Mengapakah tasik berwarna hijau?

mengapakah tasik berwarna hijau

Melihat dari jauh mata memandang permukaan tasik berwarna hijau seolah-olah hijau zamrud. Gelap, kehidupan di bawahnya samar samar pada penglihatan manusia.

Pernah tak kita tertanya-tanya mengapa permukaan tasik berwarna hijau?

Tasik hijau dikenali bukan kerana warna airnya yang hijau sahaja, malah mempunyai kehidupan seperti alga yang mengandungi klorofil (pigmen untuk menjalankan fotosintesis).

Permukaan tasik berwarna hijau selalu dikaitkan dengan pertumbuhan alga. Alga ini hidup bila adanya cahaya matahari dan nutrien yang cukup. Kehadiran alga inilah yang menjadi faktor tasik kelihatan seperti warna hijau. Ada beberapa tasik yang kepadatan alga ditentukan oleh jumlah mineral fosforus yang larut di dalam air. 

Bagaimanakah rupa alga?

Alga mempunyai morfologi yang ringkas, tidak seperti struktur sel tubuh badan manusia yang kompleks. Malahan, saiz ia boleh dilihat dengan mikroskop sehinggalah dengan mata kasar.

Alga memainkan peranan yang penting di dalam rantaian makanan dan mengekalkan bekalan oksigen pada planet kita. Kehadiran alga ini sudah lama wujud sejak puluhan juta tahun dahulu. Spesis baru alga sentiasa ditemui dan lebih banyak kajian dilakukan oleh saintis untuk mengenali spesies spesies alga ini.

Jenis-jenis Alga

Terdapat beberapa jenis alga yang menjadi faktor tasik kita kelihatan hijau iaitu:

1. Blue-green algae

Description: Anabaena cyanobacteria, light micrograph - Stock Image - C023/5711 ...

Terdiri dari kumpulan bakteria iaitu ‘Cyanobacteria’. Disebabkan ia berkumpul pada permukaan air, mereka boleh menyerupai seperti alga hijau sebenar. 

2. Alga planktonik

Alga planktonik ini kebanyakannya terdiri daripada tumbuhan kecil yang menyebabkan permukaan air kelihatan hijau ke coklat. Ia terapung di atas permukaan tasik. Kehadiran alga ini boleh menyebabkan bau yang tidak menyenangkan pada air tasik dan mengurangkan kadar oksigen dalam tasik. Contoh spesis alga planktonik yang biasa ditemui adalah Anabaena, Chlorella dan Oocystis. Alga jenis ini mempunyai saiz yang boleh dilihat dengan mikroskop.

3. Alga filamen

Description: Filamentous alga, Ulothrix fimbriata - Stock Image - B302/0250 ...

Alga ini asalnya terbentuk dari dasar tasik sebelum akhirnya terapung di permukaan tasik. Filamen ini kelihatan seperti rambut pun ada pada permukaan tasik, walaupun sebenarnya ia merupakan sel hidup yang berhubung antara satu sama lain.

4. Diatom kolonial

Description: Lm Of The Colonial Diatom Fragillaria Sp. Photograph by Power And ...

Mesti tidak pernah dengar bukan nama aneh ini? Diatom ini hidup secara berkoloni dan dinding untuk setiap sel alga ini terdiri daripada silika iaitu sejenis mineral. Anda akan dapati diatom kolonial ini hidup melekat dengan alga berfilamen atau membentuk lendir pada pokok yang hidup di dalam air.

Walaubagaimanapun, pertumbuhan alga ini boleh menjadi padat selain membuatkan warna permukaan tasik berwarna hijau.

Kewujudan alga yang padat ini boleh terjadi berpunca dari pencemaran iaitu:

  • Pembuangan sisa baja dari tanaman
  • Pembuangan sisa kumbahan

Jadi kewujudan alga yang padat ini bukanlah sesuatu yang baik bukan?

Buat pengetahuan anda, warna tasik boleh berubah mengikut aktiviti manusia dan alam sekitar di sekelilingnya. Pembangunan komuniti sekitar dan penggunaan baja dalam pertanian di kawasan tasik boleh juga menjadi penyebab warna tasik berubah. Perubahan inilah yang anda dapat lihat seperti warna tasik semakin keruh dan perubahan dari warna biru ke hijau.

Kesimpulan

Kewujudan alga merupakan faktor kepada warna permukaan tasik yang hijau. Alga merupakan ciptaan Tuhan yang sangat unik dan tidak ramai yang mengenalinya. Walaupun ia merupakan organisma yang kecil, ia boleh membawa manfaat kepada kehidupan laut terutamanya dalam aspek rantaian makanan.

Rujukan

  1. Kevin Rose. (2020, May 27). Lake Color. Retrieved from Lake Scientist:
  2. Miller, R. (2020, May 30). Common Types of Pond Water Algae. Retrieved from Home Guides

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.