Buat Peminat Makanan Pedas: Bagaimana Nak Kurangkan Rasa Pedas Selepas Makan?

cara nak kurangkan pedas

Makanan yang pedas merupakan makanan kegemaran yang digemari oleh rakyat Malaysia. Rasa yang pedas dalam makanan akan menaikkan selera serta kenikmatan semasa makan. Antara contoh makanan yang pedas seperti masak lemak cili padi, asam pedas, ayam masak cili, sambal kicap, sambal belacan, kari dan sebagainya. Kebiasaannya, sumber untuk mendapatkan kepedasan ini adalah daripada cili. Jadi, pengemar makanan pedas perlu mengetahui fakta di sebalik rasa yang pedas ini berlaku dan cara berkesan untuk mengurangkan rasa pedas di dalam mulut.

Mitos

  1. Ramai diantara kita menyangka bahawa rasa pedas itu merupakan salah satu rasa yang dikesan oleh tunas rasa di lidah. Tetapi, rasa pedas itu tidak wujud dalam kategori rasa yang dikesan oleh lidah kita. Terdapat rasa yang dikesan oleh lidah iaitu manis, masin, pahit dan masam sahaja.
  2. Makanan yang pedas akan merosakkan tunas rasa pada lidah. Bahan kimia yang terdapat dalam cili merangsang lidah untuk menghasilkan terbakar dan panas di dalam mulut. Jadi, maklumat ini akan dihantar ke otak dan akan diterjemahkan kepada kita yang dipanggil oleh masyarakat “pedas”.

Dari Mana Datangnya Rasa Pedas?

Sebenarnya rasa pedas tidak wujud sama sekali. Sumber rasa pedas boleh didapati daripada cili. Di dalam cili terkandung bahan kimia yang dipanggil capsaicin. Apabila kita makan makanan yang pedas bahan kimia ini, capsaicin akan memenuhi ruangan mulut kita.

Capsaicin adalah rantaian hidrokarbon yang mengadungi bilangan atom hydrogen dan carbon. Capsaicin dalam bahasa yang mudah difahami, capsaicin suatu sebatian yang akan bertindak balas dengan sebatian minyak atau sabun untuk diuraikan kepada molekul ringkas. Capsaicin tidak akan bertindak balas dengan air kerana mempunyai sifatnya yang terbina daripada lemak.

Capsaicin akan bercantum tapak receptor yang terdapat di tunas rasa kita iaitu vanilloid receptor subtype 1 (TRPV1). Selepas capsaicin bercantum dengan TRPV1 menghasilkan tindak balas seperti melecur pada lidah kita. Tindak balas ini tidak bahaya kepada kita disebabkan kesan daripada proses tersebut. Impuls (maklumat) tersebut akan dihantar ke otak dan diterjemahkan sebagai  “pedas” seperti yang difahami oleh kita.

Cara Menghilangkan Rasa Pedas-Air atau Susu?

1. Air

Kajian yang dijalankan oleh National Science and Nutrition menyatakan bahawa air bukan cara yang terbaik untuk menghilangkan kepedasan yang dialami. Struktur air yang hidrofilik dan berpolar tidak dapat menguraikan capsaicin disebabkan capsaicin adalah sebatian yang mengandungi lemak. Jadi, air dan lemak semestinya tidak akan bercampur. Tambahan pula, meminum air akan menambahkan penyebaran capsaicin ke seluruh ruangan mulut dan tindak balas seperti melecur atau terbakar berlaku.

2. Susu (Whole milk, skim milk, produk tenusu)

Produk tenusu dan susu daripada haiwan seperti lembu dan kambing merupakan cara yang terbaik untuk menghilangkan kepedasan. Terdapat sebatian protein di dalam susu dipanggil Casein. Casein mempunyai sifat lipophilic dalam istilah lebih mudah (fat-loving) atau teraruh kepada lemak. Casein akan tertarik kepada capsaicin yang terbina daripada hidrokarbon secara tidak langsung akan diuraikan kepada molekul ringkas. Justeru itu, rasa melecur dan terbakar (pedas) di dalam mulut dapat dikurangkan secara berperingkat-peringkat.

Susu daripada mammalia sahaja seperti (lembu& kambing) sahaja dapat membantu mengurangkan kepedasan. Susu daripada tumbuhan seperti susu soya tidak berkesan.

3. Makanan yang berkanji (roti, biskut,nasi)

Kanji yang terdapat dalam makanan ini akan membantu mengurangkan kepedasan dengan menyerap capsaicin di dalam mulut. Cebisan roti atau biskut boleh dimakan apabila makanan tersebut mempunyai tahap kepedasan yang tidak dapat ditahan oleh individu. Tidak dilupakan juga kentang juga boleh digunakan bagi mengurangkan kepedasan.

4. Gula dan madu

Gula dan madu juga membantu penyerapan capsaicin tetapi tidak diuraikan seperti susu yang mengandungi casien. Anda boleh mengambil satu sudu madu atau kiub gula untuk menghilangkan kepedasan dengan cara menghisapnnya.

Kajian yang dijalankan oleh University of  Iowa, sebanyak  300 responden dikumpulkan untuk diuji sama ada susu atau air yang berkesan mengurangkan kepedasan di dalam mulut. 97% memilih susu sebagai agen untuk mengurangkan kepedasan dan 3% memilih air. Jadi, susu mempunyai kadar kecepatan yang tinggi dalam melawan kepedasan berbanding meminum air.

Rujukan

  1. Connor Boyd. (2019). How Casein counter the spiciness?
  2. Maury & Andrew. (2017). Reduces the burning sensation in the back of the throat better than water. University Of Iowa
  3. Zhang, W., & Po, L. (1994). The effectiveness of topically applied capsein.
  4. Nolden, A. A., Lenart, G., & Hayes, J. E. (2019). Putting out the fire – Efficacy of common beverages in reducing oral burn from capsaicin. Physiology & behavior208, 112557.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

three × four =

Open

Close