Skip to content

Bagaimana Pelindung Matahari Melindungi Kulit Kita?

Bagaimanahkah cara Krim Pelindung Matahari (Sunscreen) bertindak dan melindungi kulit? Artikel ini akan membincangkan mekanisma krim ini.

Sinaran ultraviolet yang mempunyai panjang gelombang antara 295-400 nm terdiri daripada ultraviolet A (UVA ̴320-400 nm) dan ultraviolet B (UVB ̴280-320 nm). Terdapat satu lagi sinaran iaitu ultraviolet C (UVC ̴100-280 nm), namun sinaran ini tidak sampai ke permukaan bumi kerana telah diserap sepenuhnya oleh ozon stratosfera. Walaupun hanya 5% sahaja UVB yang samapai ke bumi, namun kesan UVB adalah lebih besar berbanding kesan UVA. Kepekatan UVB akan lebih ketara pada waktu tengah hari, manakala kepekatan UVA adalah konsisten sepanjang hari. Kesan-kesan sinaran UV ini dapat dilihat pada permukaan kulit manusia sama ada akut atau kronik. Antara kesan-kesan sinaran UV adalah seperti berikut:

  • Kesan terbakar (erythema)
  • Pigmentasi (tanning)
  • Pengurangan daya imunisasi badan
  • Penurunan tekanan darah
  • Kanser
  • Tanda penuaan

Bagaimana Sinaran UV Merosakkan Kulit?

Kesan sinaran UV pada kulit bermula pada peringkat molekular yang melibatkan lapian epidermal dan dermal yang menyerap sinaran UV. Apabila lapisan-lapisan ini menyerap terlalu banyak sinaran UV, berlaku keadaan pertambahan tenaga yang tinggi dan akan menyebabkan lapisan-lapisan kulit ini menjadi tidak stabil. Justeru, keadaan ini akan menyebabkan perubahan struktur pada biomolekul seperti DNA atau protein.

Pelindung Matahari (Sunscreen)

Pelindung matahari asalnya dicipta untuk mengurangkan kesan terbakar pada kulit. Pada awalnya, kebanyakan produk ini hanya menyerap sinaran UVB. Kesan terbakar ini atau erythema adalah penentu utama keberkesanan produk pelindung matahari atau lebih dikenali sebagai sun-protection factor (SPF) yang melindungi kulit daripada sinaran UVB. Walaubagaimanapun, kajian terhadap haiwan dan manusia telah menunjukkan bahawa kesan untuk mendapat penyakit daripada sinaran UV boleh berlaku apabila kerap terdedah di bawah sinaran UV sama ada UVB ataupun UVA.

Pelindung matahari mestilah mempunyai perlindungan daripada kesan-kesan lain selain daripada kesan terbakar. Oleh itu, pelindung matahari yang berkesan bukan sahaja melindungi kulit daripada kesan terbakar malah melindungi kulit daripada sinaran UVB atau UVA itu sendiri. Pada masa yang sama, pelindung matahari itu juga tidak menghalang penyerapan sinaran UV yang membawa kesan positif kepada badan manusia seperti sintesis vitamin D, rangsangan daya imun tubuh badan dan penurunan tekanan darah oleh sinaran UVA.

Kawalan Pelindung Matahari

Standard kawalan pelindung matahari adalah berbeza-beza mengikut negara. Di USA, pelindung matahari dianggap sebagai ‘over-the-counter drugs’. Di Kanada pula dianggap sebagai ubat kecuali apabila pelindung matahari itu mengandungi titanium dioxide, zinc oxide atau para-aminobenzoic acid. Produk yang mempunyai bahan-bahan tersebut akan dikategorikan sebagai produk kesihatan yang alami (natural health products).

Di Australia, kebanyakan pelindung matahari dengan SPF4 atau lebih akan dikelaskan di dalam kumpulan barang terapi (therapeutic goods) dan mestilah berdaftar dengan Australian Register of Therapeutic Goods. Manakala sesetengah negara seperti Eropah, China, India, Jepun, Asia Tenggara dan Mercado Comun del Sur di Amerika Selatan mendefinasikan pelindung matahari sebagai kosmetik. Nilai SPF paling maksimum yang dibenarkan adalah 50+ yang terdapat pada label produk di kebanyakan negara seperti Eropah, Australia dan Jepun.

Jadual di bawah adalah senarai penapis sinaran UV yang tersenarai di dalam US Food and Drug Administration (US FDA).

Bahan AktifKadar Penyerapan (nm)
Penapis UVB
Aminobenzoic acid283
Padimate O311
Octinoxate311
Clinoxate289
Octisalate307
Homosalate306
Trolamine salicylate260-355
Octocrylene303
Ensulizole310
Penapis UVA
Oxybenzone288,325
Sulisobenzone366
Dioxybenzone352
Avobenzone360
Meradimate340
Penapis Bukan Organik
Titanium oxideUVB, UVA
Zinc oxideUVB, UVA

Penapis bukan organik dilihat lebih berkesan dalam menghalang sinaran UV berbanding penapis organik. Ini adalah disebabkan penapis organik menyerap dan menukarkan proses radiasi tersebut di dalam kulit manakala penapis bukan organik memantulkan radiasi daripada diserap oleh kulit. Oxybenzone dan octinoxate adalah penapis bukan organik yang seringkali digunakan sebagai bahan aktif di dalam krim ini telah diharamkan penggunaannya di Hawaii kerana memberi kesan yang merbahaya kepada Terumbu Karang.

Kesimpulan

Sudah banyak bukti menunjukkan bahawa sinaran UV boleh membawa kesan yang buruk pada perubahan kulit. Keadaan ini dapat dikurangkan dan dielakkan dengan pemakaian pelindung matahari yang terdapat di pasaran. Pelindung matahari juga amat sesuai untuk semua peringkat umur dan jantina.

Rujukan

  1. Young AR, Claveau J, Rossi AB. Ultraviolet radiation and the skin: Photobiology and sunscreen photoprotection. J Am Acad Dermatol. 2017;76(3S1): S100-S109.
  2. Johnson R.S.; Titze J.; Weller R. Cutaneous control of blood pressure. Curr Opin Nephrol Hypertens. 2016; 25: 11-15
  3. Siller, Alfredo BS; Blaszak, Scott C. BS; Lazar, Michelle; Olasz Harken, Edit MD, PhD Update About the Effects of the Sunscreen Ingredients Oxybenzone and Octinoxate on Humans and the Environment, Plastic Surgical Nursing: October/December 2018 – Volume 38 – Issue 4 – p 158-161

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

16 − 13 =