Makanan dan Minuman Berkafein Tinggi

makanan kafein

Kafein atau trimethylxanthine merupakan bahan semulajadi yang terdapat pada tumbuhan. Ada juga kafein yang dibuat secara sintetik dan ditambah pada beberapa ubat, makanan dan minuman. Kafein dapat merangsang sistem otak dan saraf agar berada dalam keadaan berjaga-jaga dan boleh meningkatkan fokus seseorang.

Oleh sebab itu, ada sesetengah individu gemar mengambil makanan dan minuman yang berkafein tinggi untuk mengelakkan rasa lesu dan letih. Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui makanan dan minuman yang mengandungi tinggi kafein.

Kelebihan dan Kekurangan Pengambilan Kafein  

Kafein dapat meningkatkan fokus dan kesegaran seseorang kerana kafein dapat menggalakkan penghasilan hormon adrenalin iaitu hormon berjaga-jaga. Selain itu, kafein juga dapat mengurangkan penghasilan adenosin, iaitu bahan yang dapat membuat otak merasa letih dan lesu. Walau bagaimanapun, pengambilan kafein yang berlebihan mungkin menyebabkan kegelisahan dan sindrom gangguan mental seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Psikiatri Amerika.

Pengambilan yang berlebihan iaitu lebih 1000mg sehari dikaitkan dengan kegelisahan, perasaan cepat cemas, meningkatkan pernafasan dan juga dapat menambah tekanan seseorang.[1,2] Satu kajian mendapati, mereka yang mengambil kafein lebih dari 300mg sehari mengalami tekanan stress dua kali ganda berbanding dengan kumpulan kawalan yang mengambil kafein secara sederhana. [3]

Makanan dan Minuman Tinggi Kafein

Kafein secara semulajadi terdapat pada biji, kacang atau tumbuhan tertentu. Sumber semulajadi kafein ini kemudiannya dituai dan diproses untuk menghasilkan makanan dan minuman tertentu. Berikut merupakan makanan dan minuman yang mengandungi tinggi kafein bagi sekurang-kurangnya 240mL setiap hidangan.[4,5]

Jenis Minuman atau MakananJumlah HidanganJumlah Kafein
Espresso  240 mL240-720 mg
Kopi  240 mL102–200 mg
Teh Hijau  240 mL65-130 mg
Minuman tenaga  240 mL50-160 mg
Teh yang dibancuh  240 mL40-120 mg
Minuman ringan  240 mL20-40 mg
Kopi tanpa kafein  240 mL3-12 mg
Minuman berkoko/ bermalta  240 mL2-7 mg
Susu coklat  240 mL2-7 mg
Coklat susu28 gram1-15 mg
Coklat gelap28 gram5-35 mg

Ketagihan Terhadap Kafein

Pengambilan makanan dan minuman berkafein secara berulang-ulang dan kerap juga menjadikan jumlah pengambilan kafein sehari bertambah dan seterusnya menjadi kelaziman. Kajian terperinci menunjukkan bahawa kafein dapat meningkatkan penghasilan bahan kimia otak sama seperti kokain dan amfetamin. Hal ini menyebabkan kebergantungan fisiologi tubuh terhadapat kehadiran kafein.[6]

Dalam satu kajian yang melibatkan 16 orang pengguna kafein tinggi, sederhana atau tanpa kafein, hanya pengguna kafein yang tinggi menunjukkan keinginan mengambil kafein yang tinggi berbanding pengguna yang lain.[7]

Selain itu, kekerapan pengambilan kafein juga memainkan peranan yang besar. Antara kajian lain yang dilaksanakan, 213 pengguna kafein melengkapkan soal selidik setelah menjalani 16 jam tanpa kafein. Pengguna harian kafein mengalami peningkatan yang lebih besar dalam sakit kepala dan keletihan berbanding bukan pengguna harian.[8]

Kesimpulan

Kesimpulannya, kafein bukan hanya terdapat pada minuman yang popular seperti kopi. Terdapat beberapa jenis minuman dan makanan lain juga mengandungi kandungan kafein yang tinggi. Berhati-hati ketika mengambil makanan dan minuman berkafein apabila anda mempunyai kesukaran untuk tidur kerana makanan tersebut mungkin boleh menjadi penyumbang kepada kesukaran tidur.   

Rujukan:

  1. Winston, A. P., Hardwick, E., & Jaberi, N. (2005). Neuropsychiatric effects of caffeine. Advances in Psychiatric Treatment, 11(6), 432-439.
  2. Smith, A. (2002). Effects of caffeine on human behavior. Food and chemical toxicology, 40(9), 1243-1255.
  3. Pané-Farré, C. A., Alius, M. G., Modeß, C., Methling, K., Blumenthal, T., & Hamm, A. O. (2015). Anxiety sensitivity and expectation of arousal differentially affect the respiratory response to caffeine. Psychopharmacology, 232(11), 1931-1939.
  4. Heckman, M. A., Weil, J., & De Mejia, E. G. (2010). Caffeine (1, 3, 7‐trimethylxanthine) in foods: a comprehensive review on consumption, functionality, safety, and regulatory matters. Journal of food science, 75(3), R77-R87.
  5. Barone, J. J., & Roberts, H. R. (1996). Caffeine consumption. Food and chemical toxicology, 34(1), 119-129.
  6. Nehlig, A. (1999). Are we dependent upon coffee and caffeine? A review on human and animal data. Neuroscience & Biobehavioral Reviews, 23(4), 563-576.
  7. Yeomans, M. R., Javaherian, S., Tovey, H. M., & Stafford, L. D. (2005). Attentional bias for caffeine-related stimuli in high but not moderate or non-caffeine consumers. Psychopharmacology, 181(3), 477-485.
  8. Juliano, L. M., Huntley, E. D., Harrell, P. T., & Westerman, A. T. (2012). Development of the caffeine withdrawal symptom questionnaire: caffeine withdrawal symptoms cluster into 7 factors. Drug and alcohol dependence, 124(3), 229-234.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.