Ubat kencing manis tidak menyembuhkan, tetapi mengawal kencing manis.

Perlu difahami bahawa fungsi ubat kencing manis bukanlah untuk memulihkan kencing manis. Ini kerana Penyakit kencing manis itu sendiri merupakan penyakit yang chronic iaitu penyakit yang akan berlaku secara berpanjangan.

Penyebab utama berlakunya penyakit kencing manis adalah disebabkan 2 perkara iaitu
1) Insulin Resistance(Insulin tidak berkesan)
2) Insulin deficiency(Kekurangan hormone insulin)

Fungsi utama insulin adalah menurunkan gula dalam darah dengan cara membuka pintu pada sel-sel untuk membenarkan gula masuk ke dalam sel. Ini akan menurunkan gula dalam darah.
Kebanyakkan pesakit kencing manis adalah disebabkan Insulin Resistance yang berlaku pada Diabetic Mellitus type II(penyakit kencing manis jenis yang ke-2).

Disebabkan berat badan yang bertambah(Obese), ini akan menyebabkan kerintangan pada insulin. Maka, Insulin tidak boleh menjalankan fungsinya dengan betul dan gula masih banyak di dalam darah.

Sebab itu pada pesakit yang mempunyai kencing manis salah satu nasihat yang kita berikan adalah untuk mengurangkan berat badan dengan cara bersenam mahupun dgn diet. Bila berat badan semakin kurang, maka Insulin resistance semakin terkawal. Bila Insulin resistance semakin terkawal, kencing manis pun akan terkawal.

Dan ada juga sesetengah pesakit yang tidak obese, tetapi masih mempunyai kencing manis. Ini mungkin disebabkan pada usia muda dia selalu mengambil makanan yang manis. Insulin merupakan hormone yg dihasilkan oleh sel beta Langerhans di dalam pancreas.

Apabila kita selalu makan makanan yang manis, ini akan membebankan sel beta Langerhans di dalam pancreas dan menyebabkan ia ‘exhausted’ pada jangka masa yang lama.
Apabila kita semakin tua, sel2 ini mati dan menyebabkan kadar penghasilan insulin sangat rendah. Apabila insulin rendah, gula tidak dapat diturunkan dengan begitu efektif. Ini juga akan menyebabkan kencing manis

_67032307_diabetes_types
Beza antara Diabetes Type I dan Type II

Ubat kencing manis

Pelbagai ubat kencing manis di dalam pasaran dan ianya mempunyai pelbagai fungsi. Ada yang menurunkan penghasilan gula daripada hati, ada yang bertindak untuk menambahkan penghasilan insulin daripada pancreas, ada yang menghalang penyerapan gula daripada usus, ada yang menggantikan insulin dalam badan itu sendiri dan sebagainya. Tiada ubat yang menyembuhkan penyakit itu sendiri.

Ada yang berfikir kalau ubat ini tak mampu memulihkan kencing manis, kenapa perlu ambil? Disinilah kami ingin memberi kefahaman kepada anda semua bahawa:

1) Kencing manis tidak boleh diubati tetapi boleh dikawal

2) Ubat yang diberi itu merupakan salah satu cara untuk mengawal penyakit kencing manis

3) Ubat kencing manis bukan menjadi lesen untuk kita memakan sesuka hati

4) Perlunya diikuti dengan kawalan dalam makanan dan juga exercise

5) Jika terlebih berat badan, dinasihatkan untuk menurunkan berat badan hingga ke tahap yang normal. Ini akan memulihkan ‘insulin resistance’ seterusnya kawalan gula. Kajian telah menunjukkan kencing manis boleh dipulihkan semula dengan mengurangkan berat badan ke BMI yang normal. Boleh baca ulasan tersebut disini

6) Perkara yang paling penting sekali adalah ubat-ubatan ini telah terbukti mengawal bacaan HbA1c. HbA1c secara ringkasnya adalah kawalan gula ataupun purata bacaan gula dalam darah selama 3 bulan. Bacaan ini terhasil apabila kita mengira glycated haemoglobin. Disebabkan sel darah merah kita hidup lebih kurang 3 bulan, maka kita dapat melihat purata glycated haemoglobin itu yang mengambarkan kawalan gula selama 3 bulan.

7) Semakin tinggi bacaan HbA1c ini, semakin banyak peratusan untuk kita mendapat komplikasi daripada penyakit itu sendiri sebagai contohnya stroke, sakit jantung, rosak buah pinggang dan sebagainya.

hba1c-chart
Bacaan Hba1c

8) Salah satu tujuan memberi ubat kencing manis ini adalah untuk menurunkan HbA1c ini. Dengan menurunkan bacaan tersebut, maka segala komplikasi itu dapat dielakkan.

image2
Komplikasi kencing manis

Nanti kalau ada orang tanya, kenapa masih makan ubat kencing manis tetapi ianya tak menyembuhkan. Cakap kat dia balik, ubat ini untuk mengawal kencing manis agar ia terkawal dan tidak menyebabkan komplikasi yang teruk.

Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat. Boleh like page kami Root Of Science

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.