Kenapa Vaksin Covid-19 Masih Belum Ada?

vaksin covid-19

Sebuah artikel terbitan akhbar ‘MAILNEWS’, pada april lepas telah melaporkan bahawa Saintis di China meramalkan Coronavirus , COVID-19 tidak akan lenyap seperti mana wabak SARS suatu ketika dahulu dan dijangka akan menjadi satu virus bermusim.

COVID-19 mudah terjangkiti diluar sedar yang dipanggil asimptomatik, dimana virus boleh tersebar dari seseorang ke seseorang tanpa mengalami sebarang simptom seperti demam dan batuk. Justeru, Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dijalankan bagi mengesan pembawa asimptomatik ini dan mereka-mereka yang terjangkiti.

Pelbagai usaha dijalankan untuk mencari penawar kepada virus kecil ini. Ura-ura ada mengatakan virus akan mati jika terdedah kepada suhu yang panas. Penyelidik di Universiti Peking, China ada mengatakan tentang COVID-19 yang sensitif kepada haba yang tinggi.

Apa yang dimaksudkan tinggi disini adalah apabila ia mencapai suhu 56 degree Celsius dan terdedah paling kurang selama 30 minit. Namun, malangnya tidak ada negara yang mencapai suhu setinggi ini.

Ada juga yang mengatakan kandungan genetik virus akan rosak atau musnah dimana-mana permukaan apabila terdedah kepada sinaran ultraviolet (UV), akan tetapi tiada bukti yang menunjukkan pembasmian virus ini jika didalam badan.

Saintis tidak menggalakkan penggunaan sinaran UV keatas manusia kerana ianya boleh menyebabkan penyakit kanser kulit.

Persoalannya adalah, masih belum terhasilkah penawar vaksin bagi virus ini?

Apakah cabaran dalam penciptaan vaksin ini?

Menurut hasil perkongsian seorang pensyarah di Universiti Sains Malaysia, Dr Rohimah Mahmud, pensyarah Immunologi, semenjak, wabak ini menular bermula Disember, 2019 sehingga diisytiharkan pandemik oleh WHO, sebuah Organisasi Kesihatan Dunia, rata-rata syarikat persendirian, pusat-pusat penyelidikan dan institusi pengajian tinggi bahkan pertubuhan badan bukan kerajaan berlumba-lumba menghasilkan vaksin penawar kepada wabak COVID-19 ini.

Menurut portal, MarketView, saham bagi syarikat untuk menghasilkan vaksin ini mencanak naik membuktikan bahawa pasaran penghasilan vaksin COVID-19 mula mendapat tumpuan dunia. Antara pelopor penghasilan vaksin adalah syarikat Moderna, sebuah syarikat gergasi di Norwood, Massachusetts yang memfokuskan penghasilan vaksin.

Namun begitu, sampai ke hari ini, masih belum dinobatkan mana-mana vaksin berhasil melawan virus ini. Pelbagai cabaran dalam menghasilkan vaksin ini dan saintis penyelidik tidak akan sewenang-wenangnya meluluskan sesuatu vaksin tanpa mengambilkira pelbagai faktor dan kesan.

Tatkala ini, negara gergasi dunia seperti Amerika Syarikat dan China saling berlumba-lumba menghasilkan vaksin sehinggakan ada yang mencadangkan untuk diujikaji keatas individu sihat dalam masa terdekat ini.

Adalah penting, untuk para saintis bekerja keras dalam mencipta vaksin COVID-19, akan tetapi perlu diingatkan untuk tidak melepasi batasan-batasan dan hak sekitarnya. Bahkan, vaksin yang dihasilkan sebelum ini untuk penyakit campak, rubella, polio dan influenza sendiri juga memerlukan penelitian yang terperinci dan memakan masa yang agak lama sebelum digunapakai untuk kegunaan rawatan klinikal.

1. Penggunaan ke atas Manusia

Antara aspek yang perlu diambil kira adalah, protokol penggunaan vaksin COVID-19 keatas manusia perlu dikaji secara kajian in vivo berulang kali yakni menggunakan tikus makmal. Selain dari tikus, monyet dan musang turut digunakan dalam ujikaji vaksin. Musang dikatakan paling sesuai digunakan kerana struktur peparunya yang hampir sama dengan manusia.

Dalam dunia penyelidikan, saintis amat mementingkan hak asasi manusia dan nyawa mereka yang bernilai sekalipun tujuannya adalah semata-mata untuk kebaikan bersama. Perkembangan vaksin perlu dipantau dari semasa ke semasa supaya para saintis dapat memastikan tiada kesan sampingan penggunaan vaksin terhadap haiwan sebelum diuji keatas manusia.

Dalam pada itu, virus ini berpotensi untuk mengalami mutasi ketika cuba menyesuaikan diri melawan vaksin sehingga boleh menyebabkan virus ini sekali lagi kembali aktif dan menyerang manusia.

2. Pelbagai Genetik Virus

Seterusnya,  penilaian signifikan terhadap strain COVID-19 adalah sangat penting, berikutan hasil dapatan jujukan genom virus melalui kaedah penjujukan generasi seterusnya (NGS) , bahawasanya kandungan genetik virus COVID-19 seakan-akan sama dengan jujukan genetik virus SARS dan MERS. Ini bertujuan agar penciptaan vaksin adalah spesifik kepada virus corona sahaja tanpa menyebabkan penyakit virus lain.

3. Dari Sudut Pandang Global

Dari sudut global pula, ada faktor sampingan yang turut mempengaruhi dalam penghasilan vaksin ini. Antaranya, dari sudut ekonomi, dimana kerajaan perlu menyediakan dana yang mencukupi kerana skop kajian vaksin ini dikatakan sangat reaktif dan memerlukan bahan kajian yang banyak dengan mengambil kira faktor kegagalan atas setiap ujian.

Ini bermakna kajian ini sangat mencabar sementelah pula wabak kian mendadak naik dan kadar kematian yang tinggi. Dari sudut tenaga kerja manusia pula, kajian ini sangat memerlukan kepakaran dalam bidang molekular bagi tujuan penyelidikan.

Justeru itu, rentetan faktor inilah yang menyebabkan, sehingga hari ini pihak Food and Drug Administration (FDA), suatu badan yang melindungi kesihatan awam dengan memastikan ubat-ubatan yang digunakan adalah selamat dan terkawal, tidak pernah meluluskan sebarang vaksin atau penggunaan dadah tertentu bagi merawat COVID-19 sehingga penemuan vaksin diyakini sepenuhnya tidak akan menjejaskan kemaslahatan masyarakat.

Rujukan;

  1. https://www.youtube.com/watch?v=46V5IW29CRw&t=6s&fbclid=IwAR0AWyRi6iMev_YrcIYFH3oBqYY86bW0MwvVJhyMJ1yzv_KW7ro0_kE3XqQ
  2. Danyal Hussain, 28 April 2020, Covid-19 will not be eradicated and will become a seasonal virus, Chinese scientist predict.  https://www.dailymail.co.uk/news/article-8265975/Covid-19-not-eradicated-return-seasonal-virus-Chinese-scientists-predict.html
  3. Jiang S., (2020). Don’t rush to deploy COVID-19 vaccines and drugs without sufficient safety guarantees. https://www.nature.com/articles/d41586-020-00751-9
  4. Maslow J. N., (2018). The cost and challenge of vaccine development for emerging and emergent infectious diseases. https://www.thelancet.com/action/showPdf?pii=S2214-109X%2818%2930418-2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.