Statistik Pemasaran Media Sosial di Malaysia 2020

pemasaran sosial media

Media sosial merupakan platform yang digunapakai bukan sekadar oleh pengguna biasa namun juga oleh golongan usahawan yang berminat bagi meningkatkan kadar keterlihatan perniagaan mereka dipasaran. Di Malaysia terutamanya, media sosial telah memberikan banyak manfaat dari perspektif pemasaran, ini kerana terdapat peningkatan dalam bilangan pengguna sosial media di Malaysia dan adalah terbukti bahawa pemasaran media sosial merupakan kaedah terbaik dalam menarik lebih ramai pelanggan media sosial rakyat Malaysia.

Kenapa pemasaran media sosial berjaya di Malaysia?

Tahukah anda Malaysia berada di kedudukan 5 teratas di dunia dan tertinggi di Asia Tenggara (SEA) kerana pelayaran media sosial? Selain itu, Malaysia memberikan peluang yang baik untuk perniagaan dalam talian kerana 75% pengguna internet membelanjakan wang mereka melalui e-perbankan. Di Malaysia juga, rata-rata masa harian yang dihabiskan menggunakan media sosial dilaporkan hampir 3 jam secara purata dan masa harian yang dihabiskan menggunakan internet melalui pelbagai peranti pula adalah 8 jam sekurang-kurangnya. Manakala jumlah pengguna media sosial yang aktif ialah sebanyak 25 juta orang di Malaysia.

Berikut merupakan platform media sosial teraktif di dunia.

Didahului dengan Youtube dengan 93%, kemudian diikuti rapat oleh Whatsapp  dengan 91%, Facebook dengan 91%, Instagram dengan 70%, FB Messenger dengan 64%, WeChat dengan 47% dan Twitter dengan 44% manakala bagi media sosial di bawah 40% pengguna adalah terdiri daripada LinkedIn dengan 29%, Skype dengan 26%, Pinterest dengan 25%, Line dengan 22%, Snapchat dengan 21%, Tumblr dengan 20%, Reddit dengan 16%, Twitch dengan 14% dan Sina Weibo dengan 13%.

Di Malaysia, statistik platform media sosial adalah terbahagi kepada beberapa kategori:

1. Jumlah penonton pemasaran (pengguna aktif bulanan)

Kategori ini di pelopori oleh Facebook dengan bilangan seramai 24 juta orang pengguna, dikuti dengan Instagram dengan 12 juta orang pengguna, Twitter dengan 2.63 juta orang pengguna dan Snapchat dengan 1.65 juta orang pengguna.

2. Perubahan suku tahunan dalam jumlah penonton iklan

Bagi kategori ini Facebook dan Twitter masing-masing mengalami peningkatan pengguna sebanyak 4.3% dan 4.2% manakala bagi Instagram dan Snapchat pula tiada sebarang perubahan kadar bagi pengguna mereka.

3. Profil pengguna media sosial

Demograpi pengguna media sosial bagi kesemua platform tersebut adalah di antara pengguna yang berusia 25 hingga 34 tahun.

4. Gambaran keseluruhan pengguna Facebook

Jumlah pengguna yang dapat cakupi oleh Facebook dengan iklan adalah sebanyak 24 juta dengan peratusan pengguna berumur 13 tahun ke atas dengan capaian iklan adalah 98% bagi golongan ini.

5. Gambaran keseluruhan pengguna Instagram

Jumlah pengguna yang dapat cakupi oleh Instagram dengan iklan adalah sebanyak 12 juta dengan peratusan pengguna berumur 13 tahun ke atas dengan capaian iklan adalah 49% bagi golongan ini.

6. Gambaran keseluruhan pengguna Twitter

Jumlah pengguna yang dapat cakupi oleh Twitter dengan iklan adalah sebanyak 2.63 juta dengan peratusan pengguna berumur 13 tahun ke atas dengan capaian iklan adalah 11% bagi golongan ini.

7. Gambaran keseluruhan pengguna Snapchat

Jumlah pengguna yang dapat cakupi oleh Twitter dengan iklan adalah sebanyak 1.65 juta dengan peratusan pengguna berumur 13 tahun ke atas dengan capaian iklan adalah 6.7% bagi golongan ini.

Bagaimana pemasaran media sosial membantu perniagaan Malaysia?

Berikut merupakan beberapa langkah yang mampu membantu pemasaran peniagaan di Malaysia

1. Penglibatan pengguna yang berskala besar

Dengan adanya penglibatan perniagaan di dalam media sosial ia dapat membawa petunjuk yang baik bagi perniagaan B2B (business to business) dan B2C (business to consumer). Iklan hanya dapat menjangkau khalayak yang disasarkan jika dilakukan dengan tepat pada ketika keperluan semasa atau saat tular. Setelah pengguna mula berinteraksi di media sosial, kadar interaksi akan meningkatkan peluang penjanaan pendapatan.

2. Sokongan pelanggan sedia ada

Oleh kerana media sosial berfungsi 100% dalam talian, sokongan pelanggan dapat diberikan pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Pelanggan dapat menghubungi pemilik perniagaan dengan mudah tanpa pergi ke kedai fizikal. Sokongan atau perkhidmatan pelanggan yang baik memberikan gambaran positif kepada perniagaan.

3. Peningkatan lalu lintas laman sesawang

Kempen yang berjaya dapat membawa lebih ramai pengguna, dan ini secara automatik mendorong lalu lintas yang sangat sibuk di media sosial peniagaan tersebut.

Oleh yang demikian adalah jelas menunjukkan bahawa sememangnya pemasaran media sosial mampu meningkatkan kebolehpasaran produk tempatan serta menaikan peluang penjanaan pendapatan. Sekiranya menggunakan media sosial yang bersesuaian maka ia akan dapat membantu dalam menjalankan kempen media sosial yang baik untuk produk peniagaan.

Rujukan

  1. Malaysia: social media penetration 2020 | Statista. (n.d.). Retrieved November 13, 2020
  2. Social Media Marketing Statistics You Should Know in Malaysia 2020. (n.d.). Retrieved November 13, 2020,
  3. Social Media Stats Malaysia | StatCounter Global Stats. (n.d.). Retrieved November 13, 2020
  4. Social Media users in Malaysia – March 2020 | NapoleonCat. (n.d.). Retrieved November 13, 2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

13 + nineteen =

Open

Close