adakah fetish anda natural

Apakah Fetish Anda Natural?

Maaf, mungkin soalan ini terlalu direct. Hari ini apabila menonton porno itu sudah (unfortunately) menjadi satu kebiasaan, maka kita akan dengar ramai orang yang menyatakan mereka ada ‘preference’ masing-masing ]dalam melakukan hubungan seksual. Atau mereka ada kategori porno tertentu yang mereka gemar. Kadang-kadang kategori porno yang diminati itu terlalu ‘out of the box’. Ia bukan lagi sekadar video biasa lelaki dan perempuan berhubungan seks. Ia merebak kepada kategori-kategori yang tidak masuk akal, seperti ‘bestiality’ contohnya, iaitu porno mengenai seks dengan binatang, atau ‘voyeurism’ iaitu keinginan melihat isteri/suami kita berhubung secara seksual dengan orang lain. Keinginan pada melihat porno luar dari kebiasaan ini dipanggil sebagai ‘fetish’. Persoalannya, apakah fetish ini perkara yang memang berasal daripada naluri biasa seorang manusia? Apakah fetish anda natural, atau semulajadi? Memang dari kecil anda minat jenis seks yang pelik-pelik ke?

Ransangan Supernormal

Seorang saintis telah memperkenalkan kita dengan terma Ransangan Supernormal ini. Ransangan Supernormal adalah apabila seseorang itu ingin kepada sesuatu yang lebih menarik perhatian berbanding apa yang ada di sekitarnya.

Saintis itu ( Nikolaas Tinbergen ) telah melakukan ujikaji dengan burung betina. Dia telah memalsukan telur burung itu dengan telur plastik dan dengan warna yang lebih menarik berbanding telur asalnya. Akibatnya, burung-burung betina itu terlihat lebih cenderung kepada telur palsu dan mengabaikan telur ‘kandung’nya.

Ransangan Akan Merembes Dopamin

Seperti burung juga, manusia akan mudah tertarik dengan sesuatu yang ‘berbeza’ (novelty). Novelty ini akan menjadikan otak merembes dopamin dengan banyak kerana kelainannya. Ia menjadikan anda rasa puas kerana ‘reward circuit’ dalam otak anda diaktifkan dengan rembesan dopamin dan opiod.

Pendek ceritanya, seperti burung tadi, menonton porno akan menjadikan anda mendapat Ransangan Supernormal kerana ia adalah ransangan yang ‘artificial’ dan bukannya semulajadi. Pelakon-pelakon porno ditunjukkan mempunyai wajah dan tubuh badan yang hebat nak dibandingkan dengan orang biasa.

Bukan Hanya Dopamin

Ok. Sampai sini kita faham bahawa, adanya ransangan akan menyebabkan dopamin dirembeskan dalam otak kita. Semakin tinggi ransangan (supernormal) akan menyebabkan semakin tingginya jumlah dopamin yang dirembeskan.

Perlu diingat, apabila dopamin dirembeskan, sebenarnya otak bukan hanya mengeluarkan dopamin. Ia juga akan mengeluarkan neurokimia bagi perasaan takut, kerisauan, dan rasa bersalah, dan perasaan mencari-cari.

Contohnya apabila kita minat dengan smartphone. Lalu kita sentiasa membelek smartphone itu. Minat kita itu sebenarnya merembeskan dopamin dalam otak kita. Apabila kita terlalu minat, maka neurokimia untuk perasaan lain juga dikeluarkan menyebabkan kita risau dan rasa serba salah kalau tak tengok phone, dan kita asyik membelek handphone kita walaupun tiada notification apa-apa pun.

Jadinya, seseorang yang menonton porno dengan kerap akan cenderung melihatnya lagi dan lagi kerana dopamin yang dihasilkan terlalu tinggi. Kenapa terlalu tinggi? Sebab manusia normal tanpa porno internet hanya akan melihat beberapa perempuan cantik/lelaki handsome tanpa pakaian sepanjang hayatnya (seperti zaman moyang kita dahulu), akan tetapi hari ini, seseorang boleh melihat puluhan manusia yang memberikan kepuasan dalam masa hanya beberapa jam sahaja!

Ini sudah pasti akan merembeskan dopamin sebanyaknya, kerana seks adalah naluri asas manusia untuk pembiakan. Dan ingat tadi yang kita cakap dopamin itu datang dengan neurokimia untuk perasaan takut, terkejut, tercari-cari, keresahan dan lain-lain?

Dalam jangka masa panjang, kerana adanya neurokimia lain selain dopamin ini, maka pengguna porno akan terkeliru perasaan teransang (disebabkan dopamin) dan perasaan takut/terkejut/resah/tercari-cari (disebabkan hormon lain).

Apakah Fetish Anda Natural?

Mudah cakapnya, setelah beberapa lama melihat porno, pengguna porno akan mencari kategori porno lain untuk memuaskan dirinya. Ia akan mencari jenis-jenis porno yang menyebabkan dia berasa terkejut/terkesima dengan video itu. Sebab itu lah fetishnya pelik-pelik.

Jadi soalannya, jika anda ada sesuatu fetish tertentu, apakah fetish anda natural?

Jawapannya sudah tentu tidak.

Tuhan menciptakan kita dengan naluri yang seksual yang normal, namun kerana kesilapan kita dalam memilih, maka otak kita di’conditioned’kan untuk menyukai sesuatu di luar daripada fitrah kita.

Itu belum kita cerita pasal fetish yang menyebabkan penggemar porno ini menjadi ganas terhadap wanita, dan kalau menonton porno pun ingin menonton yang menunjukkan sifat maskulin, seperti cenderung melihat wanita dirogol atau porno kanak-kanak dan sebagainya.

Jadi, buatlah pilihan yang betul. Ketagihan porno itu real. Jangan sesekali tersilap langkah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.