kenapa porno boleh menyebabkan ketagihan

Kenapa Porno Boleh Menyebabkan Ketagihan?

Kenapa Porno Boleh Menyebabkan Ketagihan?

Kenapa porno boleh menyebabkan ketagihan? Untuk memahaminya, anda perlu faham mengenai apa itu ‘’novelty’’ atau kebaharuan. Kita mulakan dengan kisah benar mengenai tikus-tikus ini:

Apa yang berlaku bila seekor tikus jantan diletakkan bersama dengan seekor tikus betina? Pada permulaannya tikus jantan itu akan berhubungan seks dengan penuh keterujaan. Tikus jantan itu akan mengalami ejakulasi dalam masa yang singkat sahaja. Tapi lama-kelamaan, tikus jantan itu akan mulai bosan kepada tikus betina itu, dan kemudian masa untuk berejakulasi akan mengambil masa yang lebih lama.

Apa pula yang akan berlaku bila seekor tikus jantan diletakkan bersama beberapa ekor tikus betina? Tikus jantan itu akan mengalami keterujaan yang tinggi apabila mengawan dengan tikus betina pertama lalu berejakulasi dalam masa yang singkat. Kemudian apabila mengawan dengan tikus kedua juga mengambil masa yang singkat. Kemudian seterusnya dengan tikus ketiga juga mengambil masa yang singkat untuk mencapai klimaks. Ia tidak sempat untuk berasa bosan.

Inilah yang dipanggil sebagai Coolidge Effect, iaitu kesan yang difahami saintis setelah kajian dijalankan keatas beberapa jenis binatang. Coolidge Effect juga dialami oleh binatang betina, bukan hanya jantan.

Coolidge Effect

Dalam satu kajian, lelaki (manusia) akan berejakulasi lebih banyak dan lebih cepat apabila ditunjukkan imej-imej perempuan yang berbeza-beza.

Dalam otak binatang-binatang itu dan juga otak manusia terdapat sejenis mekanisme yang memberikan kepuasan apabila kita berhadapan dengan sesuatu kelainan (novelty), ataupun makanan, dan apa-apa yang menyeronokkan.

Dopamine dan Reward Circuit

Secara semulajadinya, keinginan dan motivasi untuk ‘mengejar’ seks kebanyakannya adalah disebabkan sejenis neurokimia yang dipanggil dopamine. Dopamine ini akan memperbanyak satu bahagian daripada otak – iaitu mekanisme untuk kepuasan – yang dipanggil ‘reward circuitry’. Di reward circuitry inilah kita mengalami sesuatu keinginan dan kepuasan, dan di sinilah kita mengalami sesuatu ketagihan.

Dopamine ini akan yang menggerakkan kita untuk melakukan sesuatu untuk kelansungan hidup. Apakah yang memberikan kepuasan yang tinggi kepada manusia? Jawapannya ialah

Dopamine juga akan memotivasikan kita untuk melakukan sesuatu yang kita suka. Apabila rembesan dopamine ini banyak, kita akan menginginkan sesuatu itu secara banyak juga. Jika tiada dopamine, kita tidak inginkan apa-apa. Sebab itulah dopamine ini mendapat gelaran ‘molekul ketagihan’ disebabkan ia mempunyai peranan penting pada setiap ketagihan-ketagihan yang ada.

Novelty

Dopamine mencari novelty, kelainan-kelainan di dalam hidup. Kita ingin mencuba makan di kedai yang berbeza, ingin beli kereta baharu, ingin tengok movie yang baru keluar… semua ini adalah disebabkan kehadiran dopamine. Seperti semuanya, apabila dopamine ini berkurangan, keseronokan akan berkurangan juga.

Ingat lagi mengenai Coolidge Effect tadi? Tikus jantan yang hanya mendapat seekor tikus betina sebagai pasangan tadi merembeskan dopamine yang semakin berkurangan disebabkan tiadanya kelainan, tiadanya novelty. Namun apabila bertukar-tukar pasangan, maka ia merembeskan dopamine yang tinggi setiap kalinya.

Tidak menghairankan, tikus dan manusia adalah lebih kurang sahaja apabila berhadapan dengan kelainan-kelainan ransangan seksual. Kajian yang dijalankan oleh para pengkaji Australia kepada beberapa subjek mendapati, apabila ditunjukkan video erotik yang sama sebanyak beberapa kali, ukurlilit kemaluan (penis) dan ransangan seks yang dialami mereka berkurangan kerana mereka bosan dengan video yang sama.

Penile Circumference vs Novelty

Setelah 18 kali ditayangkan video yang sama, mereka ditunjukkan dengan sesuatu novelty, iaitu video yang berbeza pada tayangan ke 19 dan ke 20. Apa yang terjadi? Ukurlilit kemaluan dan ransangan seksual mereka mencanak naik.

Anda dapat idea sikit tak, kenapa porno boleh menyebabkan ketagihan?

Porno di Internet

Di internet, novelty untuk porno hanyalah one click away sahaja. Sekiranya seseorang ingin melihat kelainan di dalam porno, mereka boleh mengklik video lain dengan mudah. Banyak tab yang boleh dibuka pada browser dan boleh tengok banyak jenis video porno.

Seseorang manusia yang tengok porno pada hari ini boleh mengaktifkan reward circuit dalam otaknya dengan melihat berbagai jenis novelty dalam sehari berbanding apa yang boleh dilihat oleh manusia zaman sebelum internet pada sepanjang hayatnya!

Banyaknya pilihan ini akan meningkatkan keterujaan dan akan menyebabkan perubahan pada fizikal otak kita.

Inilah kenapa porno boleh menyebabkan ketagihan. Kerana otak manusia yang melihatnya telah dirubah (secara fizikal) disebabkan dopamine terembes dengan banyak pada ransangan-ransangan novelty (kelainan) itu tadi. Ia bukan semata-mata kerana ransangan seksual, namun juga ransangan melihat jenis imej seks yang berbagai-bagai dan sentiasa diperbaharui.

Rujukan:

  1. https://www.yourbrainonporn.com/
  2. Men Ejaculate Larger Volumes of Semen, More Motile Sperm, and More Quickly when Exposed to Images of Novel Women
  3. Changes in the magnitude of the eyeblink startle response during habituation of sexual arousal.

Baca juga: Immunoterapi Telah Menyembuhkan Kanser Payudara Seorang Wanita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.