Keracunan Makanan: Punca, Simptom dan Cara untuk Mengelakkan

keracunan makanan

Takziah diucapkan buat keluarga mangsa keracunan makanan baru baru ini. Dikhabarkan kes keracunan berpunca daripada puding buih yang dibeli secara online semasa bulan Ramadhan tempohari. Semoga kes ini menjadi pengajaran buat kita semua. Tiada pihak yang menginginkan kejadian sebegini berlaku.

Keracunan makanan berlaku disebabkan seseorang individu telah makan makanan tercemar, rosak atau bertoksik. Kebiasaanya simptom keracunan makanan ialah loya-loya, muntah dan cirit-birit. Keracunan boleh dielakkan sekiranya semua pihak mengambil langkah berjaga jaga.

Kira kira 100 tahun yang lalu, demam thyphoid, tuberkolosis dan kolera adalah penyakit yang kebiasaannya disebabkan oleh makanan dan air yang tercemar. Disebabkan arus kemodenan dan kenaikan taraf pemprosesan makanan dan air terawat, penyakit penyakit ini dapat dikurangkan dengan banyak. Hari ini, kebanyakan kes keracunan makanan adalah berpunca daripada kulat, bakteria dan virus.

Punca Makanan Tercemar


Terdapat beberapa punca makanan boleh tercemar, antaranya ialah;

Toksin Kulat

Kulat mudah hidup dipermukaan makanan seperti buah buahan, sayuran, kekacang, daging dan juga produk tenusu. Ia biasanya mudah dikesan kerana memberi perubahan warna kepada makanan yang telah dicemar. Keadaan yang panas dan lembab mampu meningkatkan risiko makanan berkulat. Jika dilihat dengan mikroskop, kulat mempunyai tangkai yang berspora.

Spora inilah yang memberikan warna kepada kulat dan mudah dibawa angin, air mahupun serangga. Bayangkan spora itu seperti debunga. Dengan hanya angin bertiup, ia mampu terbang jauh daripada induk. Begitulah spora kulat. Spora juga boleh mengakibatkan reaksi allergi dan masalah pernafasan seperti rasa sesak nafas.

Tambahan pula, kulat mempunyai ‘akar’ yang mampu tumbuh kedalam makanan yang boleh menyebabkan ia sukar untuk dilihat dengan mata kasar. Jika kondisi membenarkan, kulat boleh menghasilkan toksin. Ianya natural tetapi boleh menyebabkan kita jatuh sakit apabila termakan toksin kulat ini.

Bakteria

Secara semulajadinya, bakteria memang ada dimana mana tetapi pada kadar yang selamat. Walau bagaimanapun, pengendalian dan penyediaan makanan yang tidak baik diikuti cara memasak dan penyimpanan makanan yang tidak patuh piawai boleh mengakibatkan bakteria membiak dan menyebabkan keracunan.

Tambahan pula, makanan yang siap dimasak terdedah di suhu bilik buat beberapa jam juga boleh mengakibatkan bakteria membiak. Kebanyakan pembiakan bakteria pada makanan tidak dapat dikesan kerana tiada perubahan warna, tekstur atau bau yang boleh menjadi pengukur makanan tersebut sudah tidak selamat untuk dimakan.

Penyimpanan makanan disuhu sejuk atau beku tidak boleh mematikan bakteria. Ia hanya memperlahankan pembiakan bakteria sahaja. Bakteria tersebut akan kembali aktif apabila terdedah disuhu bilik semula.

Virus

Virus adalah salah satu patogen yang mampu menyebabkan keracunan makanan,tetapi, ianya kurang pra-dominan jika dibandingkan dengan bakteria.

Virus tidak berupaya untuk hidup dan membiak dalam makanan, melainkan ia telah masuk kedalam badan hos (manusia atau haiwan). Virus membiak dengan cara menyerang sel sel dan mendapatkan nutrien daripada sel berkenaan.

Simptom keracunan makanan


Sekiranya seseorang telah mendapat keracunan makanan, simptom yang muncul berbeza mengikut punca keracunan tersebut. Masa yang diambil untuk sesuatu simptom muncul juga bergantung dengan punca keracunan, dimana jangka nya adalah 1 jam hingga ke 28 hari. Kebiasaannya, sekurang kurangnya tiga daripada simptom dibawah akan muncul menandakan seseorang terkena keracunan makanan:

Tetapi harus diambil berat sekiranya simptom dibawah ini terjadi. Perlu segera berjumpa doktor. Hal ini kerana simptom sedemikian boleh membawa maut. Antara simptom simptomnya ialah:

  • Cirit birit berlarutan lebih 3 hari
  • Demam panas
  • Pandangan kabur dan sukar bercakap
  • Dehidrasi yang serius; mulut kering, kurang buang air kecil atau tiada air kecil

Tips untuk mengelakkan Keracunan makanan


Setiap dari kita bertanggungjawab untuk mengendali dan menyediakan makanan yang sihat dan selamat untuk dikonsumsi. Lebih lebih lagi, sekiranya menjadi penjual makanan. Adalah wajib untuk mengikuti kursus pengendalian makanan anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia. Selain itu, diwajibkan mendapatkan suntikan Thyphoid untuk mencegah penyebaran penyakit Thyphoid.

Kita semua diingatkan untuk mengamalkan tiga langkah sebelum makan.

  1. Dengan melihat jika terdapat sebarang abnormaliti pada makanan seperti perubahan warna,
  2. Menghidu bau makanan jika ada bau basi atau masam
  3. Merasa makanan dengan kadar sedikit dahulu jika masih elok bermakna makanan tersebut selamat untuk dimakan.

Segara hapuskan makanan tersebut sekiranya terdapat perubahan dari segi warna, bau dan rasa.

Bacaan lain: Rawatan Keracunan Makanan

Kesimpulan

Keracunan makanan boleh dielakkan sekiranya semua pihak menjaga kebersihan makanan bermula dari pemilihan bahan mentah, penyimpanan bahan mentah, penyediaan makanan, suhu masak yang sesuai sehingga penyimpanan makanan siap masak. Dapatkan nasihat doktor dengan segera sekiranya disyaki keracunan makanan terjadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.