Skip to content

Kesakitan : Perkara Buruk atau Baik?

Sebagai seorang manusia, kita selalu merasai kesakitan. Tidak kira samada terlanggar batu, ketika mencabut gigi mahupun jatuh daripada motosikal. Semua manusia di dunia merasai kesakitan dan kita selalu berharap untuk kesakitan pergi dengan secepat mungkin malah tak berniat untuk merasainya lagi.

Namun tahukah anda, kesakitan merupakan perkara penting untuk badan anda kekal berfungsi seperti biasa? Walaupun pada mulanya kesakitan sukar untuk ditoleransi namun ia meninggalkan kesan yang baik untuk badan anda.

Bak kata pepatah melayu :

Berakit-rakit kehulu,berenang-renang ketepian.

Yakni bermakna bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Apakah maksud kesakitan?

Baik, hari ini penulis mahu menampilkan antara proses biologi yang penting untuk manusia iaitu kesakitan.Pertama, apakah kesakitan? Kesakitan menurut The International Association for the Study of Pain (IASP) ialah perasaan tidak selesa dan enak yang dirasai oleh pesakit, pada masa yang sama sedikit sebanyak mempengaruhi emosi .

Kedua, mengapa kita merasai kesakitan? Perkara yang membawa kesakitan ada banyak, daripada tercucuk jarum, terpegang kuali panas hingga kepada kesakitan seperti tulang patah dan sebagainya.Perkara ini berlaku kerana di dalam badan kita, terdapat pengesan kesakitan(pain receptor) yang banyak berada hampir dengan permukaan kulit yang kita namakan norcireceptor.

Bagaimana maklumat sakit dihantar ke otak?

Apabila kita tercedera, pengesan ini akan akan menghantar signal (mesej) ke otak untuk ditafsir. Untuk lebih faham, sila ikuti analogi dibawah :

Mayday ! Mayday! Kaki kita terpijak paku ! – Pengesan kesakitan

Informasi diterima!- Otak, lalu ahli-ahli otak akan buat meeting untuk buat apa sepatutnya.(sebagai contoh : ya awak kaki awak telah tercucuk paku, sila menjerit sekarang). Rajah (a) dibawah menunjukkan perjalanan signal (mesej) kesakitan kepada otak.

(a) Pain Pathway

Source : https://basicmedicalkey.com/pain-4/

Situasi disini, perbualan pertama dicetuskan oleh pain receptor (pengesan kesakitan) adalah penting. Penting supaya otak dapat mengambil langkah seterusnya untuk menghalang perkara yang lebih kompleks berlaku. Bayangkan jika mesej (signal) tidak disampaikan kepada otak. Adakah otak (Central Nervous System) akan tahu apa yang berlaku di sana? Adakah otak akan mentafsirkan kecedaraan yang kita alami  itu sebagai kesakitan? Adakah kita akan ‘rasa’ sakit? Adakah kita akan tahu yang kita sedang di dalam kesakitan?

Terdapat satu penyakit genetik yang dihidapi oleh sebilangan manusia di dunia diberi nama Congenital Insensitivity To Pain (CIP), dimana penyakit ini membuatkan seseorang tidak dapat merasai kesakitan. Secara umumnya, pengesan kesakitan(pain receptor) pesakit tidak berfungsi dengan baik.

Seorang wanita bernama Stefan Betz, berumur 22 tahun mengalami penyakit genetik ini. Ketika berumur 5 tahun Stefan menggigit hujung lidahnya namun dia tidak merasai apa-apa pun! Dia juga pernah mendapat penyakit osteomyelitis di kaki (jangkitan kuman pada tulang kerana tulangnya patah dan tidak dirawat pada masa yang lama) namun disebabkan Stefan tidak merasai kesakitan, dia boleh hidup dengan tulang kaki yang patah seperti biasa hingga dia menjumpai satu timbulan di bawah bahagian kakinya.

Dengan penyakit ini, jika dia memasukkan tangan kedalam air panas yang sedang menggelegak pun, dia tidak akan merasai panas. Malah seseorang yang mmenghidapi penyakiti ini mampu menjalani pembedahan tanpa anaesthetic (ubat bius)!

Rajah (b)

Source : http://ichef.bbci.co.uk/wwfeatures/wm/live/624_351/images/live/p0/51/61/p05161qm.jpg

Jika anda menjumpai seseorang yang mampu berjalan atas api, lompat bangunan tinggi atau jogging dengan kaki  patah. Anda mungkin perlu membawanya berjumpa dengan doktor. Akhir sekali, saya berharap anda yang membaca artikel ini tahu bahawa kesakitan bukan sekadar untuk menyusahkan hidup anda. Malah ia adalah untuk menyelamatkan anda!

Muhammad Alif Isyraff bin Mat Yaacob,

Penuntut sepenuh masa di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM.

Rujukan :

  1. Marieb Hoehn, Human Anatomy And Physiology, Ninth Edition
  2. http://www.painaustralia.org.au/about-pain/what-is-pain
  3. How does your brain respond to pain? – Karen D. Davis
  4. Rare disease makes girl unable to feel pain – Health – Children’s …
  5. www.nbcnews.com/id/6379795/ns/health…/rare-disease-makes-girl-unable-feel-pain/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

6 + 1 =