9 Kesan Ketagihan Gajet dalam Kalangan Kanak-Kanak

kesan ketagihan gajet

Apakah kesan ketagihan gajet pada perkembangan kanak-kanak? Artikel ini akan membincangkan perkara ini dan sesuai kepada mereka yang sudah berkeluarga.

Mengapa mesti menghabiskan masa anak anda dengan gajet? Adakah gajet mendatangkan kebaikan ataupun sebaliknya kepada mereka. Persoalan ini walaupun sering dibincangkan dan kajian berkaitan dibuat namun penggunaannya masih menjadi pilihan ramai tanpa mengira usia.

Tidak dapat dinafikan gajet  mempunyai kelebihan tersendiri dan mempunyai daya tarikan yang tinggi dengan visual dan suara yang menarik. Video dan permainan yang terdapat dalam gajet telah menyebabkan ketagihan kepada anak-anak  seawal usia 3 tahun ke atas. Golongan ini sepatutnya tidak didedahkan dengan penggunaan gajet di peringkat awal kerana mempunyai impak yang sangat negatif kepada mereka.

9 Kesan Gajet Kepada Perkembangan Anak Anda

1. Gangguan Perkembangan Otak

Kajian menunjukkan bahawa kekerapan menggunakan gajet boleh memberi kesan negatif pada kefungsian otak kanak-kanak. Mereka akan menghadapi masala seperti defisit perhatian, masalah kognitif, gangguan pembelajaran, peningkatan impulsif, dan kawalan kendiri diri. Oleh itu  ibu bapa dinasihatkan untuk melakukan aktiviti seperti bermain, membaca, dan bercakap dengan anak-anak mereka daripada membiarkan mereka bersama gajet.

2. Masalah Penglihatan

Kanak-kanak tidak digalakkan terdedah dengan  alat elektronik selama lebih dari dua jam seminggu untuk mengelakkan implikasi serius pada mata mereka. Ini bermaksud,  kanak-kanak hanya dibenarkan bermain atau menonton alat tersebut kira-kira 17 minit setiap hari.

Kajian menunjukkan bahawa ketergantungan yang tinggi pada alat boleh menyebabkan jangkitan mata, seperti mata merah atau berair dan daya penglihatan yang semakin merosot. Ibu bapa dinasihati mengawal penggunaan gajet supaya masalah ini dapat diatasi

3. Obesiti

Terlalu lama masa dihabiskan dengan gajet menyebabkan pembakaran kalori tidak berlaku. Kanak-kanak obesity mempunyai komplikasi seperti diabetes, serangan jantung, dan strok. Ibu bapa perlu mendorong anak-anak mereka untuk bermain dan melakukan aktiviti seperti berjalan, berlari, melompat dan  aktiviti fizikal yang lain bagi mengurangkan masalah obesiti dan melambatkan perkembangan fizikal mereka

4. Hilang Fokus

Tahukah anda bahawa kanak-kanak yang sering menggunakan gajet akan menyebabkan pembelajarannya terganggu. Kanak-kanak tidak boleh memberi tumpuan yang lama terhadap apa yang disampaikan oleh guru di dalam kelas. Kadar masa fokus juga menjadi singkat iaitu lebih kurang 4 saat berbanding dengan kanak-kanak yang tidak bermain gajet di dalam kelas iaitu 13 minit. Masalah hilang fokus ini merisaukan guru kerana akan berlaku masalah kawalan kelas. Murid yang tidak memberi fokus akan mengganggu kawan dan sebagainya.

5. Kurang Bersosial

Kanak-kanak memerlukan kawan untuk bermain dan berkomunikasi. Apabila anak anda dan gajet tidak dapat dipisahkan adalah sukar baginya untuk berkawan dan bersosial. Kehidupan sehariannya akan ditemani oleh gajet, Oleh itu bawa anak ke taman permainan untuk dia bermain dengan rakan-rakan sebayanya dan menjauhkannya daripada dunia elektronik

6. Tantrum

Kebanyakan ibu bapa menyedari bahawa anak-anak mereka belajar menjadi agresif kerana berjam-jam mengadap gajet. Tantrum adalah bentuk agresif yang paling biasa di kalangan kanak-kanak, terutama apabila mereka dihalang untuk menggunakannya. Jika tidak dibendung daripada awal, isu tantrum akan terus berlaku dan sukar dikawal.

7. Kurang Tidur

Kanak-kanak yang ketagihan bermain gajet akan  kehilangan rehat yang diperlukan. Gajet dijadikan sebagai alat bantu untuk menidurkan mereka oleh sesetengah ibu bapa. Ada kanak-kanak akan memberontak jika tidak diberi gajet sebelum tidur. Melayan video atau permaian dalam gajet boleh membuat mereka terlelap dan ibu bapa boleh melakukan kerja-kerja rumah tanpa gangguan. Amalan ini harus diberhentikan demi kesihatan anak-anak anda.

8. Masalah Postur Badan

Perhatikan postur badan kanak-kanak yang sering menggunakan gajet. Penggunaan yang berterusan dengan gajet menyebabkan sakit belakang dan masalah lain yang berkaitan dengan otot pada kanak-kanak. Postur duduk yang salah akan menyebabkan sakit leher.  Sakit leher dan punggung pada usia kanak-kanak akan memberi kesan sehingga mereka dewasa.

9. Kurang Menikmati Alam Semula Jadi

Kanak-kanak yang ketagih dengan gajet lebih suka menghabiskan masa di dalam rumah.Sebilangan ibu bapa yang terlalu melindungi menganggap teknologi sangat berguna kerana mereka mengetahui bahawa keselamatan anak di rumah terjamin.

Namun, mereka tidak menyedari bahawa anak itu terasing dari dunia semula jadi dan kurang mendapat sumber vitamin D yang boleh diperoleh daripada cahaya matahari. Vitamin D merupakan salah satu vitamin yang penting dalam tumbesaran kanak-kanak untuk  pertumbuhan tulang dengan baik serta memastikan tulang kanak-kanak dalam keadaan kuat.

Kesimpulan

Kanak-kanak harus dididik mengenai tanggungjawab mereka  terhadap penggunaan gajet. Disiplin diri sangat penting dan perlu disemai pada kanak-kanak seawal mungkin.. Ibu bapa perlu menetapkan peraturan dan sentiasa memantau  penggunaannya bagi  memastikan peraturan dipatuhi. Jangan jadikan anak anda sebagai mangsa kepada perkembangan teknologi terkini.

Rujukan:

  1. Epstein, A. S. (2015). Using technology appropriately in the preschool classroom. – Child Care Exchange
  2. Hsin, C.-T., Li, M.-C., & Tsai, C.-C. (2014). The Influence of Young Children’s Use of Technology on Their
  3. Learning: A. Educational Technology & Society.
  4. Gani, S. A. (2016). Parenting Digital Natives : Cognitive, Emotional , and Social Developmental Challenges. Internasional Conference on Education.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

three × 4 =

Open

Close