Cara Tanam Limau Purut yang Betul dan Mudah

cara tanam limau purut

Bagaimanakah cara tanam limau purut yang betul dan mendatangkan hasil? Artikel ini menyediakan cara menanam limau purut secara organik dari rumah sahaja.

Limau purut tergolong dalam keluarga citrus (Rutaceae) yang boleh ditanam di halaman. Limau purut adalah salah satu rasa paling kuat diantara kebanyakan limau. Oleh itu, buah dengan rasa masam ini kerap digunakan sebagai ramuan dalam makanan tertentu seperti kari dan tom yum. Lain daripada itu, kulit limau purut juga menghasilkan minyak pati yang boleh dijadikan aromaterapi.

Untuk kesihatan, limau purut mengandungi vitamin c dan flavonoid yang berfungsi sebagai antioksidan (Puspitasari & Sumantri, 2019). Antioksidan dapat mencegah pelbagai penyakit akibat penuaan dan penyakit seperti kanser, angin ahmar dan strok. Oleh itu, penting menanam limau purut di halaman sebagai tanaman kesihatan untuk keluarga.

Keperluan Cuaca

Limau purut memerlukan kawasan yang mempunyai cahaya matahari yang tinggi iaitu antara 6-8 jam sehari. Selain itu, tumbuhan limau purut tidak suka pada teduhan.

Penyediaan Tanah

Limau purut memerlukan tanah yang mempunyai sistem pengairan yang baik dan mempunyai kandungan organik yang sederhana. pH tanah yang diperlukan antara 5.5-6.5 (Rukmana, 2003).

Tanah ini akan dicampur dengan tanah kompos vermi (vermicompost) dengan nisbah 10:100.

Semaian Benih

Benih limau purut boleh diambil dari buah yang sihat tidak berpenyakit. Benih limau purut tergolong benih rekalsitran(Recalcitrant seed), yaitu tidak boleh disimpan lama lepas dikeluarkan dari buah (Widajati et al., 2013). Bagaimana menentukan biji mana yang boleh ditanam adalah dengan merendamnya di dalam air. Jika ada benih yang mengambang, maka benih tersebut tidak boleh ditanam. Ini kerana ia menunjukkan bahawa perkembangan embrio biji benih tersebut belum lengkap.

Benih disemai di dalam bekas semaian yang berwarna hitam (bersaiz 150 cm), diisi dengan tanah kompos vermi: campuran tanah. Pastikan bekas semaian mempunyai 3-4 barisan dengan jarak antara 45-55 cm setiap barisan. Selepas 2 minggu semaian, kesemua anak benih yang mempunyai ketinggian antara 5-10 cm akan di tanam ke beg poli selama lebih kurang 1-2 bulan. Jika tanaman di dalam beg poli cukup besar, ia boleh dipindahkan ke tanah. Ini kerana akar tanaman yang masih kecil tidak cukup kuat untuk bersaing untuk mendapatkan nutrien.

Sistem Pengairan

Limau purut perlu di siram satu kali sehari untuk memastikan keperluan air adalah cukup. Penyiraman berlebihan boleh mengakibatkan penyakit reput akar. Penyiraman dapat dihentikan apabila tanaman telah dipindahkan dari beg poli dan cukup besar.

Pengurusan baja

Pengurusan baja penting untuk pertumbuhan vegetatif, berbunga dan berbuah. Program pembajaan yang dijalankan perlu mempunyai nutrien yang mencukupi untuk mendapatkan pokok yang sihat diikuti dengan pembungaan dan buah yang banyak.

Baja perlu diberikan bila tanaman dipindah dari beg poli dan semasa penanaman sekiranya apabila tanaman kekurangan nutrient. Ciri-ciri kekurangan nutrien dapat dilihat dari kekuningan daun. Di samping itu, pembajaan perlu dilakukan pada kali pertama bunga muncul untuk memastikan tanaman tidak kekurangan nutrien untuk membentuk buah.

Baja NPK 18:18:18 ditabur sebanyak 15 g/pokok di sekeliling pokok dengan jarak 10 cm dari pangkal pokok.

Pengurusan Penyakit dan Perosak

Penyakit yang seringkali ditemui pada limau adalah penyakit virus seperti Citrus   Vein   Phloem   Degeneration (CVPD). Pemilihan biji yang sihat dari buah yang sihat adalah cara untuk mencegah CVPD. Perosak yang biasa dijumpai adalah ulat pemakan daun dan belalang. Oleh itu, tanaman perlu diperhatikan setiap hari dan menghilangkan perosak yang ada.

Pemangkasan

Jika tanaman sudah rimbun, pemangkasan perlu dilakukan. Memangkas dahan sisi dapat merangsang tanaman limau untuk berbunga(Sugiyanto et al., 2019). Pemangkasan bertujuan untuk menghentikan pertumbuhan tumbuh-tumbuhan tanaman dan mengedarkan nutrien untuk berbunga.

Tuaian

Buah limau purut yang sudah masak boleh dituai apabila berwarna hijau kekuningan.

Diharapkan perkongsian cara tanam limau purut ini dapat membantu anda semua untuk bercucuk tanam di rumah.

Cara Tanam pokok lain yang anda perlu tahu:

DurianTembikaiLabu
Daun KesumBuah NagaPokok Kari
AvocadoUbi KeledekKangkung
KentangPisangTomato
Bayam BrazilTaugehPokok Cili
SeraiCendawanSawi
SaladNanas MD2Daun Sup
JagungBawang

Rujukan:

  1. Puspitasari, A. D. 2019. Aktivitas antioksidan perasan jeruk manis (Citrus sinensis) dan jeruk purut (Citrus hystrix) menggunakan metode ABTS. MFF 2019; 23(2):48-51.
  2. Rukmana, R. 2003. Usaha tani jeruk purut dalam pot dan di kebun. Penerbit Kanisius: Yogyakarta.
  3. Sugiyanto, A., Yenni, Fanshuri, B. A. 2019. Pengaruh pemangkasan tajuk terhadap produktivitas dan mutu buah jeruk keprok pulung. J. Hort. Vol. 29 No. 2, Desember 2019 : 199-208.
  4. Widajati, E., Murniarti, E., Palupi, E. R., Kartika, T., Suhartanto, M. R., Qadir, A. 2013. Dasar ilmu dan teknologi benih. IPB Press: Bogor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two + thirteen =

Open

Close