penyebab pedofilia

Penyebab Pedofilia: Apakah Penggemar Pornografi Kanak-Kanak Berpotensi Menjadi Penjenayah Pedofilia?

Pedofilia merupakan suatu jenayah. Seluruh dunia telah bersama-sama bersetuju bahawa pedofilia ini. Ia mengancam dan membahayakan keselamatan mental, fizikal dan masa depan kanak-kanak yang terlibat. Apakah penyebab pedofilia? Kenapa ada manusia yang boleh teringin untuk melihat pornografi kanak-kanak? Apakah penggemar pornografi kanak-kanak berpotensi menjadi penjenayah pedofilia?

Novelty/Kelainan Dan Dopamin

Otak manusia secara semulajadinya memerlukan novelty untuk memerlukan ransangan-ransangan untuk memberikan kepuasan padanya.

Kalau kita tengok iklan makanan, kita akan rasa teringin nak makan. Kadang-kadang, sifat teringin ni sampai menjadikan kita tertelan air liur dan tiba tiba perut menjadi berkeroncong.

Semua ini adalah tindakan satu neurokimia di dalam otak yang dipanggil dopamin. Apabila tinggi rembesan dopamin, makan akan semakin meninggilah keadaan ‘teringin’ kita itu.

Akan tetapi, jika setiap hari otak kita menerima ransangan yang sama, dopamin akan semakin kurang dirembeskan. Kita akan menjadi bosan dan semakin kurang perasaan ‘teringin’ itu tadi.

Bayangkan kalau hari-hari kita makan nasi ayam. Hari pertama mungkin kita masih okay. Tapi kalau hari-hari makan nasi ayam selama seminggu, kita akan rasa jemu dan bosan pula.

Maka disinilah otak memerlukan ransangan lain untuk rembesan dopamin kembali meninggi.

Kelainan yang diperlukan otak inilah dipanggil sebagai ‘novelty’.

Reward Center/Pusat Ganjaran

Apa kaitan semua ini dengan penyebab pedofilia?

Begini, apabila kita mendapat sesuatu yang kita inginkan, maka kita akan mengaktifkan sesuatu bahagian di dalam otak yang dipanggil ‘reward center circuitry’.

Kalau kita lapar dan teringin makan nasi ayam, maka bila kita makan itu kita akan berasa puas dan seronok.

Namun apabila otak diransang sesuatu secara ‘intense’ dan kerap, jalan untuk reward center diaktifkan menjadi sukar. Kita akan memerlukan lebih lagi ransangan untuk memuaskan hati.

Ketagihan

Bila seseorang itu mengambil dadah terlarang (iaitu ransangannya kuat dan kerap), lama kelamaan ianya akan menyebabkan dia memerlukan dadah yang lebih kuat lagi. Inilah penyebab ketagihan.

Ransangan yang intense dan kerap ini dipanggil Supernormal Stimulus. Ia menyebabkan seseorang ingin ‘novelty’ yang lebih lagi. Dalam kes penggunaan dadah, seseorang menginginkan dadah yang lebih kuat.

Dalam kes ketagihan porno, manusia yang ketagih juga akan memerlukan ransangan yang lebih kuat lagi.

Penyebab Ketagihan Porno Kanak-Kanak

Apabila seseorang itu ketagih pada bahan porno, ia akan menyebabkan ia memerlukan ransangan yang lebih kuat lagi. Pada mulanya seseorang itu akan ‘teringin’ porno yang biasa sahaja, akhirnya dia akan teringin kepada luar normal, sehinggalah salah satu dari kelainan yang dicarinya adalah porno kanak-kanak.

Perubahan Pada Otak

Hasil kajian, keadaan otak mereka yang mengalami ketagihan dadah akan mengalami perubahan secara fizikal. Bukan hanya mereka yang ketagihan dadah terlarang, malah menurut satu kajian , keadaan mereka yang melakukan ketagih melihat porno juga akan mengalami perubahan secara negatif pada otak mereka.

Dalam satu kajian lain, penjenayah pedofilia dilihat mengalami keadaan otak yang sama dengan penagih-penagih dadah terlarang.

Pornografi Penyebab Pedofilia?

Tidak dapat dipastikan hubungan lansung antara penggemar pornografi kanak-kanak dengan sifat pedofilia, namun terdapat kajian yang menggunakan phallometric test – iaitu ujian pada pembesaran diameter kemaluan lelaki – dengan subjek-subjek ditayangkan video porno kanak-kanak.

Didapati mereka yang terdapat rekod jenayah pedofilia mempunyai diameter kemaluan (menegang) dengan lebih besar apabila melihat pornografi kanak-kanak berbanding mereka yang tidak mempunyai rekod jenayah itu.

Apakah ini menunjukkan mereka yang menggemar porno kanak-kanak adalah bakal menjadi pesalah pedofilia? Belum tentu.

Namun jika anda menggemari porno kanak-kanak, berhati-hatilah. Itu menunjukkan ‘reward center’ anda sudah tidak boleh diaktifkan dengan porno biasa lelaki-perempuan. Menunjukkan telah berlaku ketagihan porno pada diri anda, dan boleh jadi juga terdapat masalah pada keadaan fizikal otak anda.

Kesimpulan

Kanak-kanak merupakan masa depan kita semua. Bilamana kita ada kecenderungan untuk merosakkan, atau mungkin hanya suka melihat kanak-kanak diperkosa atau disetubuhi, sudah pasti ada masalah dengan diri kita.

Ayuh selamatkan diri kita daripada bahana pornografi terutama pornografi kanak-kanak.

Baca juga:

Mengapa Flash Dapat Merentasi Masa
Bukit Batu Kapur : Antara Sumber Ekonomi Dan Warisan Alam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.