Cara Tanam Daun Sup yang betul dan mudah di Rumah

cara tanam daun sup

Apakah cara yang terbaik untuk tanam daun sup di rumah?

Artikel ini akan membincangkan penanaman pokok daun sup secara mudah dan betul di rumah agar anda boleh melakukannya sendiri.

Isi Kandungan
  1. Pengenalan
  2. Keperluan Cuaca
  3. Penyediaan Tanah
  4. Semaian benih
  5. Sistem Pengairan
  6. Pengurusan Penyakit dan Perosak
  7. Tuaian
  8. Cara Simpanan Daun Sup

Pengenalan


Daun sup tergolong dalan keluarga Parsley (Umbelliferae) dan selalunya ditanam di luar rumah dan dituai secara bermusim. Sayuran berdaun ini kerap digunakan sebagai asas masakan sebagai perasa kerana kandungan sebatian aktif biologi (Kmiecik et al. 2005).

Ia boleh dijadikan sumber vitamin C dan E yang tinggi, karotena, thiamin dan mineral organic kerana kandungan airnya yang tinggi (78-82%, w\w) (Farah et al., 2015).

Antara kebanyakan sayuran berdaun, daun sup mengandungi kandungan nutrien yang tinggi, tetapi untuk menghasilkannya dalam bentuk komersial daun sup memerlukan kuantiti baja kimia yang tinggi (Krug, 1986). Oleh itu, kami menyediakan cara menanam daun sup secara organik dari rumah sahaja.

Keperluan Cuaca


Daun sup memerlukan kawasan yang mempunyai cahaya matahari yang tinggi iaitu antara 6-8 jam sehari.

Penyediaan Tanah


Daun sup memerlukan tanah yang mempunyai sistem pengairan yang baik dan mempunyai kandungan organik yang sederhana. pH tanah yang diperlukan antara 6-7.

Tanah ini akan dicampur dengan tanah kompos vermi (vermicompost) dengan nisbah 10:100.

Semaian Benih


Benih daun sup perlu direndam selama 24 jam sebelum di tanam. Ini adalah kerana, kadar percambahan daun sup perlahan dan selalunya ia akan mengambil masa 3-6 minggu untuk bercambah jika tidak dibuat rendaman sebelum di tanam.

Benih disemai di dalam bekas semaian yang berwarna hitam (bersaiz 150 cm) yang di isi dengan tanah kompos vermi: campuran tanah. Pastikan bekas semaian mempunyai 3-4 barisan dengan jarak antara 45-55 cm setiap barisan. Selepas 2 minggu semaian, kesemua anak benih yang mempunyai ketinggian antara 5-10 cm akan di tanam ke bekas lebih besar.  

Sistem Pengairan


Keperluan air daun sup adalah sama seperti sayur berdaun yang lain. Oleh itu, daun sup perlu di siram dua kali sehari untuk memastikan keperluan air adalah cukup.

Pengurusan Penyakit dan Perosak


Penyakit yang selalu ditemui pada daun sup adalah penyakit virus seperti Yellow Aster. ‘Septoria apiicola’ adalah salah satu penyakit dedaunan yang paling penting, ia disebarkan melalui benih. Serangga perosak seperti aphids, carrot weevil, corn earworm, flea beetles and leafhoppers.

Tuaian


Anak pokok daun sup bersedia di tuai selepas 60 hari ditanam. Tuaian daun sup boleh dilakukan dengan menggunakan gunting, pemangkas ataupun tangan sahaja.

Daun sup akan di potong sekurang-kurangnya 3 cm di atas pangkal dan akarnya akan di basuh dengan air untuk membuang kotoran.

Cara Simpanan Daun Sup


Untuk menjaga kesegaran daun sup anda, anda perlu menyimpan pada kelembapan relatif 95% dan suhu antara 0-2 ° C.

Selain itu, daun sup juga boleh disimpan dengan cara mengeringkan daun di bawah sinaran matahari. Untuk pengeringan yang lebih cepat, simpan daun di dalam oven pada suhu 38–43 ° C selama beberapa minit sahaja. Kemudian, simpan daun yang telah dikeringkan ke dalam bekas kedap udara.

Diharapkan perkongsian cara tanam daun sup ini dapat membantu anda semua untuk bercucuk tanam di rumah.

Rujukan:

  1. Krug, H. 1986. Gemüseproduktion. Paul Parey, Berlin.
  2. Kmiecik W., Lisiewska Z., Slupski J., 2005. Relationship between the yield and quality of green dill and the height of plants. Folia Horticulturae, 17: 37–52
  3. Farah, H., Elbadrawy, E., & Al-Atoom, A. A. (2015). Evaluation of antioxidant and antimicrobial activities of ethanolic extracts of Parsley (Petroselinum erispum) and Coriander (Coriandrum sativum) plants grown in Saudi Arabia. Int J, 3, 1244-55.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.