Berbaloikah Pemasangan Sistem Solar Panel (PV) di Rumah?

solar panel

Sesekali kita akan ternampak rumah yang bumbungnya di pasang dengan beberapa keping solar panel. Tahukah kita apa kelebihan atau kegunaan system solar itu? . Sebenarnya melalui pemasangan system solar photovoltaic (PV) ini dapat menjimatkan bil elektrik dan dalam masa sama dapat menjana pendapatan [1].

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Dato’ Yeo Bee Yin [2], [3] juga menyarankan pemasangan system solar PV ini di Malaysia umumnya kediaman dan syarikat  melalui pelbagai insentif menarik yang ditawarkan melalui SEDA untuk menarik minat pengguna elektrik. Justeru semenjak pengumuman tersebut percambahan pemasangan solar amatalh memberansangkan. Namun masih ada di kalangan kita yang tidak memahami kepentingan dan penggunaan system solar PV ini.

Apa itu solar Panel PV?

Solar Panel PV adalah sejenis alat yang mampu menjana tenaga elektrik melalui tenaga matahari iaitu merupakan salah satu punca tenaga boleh baharu [4].

Rajah di atas menunjukan kawasan di Malaysia yang berpotensi untuk pemasangan system solar PV [5]. Kawasan yang bewarna merah adalah Kawasan terbaik untuk pemasangan kerana mempunyai kadar ‘peak sun hour’ yang lebih lama berbanding Kawasan bewarna hijau. Ini menunjukan Malaysia adalah negara yang berpotensi tinggi penjanaan elektrik melalui system solar PV.

Sistem solar PV boleh dipasang kepada beberapa bentuk iaitu Off grid, Grid Connected dan Hybrid. Komponen utama pemasangan Solar PV termasuklah PV panel, Inverter, Mounting, dan Bateri hanya diperlukan jika pemasangan system jenis off-grid atau hybrid [6].

Kawal Selia Pemasangan Solar Panel di Malaysia

Di Malaysia badan yang bertanggungjawab mengawalselia pemasangan solar adalah Sustainable Energy Development Authority (SEDA). Jenis tersambung grid adalah yang disarankan oleh SEDA dan TNB. Terdapat 2 skim pemasangan system solar yang ditawarkan oleh SEDA iaitu Feed in Tarif (FiT) dan Nett energy metering (NEM). Namun FiT telah ditamatkan sejak 2017 memandangkan kuota telah penuh. Skim FiTs mendapat permintaan tinggi disebabkan pengguna akan dapat rebet tunai setiap bulan daripada TNB mengikut jumlah penjanaan elektrik yang terhasil daripada solar PV terpasang.

Kini skim NEM ditawarkan menggantikan FITs juga masih memberi manfaat kepada pengguna melalui tenaga elektrik yang terjana daripada sistem solar yang dipasang pada rumah boleh diguna terus di kediaman dan dalam masa sama lebihan penggunaan akan dieksport ke talian TNB. Kadar harga jualan tenaga elektrik dijana  adalah sama dengan kadar tenaga elektrik yang diguna.

Melalui skim NEM ini, pengguna akan menikmati penjimatan bil elektrik sehingga 21 tahun kontrak melalui SEDA. Berkenaan kos pemasangan pula, ianya dikira berbaloi memandangkan kiraan kadar pulangan (ROI) adalah sekitar 6-7 tahun sahaja dan penyelengaraan system pula tidaklah memerlukan kos yang banyak sepanjang pemasangan kerana hanya perlu memantau kebersihan panel PV sahaja, manakala jaminan peralatan seperti solar panel dan inverter adalah sekitar 10 tahun juga membantu meringankan beban sekiranya rosak.

Pemasangan solar jenis off grid adalah tidak melibatkan pihak berkuasa, namun kos pemasangan jenis ini akan melibatkan kos yang lebih besar kerana memerlukan bateri sebagai tempat menyimpan tenaga elektrik yang terjana. Selain kos, ruang juga menjadi masalah kerana semakin besar beban tenaga yang perlu dibekal, semakin banyak bateri diperlukan. Namun pada aplikasi solar yang kecil adalah disaran menggunakan off grid kerana mudah pemasanganya dan lebih praktikal. Contohnya lampu jalan solar yang mudah dipasang tanpa melibatkan sebarang kabel dan mampu menerangkan Kawasan yang luas dengan kemampuan sehingga 200 Watt dalam masa 8 jam berterusan.

Kelebihan Pemasangan Solar

Terdapat beberapa kelebihan pemasangan solar di rumah anda. Kelebihan tersebut adalah:

  1. Sumber tenaga boleh baharu (matahari) yang berkekalan dan percuma.
  2. Menjimatkan bil elektrik apabila penggunaan elektrik digunakan melalui tenaga yang dijana melalui solar.
  3. Pelbagai aplikasi boleh dipasang dan pelbagai keadaan seperti di daratan, pengairan, hutan, udara.
  4. Kos penyelanggaraan yang rendah atau tiada kerana hanya perlu menjaga kebersihan panel daripada kotoran
  5. Teknologi terkini yang mampu menghasilkan keluaran sama dengan input yang minima disamping kos penghasilan system solar PV semakin murah mengikut peredaran masa.
  6. Membantu mengurangkan pembebasan karbon dioksida melalui penggunaan tenaga boleh baharu. Penjanaan  elektrik konvensional mengunakan pembakaran arang yang mana menghasilkan banyak karbon dioksida yang merendahkan lapisan ozon dunia.
  7. Memberi peluang pekerjaan
  8. Membantu masyarakat di pendalaman untuk menikmati pengunaan perkakasan elektrik .

Rujukan:

[1] M. Boxwell, Solar Electricity Handbook 2017 Edition, 2017th ed. Birmingham: Greenstream Publisher, 2017.

[2] Y. B. Yin, “The New Net Energy Metering (NEM).” [Online].

[3] Sustainable Energy Development Authority (SEDA) Malaysia, “Sustainable , affordable , renewable and reliable energy for Sarawak and beyond,” Sustainable Energy Development Authority (SEDA) Malaysia, vol. 2, no. 5, 2018.

[4] S. K. Rajput and S. Gwalior, Solar Energy (Fundamental,Economic and Energy Analysis), no. April. NITRA, 2017.

[5] Solargis, “Malaysia Photovoltaic Electricity Potential Map.” .

[6] M. K. Parimita Mohanty, Tariq Muneer, Solar Photovoltaic System Application. Norway: Springer, 2016.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.