18Shares

Seorang pesakit di Australia telah dikejarkan ke hospital disebabkan tidak membuang air besar selama 40 hari. Kesannya dia telah mengalami kelumpuhan pada salah satu kakinya. Tidak dapat tidak, najis tersebut perlulah sangat besar hingga menyebabkan himpitan saraf dan juga salur darah yang berhubung dengan bahagian kaki.

Pesakit yang berumur 53 tahun ini dikejarkan ke jabatan kecemasan dengan simptom sakit perut selama 3 hari berserta rasa loya. Lebih teruk lagi, pesakit juga mengalami sakit pada sebelah kaki kanannya dan kaki tersebut juga mengalami kelumpuhan.

Di dalam laporan perubatan, doktor menyatakan bahawa kakinya ketika itu sudah tidak mempunyai nadi dan berasa sangat sejuk. Ini disebabkan himpitan yang berlaku pada salur darah yang berhubung dengan bahagian kaki menyebabkan tiada darah yang beredar dikawasan tersebut. Kes ini telah dilaporkan dalam Journal Perubatan British

Sejarah perubatan sebelum ini menunjukkan pesakit tidak mempunyai apa-apa penyakit, tidak mengambil dadah dan tidak mempunyai faktor risiko untuk mengalami masalah kardiovaskular. Apa yang menariknya, pesakit menyatakan dia sudah tidak buang air besar selama 40 hari. Cuba bayangkan. Kita yang 5 hari sudah tidak buang air besar pun akan merasa tidak selesa.

Pemeriksaan bahagian dubur menunjukkan pesakit mempunyai najis yang keras.

Ct-scan abdomen pesakit (Sumber: British Medical Journal)

Dalam CT-scan abdomen pula menunjukkan terdapat kewujudan tahi yang terlampau banyak hingga ia memenuhi kawasan abdomen. Perkara ini boleh meningkatkan tekanan di dalam bahagian abdomen dan menyebabkan himpitan pada salur darah. Jika dilihat pada gambar tersebut, tahi tersebut telah memenuhi ruang kanan abdomen dan sebab itulah ia memberi kesan kepada kaki kanan pesakit.

Disebabkan nyawa pesakit dalam keadaan berbahaya kerana terdapat kegagalan buah pinggang disebabkan masalah sembelit ini, pesakit terus dibawa masuk ke dalam dewan bedah untuk pembedahan bagi mengeluarkan najis tersebut.

“Pengeluaran najis itu dibuat dalam keadaan bius sepenuhnya dan sebanyak 2 liter najis di keluarkan dari usus tersebut”

Setelah najis gergasi itu dibuang, pesakit diberi ubat sembelit. 4 hari selepas dari itu, dia telah dikeluarkan dari unit rawatan rapi. Pesakit mengambil masa dalam 13 hari untuk dia pulih berjalan seperti biasa.

Ini bukanlah kali pertama perkara ini berlaku. Sebelum ini juga terdapat satu kes dimana seseorang itu menahan buang air besar hingga menyebabkan pesakit tersebut meninggal dunia.

Jika anda sudah tidak buang air besar selama seminggu lebih, anda dinasihati untuk berjumpa dengan doktor.

SHARE DAN TAG RAKAN ANDA YANG SUKA TAHAN BERAK!!!