas dan boleh menyebabkan sistem pokok nanas akan lemah dengan mengurangkan penghasilan buah. Kawalan semut adalah salah satu kaedah untuk mengurangkan serangan koya.

Penyakit

Contoh serangan penyakit yang selalu ditemui pada anak pokok nanas adalah dari Phytophthora dan spesies Pythium yang menyerang dan memusnahkan akar sistem.

Kawalan utama adalah untuk digunakan adalah menggunakan bahan tanaman bebas penyakit dan elakkan kelembapan tanah yang berlebihan.

Serangan penyakit ini yang berterusan akan menyebabkan anak pokok mereput dan boleh merebak melalui dan menjangkiti buah.

Haiwan perosak

Serangan haiwan perosak seperti tupai selalu ditemui apabila di tanam di rumah.

Untuk Langkah pencegahan ini, tutup buah dengan kertas atau surat khabar.

Menuai, Penebangan dan Storan

Buah nanas MD2 boleh dituai apabila 1/3 hingga 2/3 kulitnya berubah dari warna hijau ke kehijuaun kuning.

Sebagai alternatif, buah boleh dituai pada peringkat akhir warna hijau pada buah.  

Buah yang telah dituai boleh di simpan pada suhu bilik (26 – 28 °C) sebelum penyejukbekuan.

 Secara umumnya, apabila ia sudah masak, buah boleh disimpan dalam peti sejuk selama seminggu.

Diharap artikel cara tanam nanas jenis MD2 ini dapat membantu penanaman anda di rumah

Beli Kultur Tisu Nanas MD2 di SINI untuk penanaman Nanas

Cara Tanam pokok lain yang anda perlu tahu:

Cara Tanam KesumCara Tanam Labu
Cara Tanam Limau PurutCara Tanam Tembikai
Cara Tanam DurianCara Tanam Tomato
Cara Tanam Bawang MerahCara Tanam Jagung
Cara Tanam NanasCara Tanam Daun Sup
Cara Tanam SaladCara Tanam Bayar Brazil
Cara Tanam CiliCara Tanam Pokok Kari
Cara Tanam SeraiCara Tanam Cendawan
Cara Tanam SawiCara Tanam Taugeh
Cara Tanam Pokok Buah Naga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 + 17 =